sekali lagi aku membuat nerve conduction study tapi kali ni di HKL. sebenarnya aku dah tek [erlu buat tapi oleh kerana appointment tu dah 6 bulan dibuat, aku pergi juga.
Berdasarkan pengalaman kali pertama, aku lebih bersedia..aku ajak peneman aku masuk sekali tengok macam mana ujian tu dijalankan. Kali ni doktor yg buat dengan seorang pembantu. aku tengok berpeluh-peluh doktor tu..byk kali dia ulang buat pada tempat tertentu di tangan aku..mayb dia tak puas hati kot dengan dapatan ujian tersebut. Then, macam biasa oleh kerana dapatan tersebut, dia juga buat elektromiografi. wah..kali ni ujian tu menyakitkan aku. berkerut2 muka aku menahan sakit. Bukan kerana jarumnya tapi kerana nak cari saraf yg berkaitan. Kemudian datang seorang doktor pakar, doktor india perempuan. So dia berbincang dengan doktor yang membuat ujian pada aku dan dengan aku. Kemudian dia ulang buat elektromigrafi tu..adoii...naik lebam2 tangan aku..nak menangis pun ada. Dia pun bagitahu
1- Memang dua-dua tangan aku carpal tunnel tapi kanan lebih teruk dari kiri. Dia kata ikut keadaan mayb tak perlu di bedah tapi terpulang pada doktor nanti. Aku juga boleh pakai wrist guard cuma kena tggu next appoint apa yang doktor tu cakap
2- C5 aku kurang bermasalah tapi C6 dan C7 memang problem dan ianya bukan tahap mild seperti laporan. Dia suggest agar aku buat semula MRI kerana laporan yang 1st tu kurang tepat. Berdasar ujian saraf, nampak mcm tak ok jer saraf kat situ
3- dia kata byk improve sbb aku buat kiropratik tu. so aku kena buat selalu walaupun agak mahal rm100 satu sesi.
bekas jarum yang dicucuk utk tengok graf saraf di C5, C6 dan C7
tanda yang dibuat untuk mengukur kedudukan dan jarak