26 Ogos 2009..
Malam itu aku bermalas-malasan sambil menonton tb ketika itu hujan lebat mencurah-curah turun sejak dari petang tadi..
tiba-tiba hp ku berbunyi dan tertera nama seorg kawan yg berada di Penang..
antara tertanya2 aku pun menjawab panggilan tersebut..
dan aku dimaklumkan tentang pemergian seorg sahabat yg digelar AHBIE pada jam 9.45mlm.
Aku terkedu lalu memandang jam di hp..11.10 malam..lantas aku mendail no Hafizal di Klang,
Hujan lebat mencurah-curah.. budak2 pulak dah masuk tidur.. aku memang ingat2 lupa dimana rumah arwah..
AHBIE...
Mula kenal masa juin traser hun anjuran ASTRO..ikot kawan2.. dari Bukit Jalil Ke Teluk Rubiah.
pastu kami sering bersms..suka jugak sembang2.. ada lagik sms2 dia yang masih disimpan..tentang cat, dog dan pig.. pastu jumpa lagik dalam program anjuran astro.. suka berbual dengan dia.. bercerita macam2..bercerita tentang hidup dia..sejarah dia datang KL dan mcm2 lagik.. ingat lagik dia bagitau nama anak2 dia ketika tu masa di Pangkor.. hero n heroin hindustan.. Apa pun majlis yang dianjurkan mesti dia datang..sama-sama sambut besday Iskandar di Mc D Sri Damansara,, beh sangat masa tu..enjoy habis..pastu berbuka pose dgn bai di Cheng Ho..
Lepas tu..dapat tahu dia sakit.. sempat sekali g ziarah dia dirumah di TTDI..
last..dapat jumpa bila dia masuk ke Hospital Selayang.. 2x g ziarah n last sekali sebelum berangkat g PD dengan kawan.. tu last jumpa dia..pastu dia mungkin nakkan privacy.. terus menyepikan diri..SMS pun tak berbalas..
Dalam hati..sentiasa teringat2 kat dia..tertanya2 apa khabar dia..harap2 dia makin sihat.. tetiap kali ke Kuala Langat dan Sepang..mesti singgah d R n R Dengkil..singgah n jenguk kedai dia tapi ada sekali nampak org lain..mungkin dah bertukar taukeh..dalam hati hampa jugak..
dan.. dapat berita yg menyedihkan..
tiada rezeki untuk jumpa dia....mungkin dia memang tak nak jumpa sampai dia disemadikan..
lepas ni....mesti suasana rasa tawar tanpa kehadiran seorang sahabat bernama AHBIE dlm program2 yang diadakan..
Alfatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]