NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Ahad, Januari 29, 2012

Penyakit Hati


hati....
aduhai hati...
niat = lintasan hati..apa yg terlintas dalam hati dikira niat cuma niat yang baik di beri pahala tapi niat yang jahat selagi kita tak melakukannya..masih belum dapat dosa..
cerita tentang hati ni ..sukar nak digambarkan..adakalanya apa yang terbuku dalam hati..tidak dapat kita luahkan....kita tak dapat meneka hati orang..kita tak tahu hati org..adakah terluka atau bekecil hati dgn kita..kalau hati ayam ke..hati nyamuk ke....boleh gak kita tgk n baca kan
dan ada yang kata ..ahhh pedulikan dgn hati org..yg penting kita jaga hati kita..
ada juga yg kata..kalau asik jaga hati orang..sepa pula mau jaga hati kita baa?..
macam2 tentang hati..
tapi..kita kena jauhkan diri dari penyakit hati..
memang tak mudah..
was-was..
tak puas hati..juga salah satu daripada penyakit hati..
apa yang ak sedang rasa sekarang..mungkin jika ak turutkan rasa hati..makin menjadi2 sakit hati..tapi..alhamdulillah..bila kita redha..kita akan rasa lega...
walaupun rasa ta puas hati masih menebal tapi ak masih boleh kontrol..byk2 beristighfar..jadi tak la terikut2 sgt rasa tak puas hati..
tak puas hati kerana ak rasa tak adil pada ak..ak ditipu 10 tahun dulu ketika tred in kereta..ak yg kena tanggung..org yg menguruskan pula terlepas begitu saja..
tak puas hati juga bila rakan2 yang ak tolong ajar cemana nak buat blog dapat markah lebih dari ak..tapi..arghhh..ak jauh2kan perasaan tu..tak nak ada rasa tak puas hati..alhamdulillah..kawan2 ak dapat markah yang baik dari ak..dah rezeki diaorgkan..ak tumpang hepi..berkat ilmu yg ak tunjuk ajar pada durang tu..durang dapat markah yg baik....ilmu yg tak diamalkan ibarat pokok tak berbuah..ilmu yg kita ada jgn lah kita simpan...hendaklah kita panjang2kan supaya berguna kan
hurmmmm.....
ak tarik napas dalam2..dan helakan perlahan2..alhamdulillah...tenang rasanya
ak taknak ikut hati..dan biarkan syaiton berbisik meracuni hati ak...nyah kao wahai syaiton yg direjam..


biarlah hati ak berbunga-bunga...

NAMUN RANJAUNYA TAKKAN PERNAH SUNYI..SELAGI DEGUP JANTUNG TAK BERHENTI..BENCANA SYAITON KAN CUBA MERACUNII..SEGUMPAL DARAH BERNAMA hati

Jumaat, Januari 27, 2012

PERCUTIAN KE KENYIR ...MENYERONOKKAN

Planning dah lama dari Okotber 2011..asalnya kami nak duduk atas satu boathouse ni tapi last minute..kawan ak dapat satu boathouse ni..sebenarnya sama jer dgn boathouse yg lain tetapi boathaouse abang Karim ni dia boleh sediakan tukang masak..tu yg penting sebab kawan2 lain nak relaxs2 jer atas boat tu..

Day 1 21 Jan 2012
kami bertolak dari tol gombak sekitar jam 8pm. So masing2 berjanji nak tunggu di RnR Temerloh. Alhandulillah..jalan pun ok..kami sampai kat sana awal gak..rehat kat sana kemudian kami teruskan perjalanan. Sampai di Gambang kami berehat agak lama jugak..sempat la nak lelap dan mimpi sebabak dua.

Day 2 22hb Jan 2012
Jam 6 pagi kami tiba di Masjid Ajil.Solat subuh kat situ dan breakfast..besh makan nasi dagang, nasi lemak dan nasi minya dengan ayam goreng. Sambal tumis dia memang sedap. Jam 8 kami bergerak ke Stesen Janakuasa Sultan Mahmud di Janagor, kami berjanji nak jumpa tokeh bot iaitu Abang Karim kat situ. memang cantik tapi kawasan tu tak dibenarkan ambil gambar. Selepas kami mendaftar di stesen tyu..kami bergerak ke boathouse. Perjalanan 4 jam nak ketengah2 tasiok..masing2 penat dan nasib baik kami ada tukang masak..so boleh rehat..bila bangun tido..terus makan jew..
satu hari kami bergerak menuju berdekatan taman negara..parking bot kat situ dan apa lagi..kawan2 lain mula la baling pancing. tapi sebabkan kami pergi masa air limpah so ikan memang tak banyak..




Day 3 23 Jan 2012
Kami bergerak menuju ke Air Terjun Lassi..parking bot kat situ dah kami tido disitu malam tu..best..sambung lagi memancing..berjalan kekawasan air terjun tu..dah mandi manda kat situ..malam kami buat barbeku.. tukan masak tu memang besh..sedap2 suma masakan kampung..rupanya dia tukang masak asrama..patot la sedp.

Day 4 24hb Jan 2012
Kami sambung lepak di air terjun..mandi manda..nyaris-nyaris ak tak di tarik ke kawasan air terjun...sebab budak kecik tu tolak ak..ak pulak ditarik oleh air..anak abang karim dengan pantas menarik ak ke tepi semula.. jam 11.30 kami pun bersiap-siap utk balik ke ampangan utama..perjalanan hanya 2 jam..so complete la kami jelajah 1 tasik kenyir.

Jam 2.00pm kami bergerak ke Kuala Terengganu..kami solat di masjid terapung..kami singgah di pasar payang..huhuhu terbang gak hampir 4rat beli baju batik..takpe la sekali sekalakan..kami singgah beli sotong celup tepung kat batu buruk..pastu bermalam dirumah kawan di kg atas tol..

Malamnya kami keluar melihat lampu mcm di ICT tapi ni di belakang pasar payang..perghh..sampai kat situ hampir 10 malam..tetiber budak kecik tu nak buang air..melilau la ak mecari toliet awam..ada yang kat pasar payang tapi totop..pastu nak g kat surau..pun berkunci..tanya peniaga kat situ..dia suh g kat hotel budget dekat2 situ..dalam melilau2 ..abes terkencing dalam sua..bengang betol..last2ak g kat balai bomba dekat situ..dengan selambe ak kata, bang tumpang toilet..dah melilau carik takde..budak kecik tu dah terkencing dalam sua..

Day 5 25 Jan 2012
Sarapan [agi tu kami makan ubi kayu rebus dengan nasi dagang..besh sangat. Jam 9 kami bergerak ke Taman Tamdun Islam.. melawat kat situ..jam 12.30 kami bergerak balik keKL. Jumpa jiran lama kat situ...azadan dari kumpulan Rabbani.. kami solat jamak di Rantau Abang..
Pastu singgah di kemaman untuk maghrib...kat situ bakal menantu kawan ak (he he he) belanja makan..kenyang sangat..tima kasih abang ramlii..

kul 1 pagi kami sampai ke KL..ak singgah li mekdi bawa balik..dan makan sebelum tido...

satu yang buat ak sedih..memori kad kamera ak kena virus..habes suma gambar delete..seb bek ak ada amik gambar lam hp sikit..ada la kenangan..tapi sedih sebab gambar dalam kamera lagi cantik2..

Rabu, Januari 18, 2012

AWAK KENA BACA NI...TIPAH TERTIPU????

emmm...pada Ogos 2002 ak trend in kereta kancil ak dengan wira aeroback di kedai wakil Proton di Kota Damansara iaitu erasensa. Kawan seofis yang kenalkan salesman tu. katanya En Puat, salesman tu bagus dan uruskan semua. Oklah, ak pun g jumjpa dia dan berswetuju untuk trend in kancil tu.
Seminggu lepas tu ak dapat keta wira. Proses pertukaran nama dan full settlement loan kancil tu semua diuruskan oleh en Puat. Baki jualan, ak guna sebagai muka untuk keta baru tu.
tapi..............
tiba-tiba pada November 2011 baru-baru ni, ak terima sekeping surat dari Hoong Leong Bank yang menawarkan skim penyelesaian pinjaman. Pinjaman apa lak nih..ak tertanya-tanya...lepas hubungi pegawai berkenaan, rupanya kes keta kancil yang ak dah jual tu,,,
adoii tepuk dahi ak..tensen dan tekanan ak jadinya. Benda hampir 9 tahun tetiba muncul..apa kes nih..cari punya cari sampai terbalik umah..jumpa la resit booking..ak pun buat aduan pada KPDHEP atau PENGGUNA. Feadback,,masalah ak agak rumit sebab dah terlalu lama..adoi..tepuk dahi lagi..
masalahnya sepanjang 9 tahun ak tak pernah terima apa-apa surat tentang notis tunggakan or tak bayaran keta kena tarik ke ape2 pun tak de...
yang ak tak puas hati, kenapa ak nak kena bayar..padahal ak dah jual lama keta tu..then kenapa baru sekarang kenapa bukan dulu masa baru2 jual tu..
Tensen ak dibuatnya..esok ak dipanggil ke bank..tak tahu la apa dia nak tunjuk..n nak bincang dengan ak..ak pun dah tak larat nak pikir..apa pun ak akan usaha dan cuba mencari pembelaan..KATANYA BANYAK KES MACAM NIH..MASALAHNYA KALAU DAH TERLAMPAU BANYAK MACAM NI KENAPA KERAJAAN TAK PIKIR SESUATU UNTUK MENGHALANG PENGGUNA YANG TERTINDAS MACAM AK..TAKKAN SYARIKAT DAN JURUJUAL TU LEPAS MACAM TU AJA,, TAK PERLU TANGGUNGJAWAB PADAHAL SEMUA URUSAN DIAORANG YANG URUSKAN,,,AK HANTAR KERETA DAN AMBIL DI ERASENSA TU..BUKAN DIUSECAR TEPI2 JALAN...SO MCM MANA..BERAPA RAMAI LAGI LEPAS NIH YG AKAN KENA TIFU MACAM AK NIH..JURUJUAL TU DAH NAIK PANGKAT JADI MANAGER..AK YANG DAPAT SAKIT KEPALA..AK WARGANEGARA MALAYSIA, AK PEMBAYAR CUKAI, TAPI KALAU KES MACAM NIH PUN TAK DAPAT DI SELESAIKAN..MACAM MANA TU..MEMANG TAK PUAS HATI SANGATTT...

Selasa, Januari 10, 2012

CORETAN 2012


gambar ni ak ambil di Medan Ikan Bakar PD dekat dengan stesen janakuasa letrik. Guna kamera kodak biasa aja tapi pada masa yang sama, ada sorang brader pun ambil juga gambar ni guna DSLR.. mesti hasilnya lagi cantik.
Tenan je jiwa dan fikiran bila tgk gambar ni ..serius..awal2 tahun 2012 ni ak dah serabut dengan macam2 hal dan nak exam..
ntahlah..ak cuba diam..muka ak ni memang tak leh nak tifu kalo ak ngah ade problem..memang ketara sangat tak ceria..
kadang-kadang sukar nak diungkap dengan kata-kata. Ak penin...lama ak tak rasa penin macam nih..kadang2 geram mcm nak menangis tapi tahan ajer..
mungkin tanda-tanda ak dah makin tua dan tak larat dah nak bising-bising..diam lebih baik kan...

Isnin, Januari 02, 2012

bye bye 2011..welcome 2012

hari ni hari kedua kita dlm tahun 2012
rasanya belum terlmbt utk ak ucpkan slmt tahun baru.
bila tahun baru biasanya dikaitkan dgn azam.
aku da lama tak berazam.