Lebaran bakal menjelma tidak berapa lama ajer lagi..dan aku amat merindui dia. Sesungguhnya dan sepenuh hatiku..dalam hatiku sentiasa ada dia..dan sentiasa hidup..walaupun yg tinggal kini hanya pusara dia.
Maaf, bukan aku melupakan mu, maaf juga kerana aku tidak pernah mengunjungi pusara mu bukan aku mahu melupakan dan bukan aku sengaja..cuma sesungguhnya aku tidak mampu mengagahkan kaki kesitu..kali terakhir aku mengunjungi mu 18 tahun dahulu,,aku menangis bagaikan org gila di tepi pusaramu..aku tak mahu dan tak boleh tahan perasaanku..sehingga hari itu..aku tidak pernah lagi menjejakkan kakiku kesitu..dan sehingga aku menitipkan rindu ku padamu di sini..air mataku mengalir..bila terkenangkan dirimu..aku jadi emosi dan kesedihan itu masih ada dalam hatiku..bukan aku tak redha melepaskanmu..lama dulu aku telah belajar menerima kehilanganmu tapi aku masih tak mampu membuang rasa sedih ini jauh-jauh,,aku rindu saat pertama kali menyambut raya bersamamu..dan suasana itu masih segar dalam memori sehingga kini..kau sentiasa hidup dalam hati ini dan tak pernah mati kerana dalam dirimu ada diriku..tenanglah sayangku..syurga itu telah pasti bagimu kerana kau masih putih tanpa dosa sewaktu meninggalkanku..dan lebaran kali ini pun aku masih tidak mampu untuk menjejakkan kaki mengunjungi pusaramu..kerana aku tak mahu peristiwa 18tahun dulu terjadi lagi kali ini..
Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya
Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang maha esa
Di pagi raya
Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]