NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Selasa, Ogos 30, 2011

Cartoons Myspace Comments
OMG!!!!!!!!! it happen again - xcident..


omg! omg! its happen again on 1st day of hari raya..oh my car got scrath on the back.
adush apasal la ko g langgar keta aku nih..baru nak lawa keta aku dah bercalar kat belakang. Ianya berlaku ketika aku sedang parking di tepi jalan dekat Guardian Taiping..keta kenari tu nak masuk paking dan salah amik side...bergego-gego keta aku masa bergesel tu..
hmm..aku pun bertindak kejamss la dengan that two chinese lady. Dia minta kurang untuk cat tu..im say. i'm sorry..saya nak kereta saya lawa semula..mcm mana aku kena dengan sorang ahso tu masa aku langgo keta dia..macam tu jugak aku keringkan hati aku.balas rasa sakit ati kat dia 2 org la..dah bioncang2 dia pun setuju bayar untuk cat..siap bagi alamat untuk tengok bil..whatever..i'll send u a bill..

Persiapan sebelum raya

hari ni Isnin 29 Ogos..pagik2 lepas subuh sempat terlelap jap pastu kul 7.30 dah bangun dan mula memproses bahan2 untuk membuat ketupat dan rendang. Adoii mata ngantuks sebab tido lambat pastu bangun saho..tapi aku suka buat kerja cepat2 nanti boleh rileks tambah2 puasa2 nih.
so, kerja dimulakan dengan isi beras dalam daun ketupat pastu rebus..minimanya 3jam..sambil rebus ketupat aku blend bahan2 untuk buat rendang seperti serai, lengkuas, halia, cili dan lain. Oleh kerana dapur tak banyak..aku masak rendang daging dulu..dah siap rebus ketupat nanti aku wat rendang ayam pencen kat dapur besar dan masak kuah kacang di dapur yang masak rendang. Jam 3.30 petang aku dah siap suma juadah untuk raya nant.
Selesai memasak aku pun terkedang keletihan sebab aku la yang berlumus tungkis masak sowang2..nak harap kakak, adik dan aik iparku..hoh takat tolong makan boley la..tapi tak pa la..dah memang jawatan chef cook dalam keluarga aku yang pegang..harap2 bukan secara tetap dan berpencen la..biar lepas nih anak2 buahku yg ramai pompuan pulak boleh amik alih jawatan tu..

Early in the morning, I struggled in the kitchen, put rice in ketupat then wash the chicken and beef. I started boiling ketupat. Ketupat be boiled for three hours. While boiling ketupat, I provide the materials to make shady.
I started to cook rendang meat first, then I cook rendang chicken and peanut sauce.
At 4 pm, I was finished all the work. its so tired because I cooked all myself, sister and brother only can hope to eat the finished but I was glad not to mention the family's best ..I'm anxious to wait for raya (sorry because i'm not good in english)

Ahad, Ogos 28, 2011

Cerpen - "mana mak?" = di emel oleh seorang kawan

Jam 6.30 petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, Along mana?

Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.

Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?

Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.

Ayah tanya Mak, Ateh mana?

Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?

Ayah tanya lagi, Adik dah balik?

Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, Mana Mak?

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu.

Ayah tanya Angah, Mana Mak?

Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu.

Ayah tanya Ateh, Mana Mak?

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, Entah.

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, Mana Mak?

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.

Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.

Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.

Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi.Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.

Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada
kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih.
Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.

Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak
waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.

Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?

Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri,pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Jumaat, Ogos 26, 2011

Titipan rindu buat mu...

Lebaran bakal menjelma tidak berapa lama ajer lagi..dan aku amat merindui dia. Sesungguhnya dan sepenuh hatiku..dalam hatiku sentiasa ada dia..dan sentiasa hidup..walaupun yg tinggal kini hanya pusara dia.
Maaf, bukan aku melupakan mu, maaf juga kerana aku tidak pernah mengunjungi pusara mu bukan aku mahu melupakan dan bukan aku sengaja..cuma sesungguhnya aku tidak mampu mengagahkan kaki kesitu..kali terakhir aku mengunjungi mu 18 tahun dahulu,,aku menangis bagaikan org gila di tepi pusaramu..aku tak mahu dan tak boleh tahan perasaanku..sehingga hari itu..aku tidak pernah lagi menjejakkan kakiku kesitu..dan sehingga aku menitipkan rindu ku padamu di sini..air mataku mengalir..bila terkenangkan dirimu..aku jadi emosi dan kesedihan itu masih ada dalam hatiku..bukan aku tak redha melepaskanmu..lama dulu aku telah belajar menerima kehilanganmu tapi aku masih tak mampu membuang rasa sedih ini jauh-jauh,,aku rindu saat pertama kali menyambut raya bersamamu..dan suasana itu masih segar dalam memori sehingga kini..kau sentiasa hidup dalam hati ini dan tak pernah mati kerana dalam dirimu ada diriku..tenanglah sayangku..syurga itu telah pasti bagimu kerana kau masih putih tanpa dosa sewaktu meninggalkanku..dan lebaran kali ini pun aku masih tidak mampu untuk menjejakkan kaki mengunjungi pusaramu..kerana aku tak mahu peristiwa 18tahun dulu terjadi lagi kali ini..

Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya

Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang maha esa
Di pagi raya

Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu

Ahad, Ogos 21, 2011

tetiber teringin nak buat kue gunting

tetiber teringin nak buat kue gunting..baru teringin tapi tak tau bila nak buat..tunggu pas raya kot sebab boleh rasa..ni resepi yang aq dapat dalam internet
Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)
Cara-cara 1.Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh. 2.Gunting n goreng.

Resepi ke2
1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya
1.Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
2.Tuang bahan kisar kedalam tepung
3.Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
4.Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
5.buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
6.Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
7.Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
8.Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
9.Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
10.Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
11.Siap untuk dimakan

Lebaran Ini

Lebaran Ini

lagu raya yang aq suka..beshhhh

Persiapan Hari Raya

tup tap tup tap dah 21 hari kita berpuasa..kejap aje masa berjalan..tak terasa pun..lagik semilan hari kita dah nak raya..sebenarnya aq duk ingatkan kita raya 1hb semilan tapi rupa2nya 30hb dah raya..adush..nape lah aq leh pk macam tu dan aq rasa macam cuti pun lama jer..pada hal seminggu lebih jer..
Persiapan hari raya? mcm mana persiapan kowrang. Aq setakat biasa2 jer..ala kadar dah alhamdulillah dapat bonus half gaji kira oklah kan dari 5rat jer..boleh tambah2 ape yg patut utk mak ngan abah..
Baju raya budak2 tu dah beli..baju raya aq sepasang je..cukuplah..yg penting budak2 tu..kasut pun dah beli..kat tok pun dah beli jugak cuma kat tokwan budak2 tu ajer yg belum....tgklah nanti nak g cari..
kuih raya pulak aq tak penah buat pun..dulu2 rajin ler tapi 5 6 tawun kebelakangan ni.,,beli jer sebab aq tak tahan bau majerin ke butter ke planta ke ape2 je la..nanti aq penin and terbaring
Tawun ni aq tumpang beli kue raya kat kawan aq..dapat murah so aq beli nam jenis jer...jadilah daripada takde langsungkan tu pun dah tinggal separuh sebab dak dush-dush duk makan..sempat sampai raya ke tak kue tu..ntah ler..harap2 la kan...


Kisah Seram Jalan Gerik Laughing man

AQ COPY DARI BLOG sUMBER iNFORMASI tERKINI

Segmen cerita seram kali ni berkaitan dengan kisah seram jalan Gerik dan merupakan kisah benar yang dilakonkan semula dalam bentuk dialog untuk memudahkan semua pembaca..


Kisahnya bermula begini................




"Mak..Mail balik dulu mak",


"Mail..... Mak kata jangan balik malam ni, pagi esok jela balik dah pukul sebelas ni...".


"Tak boleh mak Mail kena balik malam ni jugak, banyak kerja kat office tu tak sempat siap nanti...".


"Mail balik esok je la, bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni sesorang, bukan dekat Baling ker KL tu......


"Tak apalah mak, Mail balik dulu..Mak jangan risau..Assalammualaikum". Mail mengucup tangan ibunya dan terus memasuki kereta Myvi yang baru seminggu dibelinya..


"Emmmmm.... Boring betullah.." Rungut Mail seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Usop Wilcha berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada dashboard keretanya, detik jam 2 pagi, hampir 3 jam Mail memandu sampai naik kematu punggungnya. Ditolehnya kiri dan kanan, jalan semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yang ditujui setelah seminggu menyambut hari raya dikampung


"Emmmmm...baru sampai Grik ni...Jauh lagi....."

Tiba-tiba Mail terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula terngiang kata-kata temannya " kau kalau balik KL tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area jalan Gerik tu....Kemalangan selalu terjadi sebab ramai orang selalu jumpa makhluk ghaib......"


Namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, dikuatkan jugak semangatnya.

"Aaaarghhhh........Mengarut jer...Mana ada hantu .... Sekarang ni zaman teknologi, internet..Mana ada hantu..." kata Mail sambil mententeramkan hatinya yang memang tidak tenteram....

Mail masih lagi melalui jalan Gerik dan ditekannya pedal minyak seperti biasa dan jauh dihadapan, Mail terpandang kelibat objek putih yang terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali. "Hantu ker?"Soal hatinya......

"Arghhhh..Mana ada hantu" Dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......dan semakin jelas pandangan Mail terhadap objek tu, kelibat seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan.

Kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. Dalam hatinya berkata..."Buat apa mak cik ni sorang-sorang tengah malam kat jalan ni??"

Lalu Mail memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa untuk menumpangkan perempuan tua tersebut.....


"Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... Bahaya sesorang malam-malam ni" segera Mail membuka pintu......Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.

Kemudian perempuan tua tersebut masuk dan terus menutup pintu kereta...."Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Mail sebaliknya memalingkan mukanya ke bahagian luar..

Perasaan takut Mail datang lagi bila mendengar suara perempuan tua tersebut.......Garau dan sungguh menyeramkam........

Dengan beraninya Mail bertanya.."Aa aa apaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu" kata Mail terketar-ketar......

Dengan nada dan suara yang garau perempuan tua tu lalu berkata..."Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Mail


"Apa darahhhhh!!!!!!!!" Jerit Mail dengan terkejut beruk, peluhnya semangkin banyak memercik.....Mengeletar anggota badannya dari atas sampai ke bawah tapi terpaksa Mail melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas ke tepi jalan..

Perempuan tu berkata lagi.."Yaaa....Anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir........"Kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semakin kuat anggota badan Mail mengeletar......Ditolehnya kearah perempuan tua itu........Tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"Burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" Tiba - tiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ Burghhhh......Burghhhh........Burghhhh!!!!!!!!

Melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang belakang kereta.Mail mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut "Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"

Dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Mail.


"Hiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........." Sambil mengilai dengan suara yang kuat perempuan tua itu lantas berkata.....






























" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZEE !" Crying with laughter






Sumber http://www.zuarxpdc.com

Khamis, Ogos 18, 2011

Think..Think..and make a decision

its so hard to make a decision..cewwh ckp omputih lak..tak tau la betol ke tak..i've to think..think and think to make a right thing..huhuhu..
so..kalau ikut kata hatii..hati pun tak tau nak ckp apa sebab hati sedang berbolak balik dgn mcm2 rasa tapi selalu org tua2 kata jgn ikut hati,,,nanti mati..jadi kena la wat timbang tara..byk sgt perkara yg tak pasti..haishh susah betul sedangkan dah terasa tawar nak terus berada di sini..sedang berkira-kira nak buat perubahan..kena berani mencuba..tak cuba tak tahu kan..tapi kena berani la..
percaya pada diri chachachaa..yeahh..Picture Comments Myspace Comments
suzihanis.com

Rabu, Ogos 17, 2011

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri - Awasi Panggilan dari Penipu..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

sengaja ak poskan berita diatas kerana baru-baru ni pada 16hb Ogos 2011 jam 9.48 ak menerima panggilan dari no 20267949 dari seorang lelaki berbangsa cina yang mengakui wakil dari EON Bank. Dia tak kenalkan nama tapi dia bagitau ada permohonan untuk tambah credit limit pada mastergoldcard EON kepunyaan ak.
Ak diberitahu yg penggunaan mastercard tu menjadi sensasi di Pulau Sentosa Singapura kerana perbelanjaan hampir 9520hengget pada 3.7.2011. Wah..terperanjat bewuk gak ak..mana ak penah g Singapura,,pasport luo negara pun ak takder..tambah2 hubungan dgn EON Bank..pun takde langsung. menggeletar satu badan, macam nak nanges.
Pastu dia kata ni nama puan kan..no i/c puan dan bla bla bla..
ak pun kata..ye betul tapi saya takde n tak guna pun mastercard tu.
So, dia bagitau nak tolong ak dan htr repot pada bahagian pemalsuan kad kredit di Bank Negara dan pegawai bank negara akan kol ak untuk dapat maklumat.
Siyes gella..ak tak terfikir langsung tu satu penipuan ke ape..memang tak terlintas dan dia bagi maklumat ini kat ak:
maklumat kad : EON Mastergoldcard
credit limit : 10,000 hengget
Tarikh permohonan ; 6 .6.2011
Tarikh lulus : 30 .6.2011
Tempat memohon : EON cwgan Kota Bahru
Alamat permohonan : 430, Lrg 3, Tmn Cempaka, 15400, Kota Bahru Kelantan
ak pun ngah kompiden menyalin dlm hp..pas je dia letak tipun,,ak dgn masih menggeletar tewus menanges..huhuhu biasa la owg pompuan walopun napak macam kental tapi hati tisu gak beb,,owg yg ngah drive sebelah tanya nape lak a nanges.. ye la..risau tau..takkan bodo je nak bayo sampai 10hibu yg ak tak guna tu
Tak sampai 5 minit, ak dapat panggilan panggilan dari 0326988044 seorg pompuan cina lak yg kol menyatakan beliau wakil dari Bank Negara dan baru dapat faks dari EON yg bgtau ak kena penipuan kad kredit.
Masa tu masih tak leh nak PK jugak lagik..ak pun bagi la maklumat yg lelaki cina tu bagi tadi dan bla bla bla dgn pompuan cina tu..
AK TANYA JUGAK KAT DIA PATUT TAK AK WAT REPOT POLIS pasal kes nih..
dia pun kata EH TAK PAYAH SEBAB BANK NEGARA DAH AMIK KES NIH DAN AKAN BUAT SIASATAN SECARA TERTUTUP. DAN JANGAN BAGI TAU SAPER2 PUN SAL KES NIH.
eh ak ckp, ak kena bagitau dgn boz ak sebab hari2 yg dia bagitau tu ak bekerja..nanti ak kena minta pengesahan dari boz ak..
DIA KATA TAK PAYAH.
Pastu dia kata UNTUK MELINDUNGI SEMUA DUIT AK YG ADA DALAM AKAUN, BANK NEGARA AKAN MENWUJUDKAN SATU SISTEM KESELAMATAN..
wah bila dia ckp macam tu, tetiber ak teringat sorang kawan ak terkena dann habes duit dia dekat 5ribu kena tifu dan transfer..
jadi ak pun cut dia cakap..
AK TYA DIA ,,I KENA BAGI KAT U NO AKAUN I LA YER..
DIA KATA YA..
apa lagi ak pun kata la..I RASA I LEBIH SELESA KALO DPT JUMPA U DARI BERBUAL DLM HP MCM NIH..SO DIMANA I BOLEH JUMPA U, SEKARANG JUGA I G KE BANK NEGARA TU SEBAB I DAH TAK JAUH PUN.
DIA PUN BAGI TAU NAMA DIA MS LIM, DIA KAT TGKT 3 BLOK D BANK NEGARA
dan terus panggilan diputuskan
tetiber ak dapaat semangat dan terasa mcm ini satu penipuan,,ak pun pegi cari jiran yg kebetulan anaknya keje di BNM, dia bagitau Blok D tu memang ada tapi setakat tgkt 1 ajer..tgkt 3 takde..so atas nasihat dia dan untuk keselamatan..ak pun buat ripot polis tentang kejadian tu dan dgn ripot tu ak g semua bank yg ak ada ( 2 jer pun hahahaha ) untuk cek duit yg 2 3 hengget jer tu..alhamdulillah..ak bersyukur sebab tuhan masih lindungi ak dari di tifu..tu la kita jgn cepat panik dan melatah mcm ak memula tu..
Pastu bila ak g ofis ada sorang kawan ak tu dia n asben dia pun dapat panggilan mcm tu dah siap bg no akaun. Ak minta anak buah ak tolong check kan dan alhamdulillah sebab baki dia pun tak banyak..so duit dia tak dikeluarkan..mungkin dia amik duit yg banyak ribu2 je kot..
so (ala-ala Pak Jabit dlm antu kaklimah) harus lah kita beringat dan berhati-hati bila terima panggilan-panggilan yg macam nih tak kira la yg nak suh masuk insuran ke ape..terus jer kata tak berminat dan jgn layan..sama-sama lah kita ingat mengingati..
dan bila tingat balik yg ak beria-ia nanges bagai tu HA HA HA HA..mcm bodo jer..tapi apa pun sebbek ak tak kena tifu..adooiiai
Animated Pictures Myspace Comments
suzihaniz.com

Ahad, Ogos 14, 2011

OWH PUDING KARAMELKU.....TIDAKKKKKKKKKKKK

hari ni masuk hari ke 14 kita berpuasa..so cuti hari minggu ni ak melepa kat umah ajer..layan astro..tetiber ajer teringin nak makan mi kari dan puding karamel, tapi bahan2 nye takde la pullok..em na beli macam tak best jer so memang nak kena masak jugak ni..tepat jam 4.30 lepas layan citer deru ombak, gedebush gedebash..ak pun berlari ke tesco atau steco (kata izkandar)mencari bahan2..makk aii ramainya org dan amik masa hampir setengah jam gak la ak beratur nak membayar barang2 tu.. ak baca juga ada tertulis JIKA ANDA MELEPASI GARISAN HIJAU, KAMI AKAN MEMBUKA KAUNTER LAIN UNTUK ANDA..ak pun jeling kiri kanan tgk kaunter lain suma berderet2 tapi takde pun kaunter baru dibuka..
ok berbalik pada mi kari..sampai ajer umah jam nam petang, ak pun mula operasi memasak mi kari..tang tung tang jam nam setengah siap la ak memasak kuahnya dan merebus sayur serta mi untuk berbuka puasa..

Sekarang, time untuk membuat puding karamel..berbekal resepi yg ak dapat dalam internet, ak pun mula membuat karamelnya..gula hangus..mula2 ak masak gula bila dah cair ak masukkan air..omak aii tergezut bila tetibe jer gula jadi keras..ak berlari tgk resepi lam laptop kat bilik..owh rupanya kena masak sampai la gula tu cair semula..sambil2 tu ak pukul telur dan gula..bila siap semua..ak pun sedia lah untuk mengukus
alamak!!!!
loyang tu beso dan muat2 jer dalam periuk kukus ak..nak tak nak sebab dah takde loyang lain ak guna jugak la..
tepat 45 menet..ak tutup api..ahhh sudah, mcam mana ak nak terbalikkan masukkan lam pinggan ni..loyang tu melekat kat periuk kukus..payah sungguh..
bersungguh2 ak meminta bantuan kakak ak untuk tolong terbalikkan..tapi tak boleh jugak..last3..ha ha dapat juga dialihkan kedalam pinggan tapi..
OWHHHHHH TIDAKKKKKKK..PUDING KARAMEL KU HANCUR DAN TAK BERUPA..adoii
jadik memang jadik tapi tu la hancor..ish tak leh jadik..nanti nak kena buat lagik dan kena p beli loyang yg kecik sikit..
hanya bahagian ni yg agak elok yang dapat ak amik gambo puding karamel

Memori Tercipta - Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Love Myspace Comments
SuZiHaNis

Jumaat, Ogos 12, 2011

Making of Merdeka 54th 2011

Merdeka 2011 bermula dengan perjumpaan serta mesyuarat penyelarasan sejak 2 minggu lepas. Kemudian, sedang berlangsung ialah T.O.T dari jurulatih utama atau dikenali sebagai JU kepada tenaga pengajar yang akan melatih peserta seramai 2000 org yang terdiri dari yang memakai topi, membawa bendera dan payung. Muzik oleh Pak Ngah dan formasi berdasarkan Lima Prinsip Rukun Negara yang telah di reka oleh Tn Hj Azmi, En Abdul Rahman Marhaban dan En. Zamri.latihan akan berlangsung sehinggalah hari jadinya nanti..break cuma pada cuti hari raya..eii walaupun agak penat tapi saya memang suka terlibat dengan perkara-perkara yang macam nih..terasa sangat patriotik..owh teringat saya belum memasang bendera pada kenderaan saya lagi..so nampaknya kena pegi beli bendera lah lepas nih..




Khamis, Ogos 11, 2011

Phone Call

Ada satu phone call dari mat tapi tak sempat angkat sebab ngah drive masa tu.. sejak akhir2 ni sengaja nak menjauhkan diri..dah lama tak sms dengan dia..biarlah..
pastu dapat kol dari maksedara..sembang lama jugak..sal hal keluarga..elok letak phone adik di kampung pulak call..pun bagitau berita yg tak best nak dengar.. ntah lah
sudahnya mood ak hari ni mcm tak best ajer..dan ak pun tak tau kenapa setiap kali ak memijak kaki dan berada di tempat ni..hati ak jadi tak tenang..ak rasa tak best jer..tak seronok..adakah kerana pengaruh2 phone call yg ak terima hari ni..
Wallahualam

Rabu, Ogos 10, 2011

Jalan-jalan sambil bekerja @Sabak Bernam

baru-baru ni, ak ke Sabak Bernam, Selangor untuk bekerja di sana selama dua hari. So, sempena bulan Ramadhan, ak pun ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke Pasar Ramadhan di Sg Besar. Wah memang mengujakan sebab paramnya besar dari tempat ak di KL, yg best banyak gerai jual nasi ambeng. Nasi ambeng tu ialah nasi putih, ada suun goreng, ada sayur, serunding, mi goreng dan ayam goreng. Yg bestnya harga dia murah sangat, sebungkus 5 hengget jer dan banyakkkk..kalo di KL ciput jer pun 8hengget 5posen. Ak juga dapat makan pecal yg dibungkus dalam daun pisang, memang terbaikk la pecal di Sabak Bernam nih.
Ak bermalam di Rest House Sabak Bernam, harga semalam weekday cuma 50hengget. Tempatnya selesa, aircondnya sejuk sampai ada yg terkucil atas tilam ler.
Hari kedua masa break utk lunch (ak posa yer) ak bawa budak2 tu melawat ke Muzium dan sekitar Sabak Bernam. oh ya, waktu ak sampai, Sultan Selangor telah mencemar duli ke Masjid Sabak Bernam untuk menyampai sumbangan zakat. Masjid penuh sgt, ak tak dapat nak menyelit so solat kat bilik jer..
budak yg terkucil atas tilam ha ha haaa..
di Muzium Sabak Bernam
di Pasar Ramadhan Sg. Besar
Nasi Ambeng

Isnin, Ogos 08, 2011

BFF - Part 2 - Mat

nama tu cukup rapat dengan ak, kalo bagitau ada dalam hati nanti ada org pk lain tapi cikit2 tu memang ada..bila sebut nama tu hati mcm bunge2 jer..mesti senyum sorang2 tapi kena kaber coz org pk ape lak nanti minah ni duk senyum sorang2kan.
macam mana boley kenal dengan Mat ek? kowrang nak tau tak..citenya tak de la tragik sangat, biasa2 tapi penuh tersirat dgn moral..moralnye ape..he he kowrang akan tahu bila diending cerita ni nanti (ceh kunun2 drama saspen la kan kan kan)..
sebenarnya mat ni kwn dan rakan err mungkin boZ adik ak. ak dapat nombor hp dia pun dr handset adik ak..mueheheh jaat kan ak..tapi ape nak buatkan..mungkin jodoh kot ( cewwah ) perasaan jap..ntah naoer kebuhsanan raya kedua tu buat tangan ak gatai jer nak tgk handset adik ak yg ngah dicas..tak baik tau tgk handset owaang so jgn tiruuu aksi nih...

Ahad, Ogos 07, 2011

BFF - part one

Pagi Ogos 2007, ketika ak sedang bersarapan tetiber jer hp ak berbunyi,,ada meseg la.
Gambar sampul surat pun ak buka..dan tertera --> bz napak. No sms takada dlm simpanan tapi ak dengan konfiden mcm kenal terus je balas sms..hahaha tu la..ngah sarapan dgn anak-anak nih. mati2 ak ingatkan kawan2 ak yg menyakat atau tengah skodeng ak bersarapan kat taman melawati pagi tu, memang keadaan ak teramat kelam kabut sebab ada kembara merdeka masa tu, dgn kwn2.,.so ak pula bawa ramai budak2 berumuh 5, 6 dan 10 tahun..nak melayan budak2 tu sarapan sebelum mula kembara, kalo tak sempat sarapan, mau lapar nanti..bila dapat sms tu..tertibe ak jadi malu sendirik,terasa macam ada org skodeng ak dekat2 situ, sambil tercangak2 tengok kiri kanan ak mencari sape la yg duk tengok gelagat ak yg memang tak ley blah tu melayan budak2 tu makan.
bila suasana dah ok, ak pun balas sms tadi --> ni saper?
kemudian sms ak di balas ---> Amir
ak balas lagik --> Amir? Amir mana? Amir HSelangor ke?
Dia pun jawab ---> berapa ramai Amir yang awak ada?
Ak pun balas lagik ---> ada la 2 3 org, tak ingat..so ni Amir mana?
Dia balas ---> amir N9
Ish ish ish --> ak takde kwn nama amir kat N9. Silap meset kot. K la, im bz sebab ada kembara merdeka nih. By.
Dia balas lagi ---> ok.
haish dia ni kat N9 rupanya, ingatkan kwn2 yg duk skud tgk gelagat ak tadi.
Itulah mcm mana ak kenal BFF bernama amir ni. Mula-mula takut gak nak layan org tak kenal tapi bila dia kata dapat no hp dari kwn ak..hurmm..nak ckp ape ye..pandai jer bg no hp ak kat org yg ak tak kenalkan.
Tapi..Amir ni ok lah..sama bidang kerjaya, so boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea serta pengetahuan yang ada. Sekarang dah tak berapa rapat, mula awal tahun 2011..berapa kali jer ye yg ak msg dgn dia..ada la sebabnya salah satunya mungkin ak bz bila tukar tempat keje baru..tapi sebenarnya ak nak kurang2 sikit dlam berkawan ni..susah nak bagitau kat sini kenapa ek ak dah kurang dgn semua BFF..

Sabtu, Ogos 06, 2011

Khamis, Ogos 04, 2011

BFF - best frenz forever..

do u have BFF..wah..bff gitu..istilah zaman sekarang..macam mana nak klasifikasikan seseorg tu BFF kita eh..ape ciri2 BFF, sape tau..sila la listkan kat comment or kat shoutbox yg tersorok sebelah kanan tu. Tapi dah tuwa2 macam saya ni ada ke BFF..kalau dah ada keluarga bagai, adakah BFF masih releven atau tak pasal2 org ingat skandal pulak nanti..kalau budak2 school mungkin kot or belia2 bawah umur 30 tahun..masih ok kot ada BFF..atau yg geng2 memancing ke (apasal lak boley masuk memancing nih?) atau kakimotor ke mungkin ada BFF atau pun yg suka main golf ke..ada BFF..
soo...i've a story bout my BFF wahaha but not now..i'm so sleepy rite now and gudnite..

Rabu, Ogos 03, 2011

letihnya

Cartoons Myspace Comments
hari ni rasa letih sangat..bukan nak merungut..tapi tadi ak diam ajer..bukan apa takut kurang pulak pahala puasa walaupun dalam hati macam geram sangat..aaaargh..ak pun posa jugak..ingat kowrang aja ka yg puasa..Cartoons Myspace Comments

pagi2 tadi dah keluar g shah alam..ada meeting untuk merdeka..pastu terus ke tempat kerja..adoii hari ni kena banyak tawaf cari beberapa org staff..letihnya eii dah la hari ni pakai kasut tumit..kadang2 sukar nak gambarkan perasaan tapi serius sejak dua menjak ni, rasa mcm tak best aja, hati ak tak seronok..i'm not happy and i don't know why...try to find an answer but...,,i can't fill in the blank.. Cartoons Myspace Comments
SuZiHaNiz

Selasa, Ogos 02, 2011

Puasa oh puasa

hurmm hari ni hari kedua umat Islam berpuasa dibulan Ramadhan. semalam cuti hari ni pun sepatutnya cuti gak tapi last minute cancel..so kena p keja la napaknya..
semalam menu berbuka, simple je..li air tebu kat param, pastu masak goreng cili paru goreng..sekilo beb..cuma termasin sikit almaklum ler posee..tak dapat nak hagak lagi garamnya..pastu buat mini murtabak ayam..
hari ni pula cadang2 nak buat nasik ayam tapi sempat ke nak masak ek..kalo sampai umah kul 6.45 berbuka kul 7.30..mcm tak sempat jer..jadik plan B nya nak buat udang sambal..simple dan cepat..belum lagik terbuka ati nak beli kan param..tgk la esok2 ke..tapi macam teringin nak makan tosei masalla la pullok..kena p beli petang nih.