NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Jumaat, Jun 19, 2015

NERVE CONDUCTION STUDY PART 2

25.5.2015

sekali lagi aku membuat nerve conduction study tapi kali ni di HKL. sebenarnya aku dah tek [erlu buat tapi oleh kerana appointment tu dah 6 bulan dibuat, aku pergi juga.
Berdasarkan pengalaman kali pertama, aku lebih bersedia..aku ajak peneman aku masuk sekali tengok macam mana ujian tu dijalankan. Kali ni doktor yg buat dengan seorang pembantu. aku tengok berpeluh-peluh doktor tu..byk kali dia ulang buat pada tempat tertentu di tangan aku..mayb dia tak puas hati kot dengan dapatan ujian tersebut. Then, macam biasa oleh kerana dapatan tersebut, dia juga buat elektromiografi. wah..kali ni ujian tu menyakitkan aku. berkerut2 muka aku menahan sakit. Bukan kerana jarumnya tapi kerana nak cari saraf yg berkaitan. Kemudian datang seorang doktor pakar, doktor india perempuan. So dia berbincang dengan doktor yang membuat ujian pada aku dan dengan aku. Kemudian dia ulang buat elektromigrafi tu..adoii...naik lebam2 tangan aku..nak menangis pun ada. Dia pun bagitahu
1- Memang dua-dua tangan aku carpal tunnel tapi kanan lebih teruk dari kiri. Dia kata ikut keadaan mayb tak perlu di bedah tapi terpulang pada doktor nanti. Aku juga boleh pakai wrist guard cuma kena tggu next appoint apa yang doktor tu cakap
2- C5 aku kurang bermasalah tapi C6 dan C7 memang problem dan ianya bukan tahap mild seperti laporan. Dia suggest agar aku buat semula MRI kerana laporan yang 1st tu kurang tepat. Berdasar ujian saraf, nampak mcm tak ok jer saraf kat situ
3- dia kata byk improve sbb aku buat kiropratik tu. so aku kena buat selalu walaupun agak mahal rm100 satu sesi.

 bekas jarum yang dicucuk utk tengok graf saraf di C5, C6 dan C7
 tanda yang dibuat untuk mengukur kedudukan dan jarak

Sabtu, Mei 09, 2015

SINDROM CARPAL TUNNEL

Balik dari hospital..aku mula surf perkara-perkara yang berkaitan dgn apa yang dokto ckp kat aku..bila aku baca..aku mcm kena sindrom di atas tu...sbab dokto kata nak operate di tapak tangan dulu..
bahan ni boleh membantu tentang apakah sindrom di atas tu...
sindrom-carpal-tunnel-di- pergelangan tangan

ini pula tentang stenosis
spinal-stenosis

OPERATION

7 Mei 2015
Hari yang penuh debaran...dua hari selepas birthday aku yang je dot dot dot..
pagi2 aku ke HSB..buat fisio dulu...arh kena buat elektrik tu lagi...lain mcm jer ..rasa lepas tu..
well....yg nak aku kongsikan disini bukan pasal fisio tu tapi...hari ni aku berjumpa dokto pakar..
kali ni cepat pulak nak tunggu...dalam kul 11 dah jumpa dokto..
macam biasa la..sepulu kali jumpa dokto..sepuluh kalilah dapat soalan yang sama..
maam mana rasa...ada kurang?
aku pun tak tau nak jawab apa..sebab bagi aku sama ja sakitnya ...tak berubah pun..
kebetulan komputer pun lembab...so dia tya dah buat MRI semua tu..
aku jawab sudah...NCS pun dah buat..dia mta result aku kata dkto tu tak bagi pun...
so...dia keluar then masuk semula dengan result di tangan...dgn ayat yg mudah...dokto tu cakap...
OK...KITA OPERATION YER..

Selasa, April 28, 2015

Nerve Conduction Studies NCS dan Elektromiografi


semalam..aku buat ujian nerve Conduction Study (NCS) dan Elektromiografi (EMG) di HSB. Sepatutnya aku buat di HKL tapi sebab lambat lagi tarikh appointment tu maka doc di HSB kata mereka pun ada kepakaran utk jalankan ujian tu.
Sebelum buat ujian tu..aku ada juga tanya2 pada pakcik google tapi info yang aku dapat macam tak memuaskan hati. Takde penerangan macam amana ujian tu dijalankan. sakit ke tidak.
Hurm..lepas register di klinik pakar dalam jam 8.30 pagi aku terus ke bahagian nuerologi. Oleh kerana aku orang pertama maka aku dipanggil dulu. Ok jugakkan dari kena tunggu lama. oh ye..sebenarnya tarikh apoint aku juga diubah sebab doc pakar ada miting pada tarikh tersebut.
Aku dibawa kedalam bilik. aku disuruh duduk di atas katil. Sempat juga aku tanya pada doc --> lama ke ujian tu..sakit tak.
Doc tu jawab --> ikut keadaan dan pakar akan tengok dulu kalau ada ujian lain yang dia nak buat pulak.
Kau cuma memerhati jer, dia letak macam dalam gambar di atas. Dia bagi renjatan macam aku buat fisio tu. aku tgk saja skrin..nampak la graf2 yang dihasilkan..ntah aku tak paham langsung.
Doc kata nak buat pada tangan kanan dan kiri aku..utk perbandingan. lama juga prosedur tu. Dia letak benda tu. dia tanda di bahagian2 yang ditest tu dan siap ukur dengan tape. Bila dia nak guna renjatan yang kuat dia kan beritahu. Takdela sakit sangat. 
Selesai sahaja ujian tu. Masuk seorang dokto cina perempuan. doc pakar. Dia tgk result aku..wahhh...mengejutkan..dia tanya kenapa dengan aku CTS ke pada doc tadi. Tapi dia kata, saraf tangan kanan aku tak teruk, masih ok tapi yang teruknya saraf ditangan kanan.
hah! bio betik.
aku kata dekat doc ..tapi tangan kiri aku yang sakit, dah setahun lebih. sekarang pun masih sakit. Doc kata buat EMG yer tapi yang ni sakit sebab kita akan cucuk and tgk C5 dan C6. Aku ingatkan dia nak cucuk jarum kat leher tapi rupanya dia cucuk ditangan. memang menyakitkan sebab jarum dia agak besar tak macam jarum akupuntur tu. Dia cucuk dekat cari, lengan, siku. Mengaduh juga la aku bila jarum tercacak then dia suruh aku melawan atau tolak jari dia. Dia kata normal pada C5 dan C6. Alhamdulillah tapi memang bahagian lengan dan tangan aku tak ok, dia kata doc nak buat pembedahan ke. aku kata, tak tau lagi..tengok result semua. tapi tu la dia kata tangan kanan aku memang bad sebab tu aku tak rasa sakit sebab saraf kat situ rosak teruk. tetiba aku rasa sedih sangat. tak sangka, yg sakit sangat bahagian kiri tapi aku memang ada rasa juga sengal dan sakit dibahagian kanan, jari pun terasa menyucuk tapi sikit la. Dia kata sebab teruk tu yang aku tak rasa.
Masyaallah..terkedu aku. Aku diam..menahan sebak. Doc bagi aku MC. lega juga. 
so,,tunggu jumpa doc ortho semula. Tapi sebelum aku keluar doc tu bagi tau aku lagi sekali ..dua2 tangan aku saraf memang tersepit tapi dibahagian bawah bukan dileher. Lega jugak sedikit. Tapi sakit aku masih sama denyutan di leher tu....
aku termenung panjang....klo doc cdgkan operation...macam mana yer...aku perlu isthikarah..

Rabu, April 22, 2015

KISAH JAMBU BATU

Aku tak pasti adakah kisah ku ini memang berkait rapat dengan jambu batu. Kesian pulak aku pada jambu batu tu...tapi bila mengenangkan aku yang demam panaz sampai ke hari ini..aku macam fobia sikit padahal..memeng peberet aku jambu batu..
dulu....dulu la sebelum aku dapat stenosis ..tiap2 hari memang aku akan beli sebiji jambu batu dari pasaraya dekat rumahku...lepas tu..lama aku tak beli dah..lama jugak la...aku sakit pun dah lebih setahun..
ntah kenapa..balik dari Kuching, Serawak..hari jumaat 8 April tu aku buat fisio di HSB. Ermm oleh kerana aku sakit bila buat yg tarik leher tu...maka pakar tu buat semula treatment yang elektrik. Aku dah bagitahu..aku sakit bila buat elektrik tu tapi dia kata takapa...cuba dulu...
wow..sakitnya lain mcm sikit mcm kena karen..tapi aku tahan jer la..
9hb tu..aku dah rasa lain macam..sakitnya berdenyut2...then ada pulak ornag tu bawak bali jambu batu lima biji..serius aku memang melantak sakan sampai 3 biji..sedap beb menciciah dgn cili kicap yg aku buat sendiri. Sebiji lagi aku buat jus..wahh sakan betul aku makan.
10hb aku ke kuala selangir...diajamu oleh seorg chef bergelar datuk..memang sedap masakan dia...tapi aku macam nak muntah...sakit kepala berdenyut2...disebabkan ada miting terpaksa aku ke opis semula,
sepanjang jalan takde pulak RnR...aku tahan je isi perut yang nak terkeluar..
sampai je di opis...uuuuwekk...apa lagi..segala bihun..kerabu bali msk lemak udang dan macam2 yang ku makan tadi keluar habis.
Arghh lega...tapi seram sejuk dah terasa...ada kawan tego..kenapa muka ko mcm org nak g mekah
hah? g mekah? mcm mana..bersih je ke atau baik jer..
hahahahaaa...aku ketawa,,,habis miting,...aku bergegas balik...
sampai je rumah..wahh mengigil2 aku dibuatnya...demam aku mencecah 40 darjah...
Ya Allah teruknya demam aku...darah aku ok...urine pun ok...sebelum fly ke Sabah...aku memang telan ubat 4 jam sekali..panadol tak jalan dah...ubat tahan saki 250g makan 2 biji 3 kali..bayangkan..baru aku berpeluh...nasib baik masa touch down aku tak demam..klo tak mau sangkut aku kat airport tu..
so perjalana ke sabah tak bermakna sangat sebab aku demam..aku banyak tidoo jer..lagi pun aku baru jugak balik sebulan dulu tapi kesiannyala budak kecik tu tak berjalan sangat...
makan sifud pun tak rasa sgt...mcm tak sedap jer...
nak balik pun kena telan ubat jgn bagi demam tapi dalam flight memang rasa lain macam...
sampai rumah..malam tu tak boleh tahan...terus ke emergency...
dah...tarraaaa padan muka aku dapat RED ZONE.. mujo jugak darah dan urine ok...so...tiga hari aku kena datang semula...tapi malas aku nak p..penat g spital nih..aku rasa dah ok sikit kot...dah tak bergantung sangat pada ubat..
so aku tak tahu la...memang sebab aku nak demam ke..sebab fifio tu ke...sebab jamuan datuk tu ke atau sebab JAMBU BATU yang org kata sejuk...tak elok utk saraf mcm aku...
wallahualam...yang pasti Allah sayangkan aku..tu yg aku demam...


Khamis, Mac 19, 2015

CERVICAL STENOSIS P2



Kelmarin...aku mula rawatan di HSB. Dekat situ saja yang ada pakar spinal. So, selepas sebulan dapat appoint aku pun mula pemeriksaan susulan disana. Pagi2 dah kena ada disana sebab parking disitu memang susahnya..crowded sgt..kena pergi dua orang.
Seawal 8am, daftar dikaunter kemudian masuk keklinik pakar orthopdeik dan traumatik. Kemudian seorg doktor datang dan minta aku  buat xray dan htr salinan softcopy MRI disc yang aku bawa dari HS.
1st time kat sini buat aku mcm tercangak-cangak..nak cari jabatan X-Ray pun kena bertanya. Rupanya taklah jauh sgt dari klinik aku. Selepas daftar dan beri cd MRI kepada petugas di kaunter, aku pun menunggu giliran untuk x-ray. Alamak..kena buka rantai pulak lah...baru jer aku pakai semua barang kemas yang sebesar janggut udang jer..selepas setahun aku simpan. Nampak gayanya kenalah simpan semula semuanya.

Selasa, Mac 17, 2015

CERVICAL STENOSIS

Dulu Prolapsep..kemudian jadi spyndolisis..sekarang selepas MRI..resultnya adalah Cervical Stenosis..
hurm..aku pun tak faham apa bezanya ketiga2 tu...yg aku tahu 2 tu macam tergelincir tetapi stenosis ialah penyempitan. Boleh klik di bawah ini jika nak tahu lebih lanjut
CERVICAL STENOSIS

spinal-stenosis