NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Sabtu, Mac 20, 2010

MISTERIIIIIIIIII.....APA PENDAPAT KORANG?

Hmmm cemana nak mulakan cita haku nih..nak kata pelik tapi benar..mcm misteri gak le..citenya mcm ni..haku ke pjbt pendftrn kerana ada 1 urusan..tapi sampai di sana haku dikejot berokkan dgtn berita org yg dah lama meninggal dunia lebih 15 tawun didapati masih hidup dalam rekod haku nih..pelikkan..tapi yg lebih peliknyer..aku pun mencari surat mati untuk bagi bukti yg haku memang dah repot dulu, jenuh haku cari..habis suma haku punggah dan haku sure haku tak tersalah letak..tapi surat mati tu pun takder didalam fail haku tu..yg ada surat mati org lain jer..
adusss cemana nih tapi sib baik permit penguburan yang asal ada lagi, aku pun bawa n tunjuk kat pegawai kat pjbt pendaftaran tu tapi masih tak cukup coz kalo boleh dia nak juga salinan surat mati tu kalo dapat dan haku dah tak tau nak cari kat mana lagik..sampai hari ni pun haku tak jumpa2..sedangkan dalam sistem ianya masih ada dan dianggap hidup...nak bagi surat beranak pun haku dah takde sebab dah diamek masa haku ripot kematian tu..
agak2 korang misteri tak..tang ilang tu haku tak kisah sangat la tapiii...yg dalam sistem tu yang haku cam heran je tu

Ahad, Mac 14, 2010

Ya Allah...

2 kali ak kemalangan taim ujan..pestaim 5 tahun dulu masa ak pakai wira a/back. Tapi masa tu keta cuma berpusing2 jea..takda pe2.. tapi kali ni.. korang tgk la sendirik.. cuma syukur sebab ak dan keluarga takde ape2..keta je mcm lam gambar tu..



Isnin, Mac 08, 2010

Pernah tak korang rasa..........

malas
letih
hilang semangat
nak tido jea
dan mcm2 yang tak boleh nak nyatakan
ntah lah...kenapa ba ari ni aku rasa mcm semangat ku hilang..mesti da sebab kan
mungkin aku ni yang suka pk yang bukan2 saja ba.. atau aku memang suka think negatif padahal org lain sebenar nda ada pa2 pun pikirannya pada aku..
adus..mungkin keadaan coaca yang mempengaruhi pemikiran aku kot.
Ntahlah tapi aku memang mcm dah hilang motivasi pada diri sendiri..sebabnya
tak tau la..nak kata pasal boz..mgkn letih mengadap nombor2 yang banyak kot..atau mgkn agak stress nak menghantar laporan yg dah delay 2 minggu dr due date nya
yang pasti haku tak tau ape perasaan aku saat ini ba.. aku agak celaru dan aku kena cecepat2 pk positif..agar esok bila aku g opis..aku tak akan p lagik pasal hari ini
mudah2an

amin.

Rabu, Mac 03, 2010

KOLEKSI PUISI RINDU SUZIHANIS

Didalam rintik hujan
Aku bagaikan terbayang
Betapa riangnya
Berlari berpayungkan daun pisang
Diatas batas bendang yang mengguning
Entah dimana malangnya
Gagal ku imbangi badan ini
Lalu terjun ke dalam bendang
Umpama berenang didalam kolam
Jadilah aku umpama makhluk asing
Yang terpamir hanya sepasang mata
Dan baju bersalut lumpur
Yang mengejutkan mamaku di dapur
Disangkanya aku hantu lumpur
Guruh yang kuat
Menyentak aku dari lamunan
Tersenyum sendiri
Rindu aku kembali bertamu di hati

KOLEKSI PUISI RINDU SUZIHANIS

wahai rindu
kenapa kau masih mengetuk2 pintu hatiku
Apa kau tidak tahu
Aku tidak mengharapkan kehadiran mu
Syuh syuh pergi jauh-jauh
Jgn sesekali kau cuba kemari lagi
Apatah lagi nak menghuni di hati ini
Umpama pendatang haram
Kerana kalau kau masih disini
dihati ini
kau umpama pembawa virus
Yang akan menyebabkan hati dan minda ku berkudis
Bukan itu saja
Kau menyebabkan juga
Aku jadi tidak karuan
Membuatku rasa teramat geram
Lalu habis semua jendela dan meja
Ku gigit-gigit
Dan semua tabung ayamku menjadi mangsa
Ku pecah-pecahkan dan duit syilingnya ku kira
Ku susun tinggi umpama menara Berkembar Petronas
Kemudian aku tolak dengan gulungan kertas
Eii bestnya aku tgk syiling itu berderai
Dan puas hatiku
Kerana aku terlupa langsung pada rindu ku itu

KOLEKSI PUISI RINDU SUZIHANIS

Kalau benar sayang
Kalau benar cinta
Kenapa tidak dapat bersama
Adakah kerana cinta itu
Tidak semestinya akan bersatu
Lalu akan membenarkan
Rindu itu menjadi tetamu
menghuni jauh disudut hati kecil
Yang kadang-kadang jika rindu itu
Mulai mengusik rasa
Bermain-main diminda
Lalu mengundang duka nestapa
Dan mengalirkan airmata duka
Puas sudah cuba untuk mengusir rindu itu
Agar segera pergi jauh-jauh
Dari Sudut hati kecil itu