NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Memaparkan catatan dengan label DISC PROBLEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DISC PROBLEM. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 19, 2015

NERVE CONDUCTION STUDY PART 2

25.5.2015

sekali lagi aku membuat nerve conduction study tapi kali ni di HKL. sebenarnya aku dah tek [erlu buat tapi oleh kerana appointment tu dah 6 bulan dibuat, aku pergi juga.
Berdasarkan pengalaman kali pertama, aku lebih bersedia..aku ajak peneman aku masuk sekali tengok macam mana ujian tu dijalankan. Kali ni doktor yg buat dengan seorang pembantu. aku tengok berpeluh-peluh doktor tu..byk kali dia ulang buat pada tempat tertentu di tangan aku..mayb dia tak puas hati kot dengan dapatan ujian tersebut. Then, macam biasa oleh kerana dapatan tersebut, dia juga buat elektromiografi. wah..kali ni ujian tu menyakitkan aku. berkerut2 muka aku menahan sakit. Bukan kerana jarumnya tapi kerana nak cari saraf yg berkaitan. Kemudian datang seorang doktor pakar, doktor india perempuan. So dia berbincang dengan doktor yang membuat ujian pada aku dan dengan aku. Kemudian dia ulang buat elektromigrafi tu..adoii...naik lebam2 tangan aku..nak menangis pun ada. Dia pun bagitahu
1- Memang dua-dua tangan aku carpal tunnel tapi kanan lebih teruk dari kiri. Dia kata ikut keadaan mayb tak perlu di bedah tapi terpulang pada doktor nanti. Aku juga boleh pakai wrist guard cuma kena tggu next appoint apa yang doktor tu cakap
2- C5 aku kurang bermasalah tapi C6 dan C7 memang problem dan ianya bukan tahap mild seperti laporan. Dia suggest agar aku buat semula MRI kerana laporan yang 1st tu kurang tepat. Berdasar ujian saraf, nampak mcm tak ok jer saraf kat situ
3- dia kata byk improve sbb aku buat kiropratik tu. so aku kena buat selalu walaupun agak mahal rm100 satu sesi.

 bekas jarum yang dicucuk utk tengok graf saraf di C5, C6 dan C7
 tanda yang dibuat untuk mengukur kedudukan dan jarak

Sabtu, Mei 09, 2015

SINDROM CARPAL TUNNEL

Balik dari hospital..aku mula surf perkara-perkara yang berkaitan dgn apa yang dokto ckp kat aku..bila aku baca..aku mcm kena sindrom di atas tu...sbab dokto kata nak operate di tapak tangan dulu..
bahan ni boleh membantu tentang apakah sindrom di atas tu...
sindrom-carpal-tunnel-di- pergelangan tangan

ini pula tentang stenosis
spinal-stenosis

OPERATION

7 Mei 2015
Hari yang penuh debaran...dua hari selepas birthday aku yang je dot dot dot..
pagi2 aku ke HSB..buat fisio dulu...arh kena buat elektrik tu lagi...lain mcm jer ..rasa lepas tu..
well....yg nak aku kongsikan disini bukan pasal fisio tu tapi...hari ni aku berjumpa dokto pakar..
kali ni cepat pulak nak tunggu...dalam kul 11 dah jumpa dokto..
macam biasa la..sepulu kali jumpa dokto..sepuluh kalilah dapat soalan yang sama..
maam mana rasa...ada kurang?
aku pun tak tau nak jawab apa..sebab bagi aku sama ja sakitnya ...tak berubah pun..
kebetulan komputer pun lembab...so dia tya dah buat MRI semua tu..
aku jawab sudah...NCS pun dah buat..dia mta result aku kata dkto tu tak bagi pun...
so...dia keluar then masuk semula dengan result di tangan...dgn ayat yg mudah...dokto tu cakap...
OK...KITA OPERATION YER..

Khamis, Mac 19, 2015

CERVICAL STENOSIS P2



Kelmarin...aku mula rawatan di HSB. Dekat situ saja yang ada pakar spinal. So, selepas sebulan dapat appoint aku pun mula pemeriksaan susulan disana. Pagi2 dah kena ada disana sebab parking disitu memang susahnya..crowded sgt..kena pergi dua orang.
Seawal 8am, daftar dikaunter kemudian masuk keklinik pakar orthopdeik dan traumatik. Kemudian seorg doktor datang dan minta aku  buat xray dan htr salinan softcopy MRI disc yang aku bawa dari HS.
1st time kat sini buat aku mcm tercangak-cangak..nak cari jabatan X-Ray pun kena bertanya. Rupanya taklah jauh sgt dari klinik aku. Selepas daftar dan beri cd MRI kepada petugas di kaunter, aku pun menunggu giliran untuk x-ray. Alamak..kena buka rantai pulak lah...baru jer aku pakai semua barang kemas yang sebesar janggut udang jer..selepas setahun aku simpan. Nampak gayanya kenalah simpan semula semuanya.

Selasa, Mac 17, 2015

CERVICAL STENOSIS

Dulu Prolapsep..kemudian jadi spyndolisis..sekarang selepas MRI..resultnya adalah Cervical Stenosis..
hurm..aku pun tak faham apa bezanya ketiga2 tu...yg aku tahu 2 tu macam tergelincir tetapi stenosis ialah penyempitan. Boleh klik di bawah ini jika nak tahu lebih lanjut
CERVICAL STENOSIS

spinal-stenosis