NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Isnin, September 26, 2011

masa sibuk datang sudaa

adehh...
bz..bz..bz..nyer sampai nak updated blog pun tak sempat. banyak nak diceritakan kat sini, pasal dak dush-dush masuk ward dan macam-macam lagik tapi disebabkan kelas pun dah bermula, semester 2 yg agak mecabar dengan assgmen yg agak taf, kena buat blog untuk assgmen ada 30% markah tu kat situ, seb bek la mokcik ni kategori buleh la jugak nak memblog nih cuma bila nak masuk animated tak menjadi, keluar kod2nya ajer..grrr...jugak tapi tak pe..kena cuba lagik..
dan dalam minggu nih juga pasukan audit nak turun check kat tempat keje mokcik,,ish2.,nak kata mokcik terlibat tak jugak..tak terlibat pun tak jugak..harap2 suma dokumen yg mokcik tolong check tu dah ok dan dibuat penambahbaikan serta ada tindakan pembetulan..dan harap2 tak banyak le teguran..ada OFI ok lagik jangan sampai dapat NCR udah ler..
mata dah ngantuk tapi ada keje yg malas tol mokcik nak siapkan..dah berminggu2 duk usung p usung mai folder tu tapi tak juga mokcik sentuh dan mula semak..
huhuhu..kena buat jugak sebelum audit..
myspace layout codes

myspace layout

Khamis, September 15, 2011

Sambutan Kemerdekaan ke 54 dan Hari Malaysia

this slide show B4 16 September 2011.. this picture taken before the event. Enjoy it

Ahad, September 11, 2011

Fikir salah tak fikir salah..jadi semua serba salah

hmm..teringat lirik lagu tu..tegur salah tak tegur salah..jadi semua serba salah..
tu la topik sebenarnya..pernah tak kowrang rasa serba salah..rasa 50 - 50 ajer.hati berbolak balik..fikiran bercelaru..
Masuk hari ni dah seminggu saya tak pergi tempat kerja..bukan ponteng tapi terlibat dengan persembahan merdeka ke 54. dan sepanjang minggu ni juga saya ambil masa untuk berfikir..nak pindah atau tidak..
kakak tempat kerja kata..jgn la pindah lagi..
boz 1st kata..walaupun tempat kerja jauh..kira satu penghormatan sebab saya diminta bertugas disitu..
kawan-kawan pula kata..bukan senang tau..satu penghormatan tau ko kena g situ..
tapi...
arghhh...aku semak otak nak pk..bukan ikut hati aku yang dah kosong no..senang cakap memang aku frust dgn sikap sesetengah org kat situ..walaupun aku ada kuasa tapi aku tak boleh buat apa-apa..penat jer aku nak buat yang terbaik. nak naikkan prestasi tapi aku aja bersemangat..
aku cuma harapkan kerjasama..tapi ishh susah aku nak luahkan..
aku ni banyak sangat meminta ke..banyak mengharap ke..atau banyak songeh..
bila pk..aku jadi pening...aku sedar..masalah dimana-mana sama aja..cuma..
apa pun..aku baru je hantar borang pindah..
aku redha ajer la..dapat ke tak nanti..

Khamis, September 08, 2011

Selasa, September 06, 2011

Kening atas sebelah kiri bergerak-gerak..ape tandenye ye

haishh..sejak dari raya ketiga lagi kening atas sebelah kiri ni asik bergerak-gerak samapi la hari nih..apa tandanya ya..kata org nak tangok org jauh..atau nak menangis..bergantung pada seseorang individu tu la..kalau nak tgk org jauh tu..senang la sikit hati..tapi bab nak menangis tu yg cheq tak berapa nak gemar tu..dah lama tak menangis nih dan dah lama jugak la kening atas belah kiri cheq duk bergerak-gerak lagu nih..apa tanda nya ye...ada yang tahu tak..boleh angkat tangan..
cheq cari-cari kat incik gugel..terjumpa la benda nih ---> boleh kot dikungsi bersama tapi tak la sampai percaya kan..apapun semuanya ketentuan tuhan

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

sumber -->http://wanzeedee.wordpress.com/2010/01/13/tanda-kelopak-mata-bergerak-eksklusif/

Indahnya Beraya Didesa

tengoklah gambar budak2 tu..seronoknye duk main pasir..almaklumlah kat rumah sekrang susah nak jumpa pasir macam tu..ni masa raya ketiga..bukan main lagi guruh berdentum dentam..ingatkan hujan tapi tak jadi..so diaorang pun buat la ujan sendiri dengan air paip..siap menari2 lagi pasang lagu trouble is a frenz.. nasib baik tok tak pot pet pot pet bising tengok cucu-cucu duk main pasir macam tu..

Isnin, September 05, 2011

Kisah Mercun Tarik Cartoons Myspace Comments

ha ha haaa..ops..sorry ..tiba-tiba jer tergelak. actually i'm luanghing after read this post about "mercun tarik" at http://kadikluang.blogspot.com.
This story about mercun tarik. it's so funny.
Terus mengimbau kenangan zaman kanak2 dulu..mercun ni memang famous lah..macam ustad tu bagitau..ikat kat pintu pastu bila owg bukak je n meletup mesti orang yg ikat tu gelak terbahak2..seronotnye.. pastu kalau nak shock kan orang kita g dekat2 dan tarik tepi telinga dia..suke suke sukenya. tapi kena tarik kuat2 baru dia meletop..kalau takat pelahan2..tak jadi ape pun..dan mula-mula main memang takot..so ikat kat besi tingkap baru tarik tak pun ikat dengan benang bagi lagi panjang..baru tarik..dalam takut2...lelama makin expert...masa tu tak berani nak kacau orang dengan mercun tarik tu..hahaha dan selain dari ikat kat pintu..macam dalam gambar nih pun ada jugak..ikat kat basikal kawan-kawan..bila dia kayuh jer..pom pom pom...yu huuu huu betapa seronotnyaaaa