NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Memaparkan catatan dengan label sarawak 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak 2013. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 03, 2013

SARAWAK : TAMAN NEGARA BAKO

ok..kita sambung semula catatan perjalanan di Sarawak..antara tempat yg dekat unutk dikunjungi ialah Bako.. sampai disana kena naik bot utk melawat ketempat2 seperti dalam gambar..oh yer...Sungai bako tu mempunyai lebih dari seribu ekor buaya..boleh juga sewa bot nak tgk buaya2 tu...waktu malam boleh nampak mata buaya tu.. ok...selamat enjoy tgk gambar..
Pinggir Sungai Bako

Selasa, September 24, 2013

KAMPUNG BUDAYA, SANTUBONG, SARAWAK

hari kedua di Sarawak, selepas sarapan di hotel, kami bergerak ke Kg Budaya yang terletak di Santubong,kira-kira 30 minit k3 45 minit (jika sesat la) dari Bandaraya Kuching. Berpandukan gugel maps..akhirnya kami jumpa juga kg budaya tu...jalan di sarawak juga cantik..tidak seperti di sabah. Santubong adalah nama gunung lagenda di sarawak. dari kg budaya boleh nampak gunung tu tapi aku tercari-cari juga di mana letaknya gunung sejinjang..tapi menurut adik yg jaga parking, dari santubong tak nampak gunung tu..

so..tak ramai sgt org kat kg budaya sebab hari bekerja...sebagai panduan..masuk utk dewasa 60hengget, kanak2 6 -12 tahun 30 hengget..warga emas dan yang ada kad pelajar 15 hengget...rugi aku tak tunjuk kad pelajar...save 45 hengget kan tapi tak pe la sekali sekala...berbaloi jugak..kawasannya macam satu bulatan dan ada show kwbudayaan jam 11 pagi dan 4 petang. Aku tgk yg kul 11 pagi tu sbb lepas tu nak ke Bako. Tiketnya valid untuk satu hari..so boleh masuk jalan2,,boleh keluar dan masuk semula...k..selamat menjamu mata dgn gambar2 di sekitar kg budaya..

perjalanan ke Santubong...cantik permandangannya

Sabtu, September 21, 2013

HARI MALAYSIA : PERARAKAN KAPAL BERHIAS

Walopun tak sempat tengok pada malam pertama..alhamdulillah...malam 16 september kami dapt jugak melihat perarakan hari kedua kapal berhias.. ada water scream...dan juga pertunjukan bunyi dan suara atau light and sound di sungai sarawak berhampiran dengan bangunan dewan undangan negeri...org boleh tahan ramai..kami berjalan sambil tengok macam2 gelagat dan gaya orang-orang di kuching...

50 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA : HARI MALAYSIA

16 September...sambutan Hari Malaysia. Kebetulan aku berada di Kuching jadi dapat la lihat sambutan di sana. Sampai di bandaran Kuching dalam jam 9.30 pagi..

Khamis, September 19, 2013

HEADING TO SARAWAK

3.30 pagi dah bangun dah bersiap2...nak gerak sebab flight pagi kul 6.30...padan muka..sapa suh amik tiket pagi2...so...kul 5 sampai di LCCT...htr lagej dan jalan2 jap...eeuuw..masa tu aku tengah kesakitan yang teramat-amat sangat....pakat sebab semua dah redi..dah buking..kalo tak sah aku terus tergulek2 kat umah...ubat pun dah tak lut...
tapi yg besh aku jumpa JAMBU...siyes...peramah gella pak yus..tokeh pun...aku jumpa gak gambit tapi takda keinginan pun nak bergambar....sporting la JAMBU nih..