NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Memaparkan catatan dengan label sembang kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembang kosong. Papar semua catatan

Selasa, September 06, 2011

Kening atas sebelah kiri bergerak-gerak..ape tandenye ye

haishh..sejak dari raya ketiga lagi kening atas sebelah kiri ni asik bergerak-gerak samapi la hari nih..apa tandanya ya..kata org nak tangok org jauh..atau nak menangis..bergantung pada seseorang individu tu la..kalau nak tgk org jauh tu..senang la sikit hati..tapi bab nak menangis tu yg cheq tak berapa nak gemar tu..dah lama tak menangis nih dan dah lama jugak la kening atas belah kiri cheq duk bergerak-gerak lagu nih..apa tanda nya ye...ada yang tahu tak..boleh angkat tangan..
cheq cari-cari kat incik gugel..terjumpa la benda nih ---> boleh kot dikungsi bersama tapi tak la sampai percaya kan..apapun semuanya ketentuan tuhan

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

sumber -->http://wanzeedee.wordpress.com/2010/01/13/tanda-kelopak-mata-bergerak-eksklusif/

Isnin, Mei 23, 2011

Stress kah aku?

stress ke aku?

hari ni ak memang tension giler beb.. ntah la.. geram sampai nak menangis..sampai ada yg tego..nape muka ak tak ceria.. ntah la..terlalu komplikated nak cerita, penin.
Tadi drive pun dgn pale mengong aje..bawa pun slow2..risau lak tersondol keta org lagi..
geram+nak menagis+ malas nak pk ape2 dah..lantak nye la..

Ahad, April 17, 2011

Maharajalawak..AF9...Imam Muda

hmm...aku bukan lah panatik rancangan-rancangan di atas tapi sesekali bila dah tak ada nak buat apa-apa, layan jugak la,,,takde la sampai nak melekat depan tb ja.,,
Imam Muda 2 belum di lancarkan lagi..tunggu juga ni..tak sabar nak tengok cabaran2 baru dan dengan rancangan ni, harap2 dapat menyuntik semangat pada diri anak2 kita untuk ikot contoh dan jadikan Imam2 Muda itu nanti sebagai Idola.

AF9 pulak..baru sekali tgk konsert..mak ai..macam tu ka peserta yg terpilih dari beribu2 yg uji bakat..tak de la yg best..takat biasa2..bukan ke laut lagik dah..tempo pun larik ntah kemana2 tapi masih ada yang kekal..apa nak dikatakan JARI JADI JURI..sebab tu agaknya bintang segera ( mee segera, cepat di masak sedap dimakan?) tak begitu menyinar.. tapi serius, ak suka Hafiz (af berapa ye dia) yg jadi juara tu..suka sangat suara dia.. dan biasalah AF ni penuh ngan kezutan-kezutan tapi dah mcm tak best kalo kezutan tu setakat hangat2 ta** ayam jer.. hu hu hu.. ada ke yg mengundi..herankan..tapi kalo dah minat tu..ada je kot..tapi kalo ak..bek la duit tu ak wat li ayam KFC..emm sehingga menjilat jarii..

haaa. kalo kat MAHARAJALAWAK ..terpaksa la ngaku yg ak belum pernah miss lagik tgk rancangan tu,, tapi sungguh tak puas hati bila XN3 dan R2 tersingkir keluar. Pada ak AMir tu yg awal2 lagi patut keluar, dan tak layak langsung masuk acara raja or maharajalawk..bukan tak suka jauh sekali benci tapi ntah ler..macam memalu ajer ada peserta opss..dah menangkan tmpt ketiga lagik..yg melawak mcm BODOH kan diri sendiri..yg herannya ada juga yang gelak terbahak-bahak dan undi..betul2 TAK PAHAm apa yg lawak sgt AMir tu..atau kesian aje kot.. peliz la... cari la peserta yg betul2 lawak dan bermutu..dan bagi kumpulan WAi..awal2 dah tersingkir..mgkn kalo Idlan bergerak sendirian..dia masih boleh bertahan..tak tau la idea sapa yang gabungkan depa bertigaa

Ahad, April 10, 2011

Telur pun ada tiruan..ish ish ish..



gambar ni saya dapat dari satu blog..boleh la nak dikongsi sama dengan kawan-kawan. Actually, ni first time saya tengok gambar ni. Zaman dah semakin maju..telur pun ada yg palsu..ish ish ish..tak sangka kan.. tapi itu lah dunia sekarang

Jumaat, Mac 18, 2011

Entri yang besh

asslam..selamat sejahtera..
korang ada idea tak atau apa pendapat korang tentang entri kat blog ak nih..salunya ak banyak citer sal diri n perkara sewaktu dengan ak jer..mungkin ak patot gak masukkan isu-isu semasa kan..tapi jgn sampai menimbul isu panaz dah ler...atau bersakap sal pesen sekarang ke,..sal keadaan sekeliling ke..so..ape yg paling besh pada korang yg membaca yang buat korang nak bukak blog ik nih..sila2 tinggalkan pesanan kat RUANGAN CHAT yang ak sediakan disebelah kiri dibahagian bawah..sila2..akk alu-alukan

Selasa, Februari 01, 2011

Hujan oh Hujan

cadang2 raya cine ni nak makan angin kat TIOMAN..duit feri pun dah bagi..huhuhu tapi apakan daya..kerana cuaca yg tak menentu dan hujan turun tak berhenti2 ..terpaksa la kena KIV or pospone ke hari lain..hmm tapi bila lagik yg leh pegi..kwn2 lain ada program lain..nak p sendirk memang la tak best..oh TIOMAN..rindu pada keindahan alam dan lautan di sana..

Ahad, Januari 30, 2011

cerita tentang perang...

cerita tentang perang..hmmm
dulu salu jugak dgr bunda tercinta bercerita tentang perang di Malaya..tentang kesusahan perang..besh jugak..insaf kan
Baru-baru ni masa di Citrus Hotel, dapat jumpa sorang ankel tu..maaf terlupa nama ankel tu..hmm kami sarapan sama-sama..so selain bercerita sal prgram AFS (antara budaya) tentang dia jadi host parent dan sebagainya sempat jugak bercerita tentang perang..
Kata ankel tu dia penah tinggal di Jepun masa tahun 1942..sebenarnya Jepun ni tak la kejam sgt..ntah ler..dia kata masa dia kesana umur baru 9 tahun dia tinggal di sana selama 3 tahun..masa Hiroshima dibom dia masih disana tapi jarak tempat tinggal dia dgn Hiroshima macam Kuantan dan Kuala Lumpur.
Bapa ankel tu seorang Profesor..katanya hidup memang susah waktu tu..hari2 makan potato jer..nak jumpa nasik..jgn harap..kalo nak jumpa pun kena carik kat kem army tu pun dapat la segenggam untuk di bawa balik dan dibuat bubur..
yang besh..kata ankel tu masa tu la dia n brother dia start mensurik..jgn salah paham ok..mensurik potato kat ladang2..katanya..potato ni kalo di tarik kua dari tanah ada 2 3 bijik je yg melekat..selebihnya kena kaut dalam tanah..ada banyakkk pastu beso2..
menurut citer ankel tu..bila balik..kakak dia dah siap2 rebus air jd nak cepat masak..terus jer masukkan potato tu tadik..
Bila ak tanya abah dia tak marah ke mensurik..dia kata asa tu abah dia tak kata apa..ya pun tidak tidak pun tidak..diam jer..mgkin sebab keadaan masa tu..
Then lepas 3 tahun dia pun balik ke Malaya..nek kapal perang owg putih..ankel tu kata owg putih memang mewah masa tu..tetiap hari durang di jamu dgn aiskrim dan coklat..bukan sekeping tapi satu bar..sampai sekarang durang adik bradik walopun dah berumur tapi suka mkan eskrem dan coklat tu..ankel tu kata, waktu tu dah ada da penekan eskrem yg kita sekarang baru nak guna..hmmm...
Citer ankel tu lagik..masa belayar kapal tu akan pusing2 sebab byk piyuk api lam laut..ena timbak duluk baru bulih belayar..tu yg kena pusing..
then kami pun selesai sarapan..sampai situ jer citer ankel tu..huhuhu besh jugak dgn pengalaman org duluk2 kan..

Sabtu, Januari 29, 2011

Program Antara Budaya (AFS)

Baru-baru ni bertempat di Citrus Hotel KL..ak diminta untuk mewakilkan boz ak ke program diatas..sebenarnya lebih untuk mendapat maklumat dan maklum dengan program tersebut.
Program ni utk remaja berumur 15 - 18 tahun. Dikendali oleh singkatnya AFS. Ada year program, semester prgram (kalo tak salah ak ler) dan intensif program. Student2 yg g ke negara2 pilihan akan bersekolah seperti biasa sambil2 tu mereka akan mengenali budaya masyarakat setempat. dari segi perbelanjaan ak tak maklum sgt sebab ak attend sebelah malam. kalo berminat nak tahu boleh jek gugel nama prgram tu dan yg berminat nak ikuti boleh isi borang secara online kemudian akan di panggil untuk temuduga..kebanyakan peserta kali ni dari Iceland, Finland, Germany dan Japan.
Lea from Germany to Penang
Mira Kobayshi from japan..dia ke Segamat Johor
fandou from Finland to Nilai

Isnin, Januari 24, 2011

hari pertama di tempat baru

24 januari 2011

seawal 6.30 pagi aku da kua umah..drive ke destinasi.,,huhuhu aku sampai sebelum semua bermula..kira ok dan awal..tiba di tempat kerja..aku cuba menselesakan diri sendirik..hehehe.....aku rasa agak sesak sebab ada kesan pembakaran sampah di situ..idung aku pun dah gatal2 sebbek idung je gatal bukan org yg gatal..
hari ni aku cuma tgk2 n amik tahu apa yg patut..sempat juga jumpa tuan yg akan aku amik alih tugasnya
apapun..aku terasa gementar...moga2 segalnya di mudahkan utkku..

Khamis, Januari 20, 2011

HEAD ARROW CHINA

pes taim ak tgk buah ni bila sowang kakak kat opis tu tunjuk kat ak masa ari sabtu..masa tu ak g opis nak peking2 barang..
pastu ari senin dia bawak la yg dah siap jadik kepek..yuhuu huu besh jugak kepek tu..manis2 masin..dia nak kata rasa macam senkuang pun ada..
so..ari rabu ak pun g carik kat jayen..dapat la li tak sampai sekilo..rega 3.6posen..sekilo 3.88posen..balik umah dgn semangatnya ak pun kupas n sagat so dgn sungguh2nya ak menggoreng..soo tarraaa... siap suda
hari ni bangun pagik2 kepek tu abis suda satu tin..so ak pun p jayen lagik..wah kali ni murah lak ..sekilo bawu 2.38posen..apa lagik ak pun pulun la beli sampai 6 kilo,, masa pulun beli tu ada la sowang kakak tu tanya cemana nak masak buah tu..ak dgn semangat bkobar2 pun citer la resepi yg ak dapat tahu tu..pastu ak tgk dia pun sibuk membeli jugak tapi tak tau r bape kilo..
balik..pas zohor..ak pun memproses buah tu..kupas n bersihkan so sagat nipis2..adeh lupa lak yg ak ni tak tahan duk kat minyak panaz lelama..mabuk semacam..so dapat la pat balang nak bagi kat kwn2 opis ak yg ugut tanak isi prestasi ak kalo tak bagi satu balang kat dia, satu lagik nak bg kat tukang bagi resepi tu untuk kompom ak leh dapat sijil wat kepek ke tak..satu lagik utk bagi kat mai sifu..n yg satu lagik ngat nak bg kat boz rasa..bukan bodek tp mesti dia tau nya ak wat kepek tu sebb dia ada lam grup chat..ada satu tin..ak simpan n ada lagik yg ak belum goreng..jap2 lagik lepas ilang penin..ak sambung goweng..
ni la rupa arrow head china sebelom di kupas

tarraaa...siap suda...gambo dalam bentuk kepek

Rabu, Januari 19, 2011

Tugas baru..tempat baru..

18hb aku g lapor diri at tempat baru..mcm lawak pulak..jumpa boz x office aku..hai ntah ler pasni mcm mana ek tapi takper la..kena berani la..aper2 pun pasni..rewdah je laa..takpe la ..jauh berjalan luas pemandangan..walaupun boz baru aku kata dia tak minta pun aku p sana..n masin mulut dia..tapi aku mcm cuak jer..tol ke..takper r..aku anggap betul la tu.. hehehe,,mggu depan aku dah boley bangun lambat..boley masak2 n bawa bekal p keje..yu huuu...

Ahad, Januari 16, 2011

2011 tugas dan suasana baru

yess..akhirnya aku dapat juga meneutralkan diri dan perasaan aku..so..dgn keazaman dan semangat bara..aku akan terus melangkah kehadapan untuk memulakan suasana dan tugas baru.
tenkiu byk2 pada semua yg telah byk membantu aku dr segi tunjuk ajar dan nasihat semasa aku menjalankan tugas..uwaa..aku pasti merindui korang suma tau tak..suma tu kenangan paling indah dalam hidup aku..tiada yg lebih bermakna dan indah melainkan kenangan bersama u olz suma --> kakwan. kakkham, cd, azha, sharim,BY, En Lan, Pn CT, Kak Am, mamayati, en jamal dan suma yg tak aku tulis nama kat sini tak bermakna aku lupa n lupa kat korang.. missh yuu olz


Khamis, Oktober 28, 2010

November 2010

Pejam celik..dah hampir November..perjalanan ak masih macam ni..kadang-kadang ak rasa down yang amat sgt tapi ak cuma meredhakan diri..rasanya lepas ni ak kena lebih berani..lebih yakin untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang..kemana pun hala tuju ak selepas ini atau sebagai apa..ak kena teruskan hidup..ak dah malas nak pk ape2..
hidup ak agak celaru..tapi tidaklah sampai buntu..menagih banyak kewarasan fikiran..dan Dengan nama Allah, ak memohon perlindungan..

Selasa, Oktober 19, 2010

Perjalanan hidupku sepanjang Oktober

macam cerita sepanjang Oktober..bermula dari tugas baru, jalan2 ke Sabah bersama sister n her family, jumpa kwn2 lama taim school n kolej hinggalah dapat kawan baru..semua tu penuh makna dalam hidup....banyak nak dikongsikan bersama tapi sayangnya ak malas nak menaip sekarang nih..oh ya..hampir 13 tahun tak menempuh alam diintibu..tetiba je kena intibiu..gabranya ak sampai gastrik tapi alhamdulillah..semua ok wlupun pastu ak mcm nak nangis jew..apa2 pun moga november, disember dan bulan seterusnya akan terus membawa khabar dan perkara yg indah2 je dalam hidup ak..

Jumaat, Oktober 01, 2010

apa nak diceritakan..

salam sumer..
apa ye yang nak diceritakan..
ada macam-macam gak cumer tak tau nak dimulakan dari mana..
mungkin ak stat dari citer raya kot..
sebelum raya ak demam..pastu ak bertukar folio..
taim raya ak demam tergulek2 dengan dak dush-dush,,tak jalan mana pun..keje ak tidoo jek..a coti lama gak..
abes coti ak mula dengan keje baru ak tapi takder wat ape pun,,ak masih dlm proses belajar so ak kena slow..
hari ni..
ak g opis..tapi sibuk dgn jamuan raya dan kerja-kerja tertentu so ak masih relax lagi dgn tugas baru,,minggu depan a coti 4 hari..napaknyer lepas coti baru ak boleh sirius dgn tugas baru ak tu..
apa pun sedih gak hati tinggalkan kwn2 di unit lama..ak enjoy n hepi dgn u olz suma..dgn boz2 ak tapi apakan daya..ak yg menurut perintah..

Sabtu, September 04, 2010

MY NAME IS KHAN AT ASTRO BOX OFFICE

Salam

tup tap tup tap lagik lima hari kita nak sambut hari raya..so mcm mana dgn persediaan u ols? tawun ni ak wat persiapan yg paling simpel..bajet kurang sikit apa yg elok lagik ak n anak2 pakai jer.

Sambil2 buat persiapan nih, ak sempat gak tgk citer MY NAME IS KHAN kat astro box office saluran 952..besh jugak citer dia. Pelakonnya kajol dan shahrukhkhan.. citer berisar sal org Islam. Dalam citer nih Shahrukhkhan mengidap Autisme.. nak citer sinopsis dia kisah khan (sahrukhkhan) yg nak jumpa presiden amerika juz nak bgtau dia bukan seorang pengganas hanya kerana namanya khan. Perjalanan citer nih memang besh..mcm nih baru ak suker nak tgk dari citer yg duk juget guling2 turun bukit n nyuwuk2 celah pokok...ak bagi 5 mintang kat citer nih..


Sabtu, Ogos 28, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 - MENJANA TRANFORMASI

Salam semua

Tahun ni tahun ke 2 ak terlibat dalam sambutan hari Kemerdekaan, tahun ni konsepnya agak berlainan sikit..dan di sambut didalam Stadium Putra Bukit Jalil. Hari ni dah hari kelima ak berulang alik kesana. Walaupun kurang sihat sikit tapi demi tugas..ak turun jugak.Tak banyak gambo yang dapat ak amik sebab bz mengagihkan brg2 dan sibuk amik gambo org len samapi lupa gambo sendirik..hua hua hua..tapi ak suka lagu 1Malaysia oleh pelajar Lim Kok Wing ==> best.





Sabtu, Ogos 14, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum dan salam Ramadhan utk u olz...
Pejam celik pejam celik dah hari ke 4 dah kiter berpuasa.. hmmm..tak der aper2 yg nak dikungsikan,,cuma agak bz ke sana-sini bulan2 poser ni...observe dan latihan utk sambutan merdeka, walaupun sekadar penyelaras tapi kena turun padang jugak..tak sabo nak wat trening kat Stadium Putra nanti, dis year memang besh bagi ak la..sebab sambutannya lain dari yg lain.
Emm..citer sal Ramadhan ni..ak dah mula masak sendiri..walaupon agak letey tapi masak lagik sedap dari beli dan puas hati..hari pertama ak belanja 2 hengget jek kat param..ak lupa ak li aper,,rasanya kue jek..hari kedua ak tak li aper2..tak de selera..hari ketiga ak g param kat opis ak..tgk murtabak n popia basah mcm besh ajer..ak pun beli la murtabak 2 keping dan popia 8 keping sumernyer 8 hengget tapi..bila makan..adooii laa..takder rasa...keras lak tu..hmmm..waktu ak tulis post ni..ak taktau nak masak aper utk berbuka nanti..mcm nak wat gulai ikan jew..tak pun ikan cencaru belah belakang..nyum..nyum..nyum..

Selamat berbukaaaa...

Isnin, Ogos 02, 2010

Setelah lama menyepi.........

Salam sejahtera..
wah mcm skema lak kan..hmm lama bebeno ak menyepi..bz dgn keje, bz dgn masalah idup dan bz dgn laptop ak wat pagai so sebab tu ak menyepi..
banyak post2 yg ak nak kungsi cuma tak sempat la..kemalasan melanda tapi pas ni ak dah agak tenang so boley la ak kembali berblog....

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Ahad, Jun 20, 2010

SAKIT MATA



adeii..korang penah kena sakit mata tak??? hu hu ak kena sakit mata..bangun pagik2 sabtu jew..mangun dari tido mata ak macam kena gam jek..ari ahad tu dah bengkak, gataii n merah..bercermin mata itam la ak
seumur idup ak ni pes ak kena sakit mata..yg beshnyer ak baru je bagitau kat sorang kawan ak dengan bongkak dan riaknyer..ak kalo org sakit mata cemana pun, ak susah nak kena..antibodi ak kuwat..ha ha sekarang..baru seminggu ak ckp macam tu..haaa dah kena dan ak dapat MC SEMINGGU..tapi gatai dan sakitnyer..takleh tahan..sekarang dah ok tapi ak taktau naper mata kanan ak masih merah dan gatai2..takkan tak bek lagik kot..bio betik!