NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Rabu, Ogos 17, 2011

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri - Awasi Panggilan dari Penipu..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

sengaja ak poskan berita diatas kerana baru-baru ni pada 16hb Ogos 2011 jam 9.48 ak menerima panggilan dari no 20267949 dari seorang lelaki berbangsa cina yang mengakui wakil dari EON Bank. Dia tak kenalkan nama tapi dia bagitau ada permohonan untuk tambah credit limit pada mastergoldcard EON kepunyaan ak.
Ak diberitahu yg penggunaan mastercard tu menjadi sensasi di Pulau Sentosa Singapura kerana perbelanjaan hampir 9520hengget pada 3.7.2011. Wah..terperanjat bewuk gak ak..mana ak penah g Singapura,,pasport luo negara pun ak takder..tambah2 hubungan dgn EON Bank..pun takde langsung. menggeletar satu badan, macam nak nanges.
Pastu dia kata ni nama puan kan..no i/c puan dan bla bla bla..
ak pun kata..ye betul tapi saya takde n tak guna pun mastercard tu.
So, dia bagitau nak tolong ak dan htr repot pada bahagian pemalsuan kad kredit di Bank Negara dan pegawai bank negara akan kol ak untuk dapat maklumat.
Siyes gella..ak tak terfikir langsung tu satu penipuan ke ape..memang tak terlintas dan dia bagi maklumat ini kat ak:
maklumat kad : EON Mastergoldcard
credit limit : 10,000 hengget
Tarikh permohonan ; 6 .6.2011
Tarikh lulus : 30 .6.2011
Tempat memohon : EON cwgan Kota Bahru
Alamat permohonan : 430, Lrg 3, Tmn Cempaka, 15400, Kota Bahru Kelantan
ak pun ngah kompiden menyalin dlm hp..pas je dia letak tipun,,ak dgn masih menggeletar tewus menanges..huhuhu biasa la owg pompuan walopun napak macam kental tapi hati tisu gak beb,,owg yg ngah drive sebelah tanya nape lak a nanges.. ye la..risau tau..takkan bodo je nak bayo sampai 10hibu yg ak tak guna tu
Tak sampai 5 minit, ak dapat panggilan panggilan dari 0326988044 seorg pompuan cina lak yg kol menyatakan beliau wakil dari Bank Negara dan baru dapat faks dari EON yg bgtau ak kena penipuan kad kredit.
Masa tu masih tak leh nak PK jugak lagik..ak pun bagi la maklumat yg lelaki cina tu bagi tadi dan bla bla bla dgn pompuan cina tu..
AK TANYA JUGAK KAT DIA PATUT TAK AK WAT REPOT POLIS pasal kes nih..
dia pun kata EH TAK PAYAH SEBAB BANK NEGARA DAH AMIK KES NIH DAN AKAN BUAT SIASATAN SECARA TERTUTUP. DAN JANGAN BAGI TAU SAPER2 PUN SAL KES NIH.
eh ak ckp, ak kena bagitau dgn boz ak sebab hari2 yg dia bagitau tu ak bekerja..nanti ak kena minta pengesahan dari boz ak..
DIA KATA TAK PAYAH.
Pastu dia kata UNTUK MELINDUNGI SEMUA DUIT AK YG ADA DALAM AKAUN, BANK NEGARA AKAN MENWUJUDKAN SATU SISTEM KESELAMATAN..
wah bila dia ckp macam tu, tetiber ak teringat sorang kawan ak terkena dann habes duit dia dekat 5ribu kena tifu dan transfer..
jadi ak pun cut dia cakap..
AK TYA DIA ,,I KENA BAGI KAT U NO AKAUN I LA YER..
DIA KATA YA..
apa lagi ak pun kata la..I RASA I LEBIH SELESA KALO DPT JUMPA U DARI BERBUAL DLM HP MCM NIH..SO DIMANA I BOLEH JUMPA U, SEKARANG JUGA I G KE BANK NEGARA TU SEBAB I DAH TAK JAUH PUN.
DIA PUN BAGI TAU NAMA DIA MS LIM, DIA KAT TGKT 3 BLOK D BANK NEGARA
dan terus panggilan diputuskan
tetiber ak dapaat semangat dan terasa mcm ini satu penipuan,,ak pun pegi cari jiran yg kebetulan anaknya keje di BNM, dia bagitau Blok D tu memang ada tapi setakat tgkt 1 ajer..tgkt 3 takde..so atas nasihat dia dan untuk keselamatan..ak pun buat ripot polis tentang kejadian tu dan dgn ripot tu ak g semua bank yg ak ada ( 2 jer pun hahahaha ) untuk cek duit yg 2 3 hengget jer tu..alhamdulillah..ak bersyukur sebab tuhan masih lindungi ak dari di tifu..tu la kita jgn cepat panik dan melatah mcm ak memula tu..
Pastu bila ak g ofis ada sorang kawan ak tu dia n asben dia pun dapat panggilan mcm tu dah siap bg no akaun. Ak minta anak buah ak tolong check kan dan alhamdulillah sebab baki dia pun tak banyak..so duit dia tak dikeluarkan..mungkin dia amik duit yg banyak ribu2 je kot..
so (ala-ala Pak Jabit dlm antu kaklimah) harus lah kita beringat dan berhati-hati bila terima panggilan-panggilan yg macam nih tak kira la yg nak suh masuk insuran ke ape..terus jer kata tak berminat dan jgn layan..sama-sama lah kita ingat mengingati..
dan bila tingat balik yg ak beria-ia nanges bagai tu HA HA HA HA..mcm bodo jer..tapi apa pun sebbek ak tak kena tifu..adooiiai
Animated Pictures Myspace Comments
suzihaniz.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]