semalam..aku buat ujian nerve Conduction Study (NCS) dan Elektromiografi (EMG) di HSB. Sepatutnya aku buat di HKL tapi sebab lambat lagi tarikh appointment tu maka doc di HSB kata mereka pun ada kepakaran utk jalankan ujian tu.
Sebelum buat ujian tu..aku ada juga tanya2 pada pakcik google tapi info yang aku dapat macam tak memuaskan hati. Takde penerangan macam amana ujian tu dijalankan. sakit ke tidak.
Hurm..lepas register di klinik pakar dalam jam 8.30 pagi aku terus ke bahagian nuerologi. Oleh kerana aku orang pertama maka aku dipanggil dulu. Ok jugakkan dari kena tunggu lama. oh ye..sebenarnya tarikh apoint aku juga diubah sebab doc pakar ada miting pada tarikh tersebut.
Aku dibawa kedalam bilik. aku disuruh duduk di atas katil. Sempat juga aku tanya pada doc --> lama ke ujian tu..sakit tak.
Doc tu jawab --> ikut keadaan dan pakar akan tengok dulu kalau ada ujian lain yang dia nak buat pulak.
Kau cuma memerhati jer, dia letak macam dalam gambar di atas. Dia bagi renjatan macam aku buat fisio tu. aku tgk saja skrin..nampak la graf2 yang dihasilkan..ntah aku tak paham langsung.
Doc kata nak buat pada tangan kanan dan kiri aku..utk perbandingan. lama juga prosedur tu. Dia letak benda tu. dia tanda di bahagian2 yang ditest tu dan siap ukur dengan tape. Bila dia nak guna renjatan yang kuat dia kan beritahu. Takdela sakit sangat.
Selesai sahaja ujian tu. Masuk seorang dokto cina perempuan. doc pakar. Dia tgk result aku..wahhh...mengejutkan..dia tanya kenapa dengan aku CTS ke pada doc tadi. Tapi dia kata, saraf tangan kanan aku tak teruk, masih ok tapi yang teruknya saraf ditangan kanan.
hah! bio betik.
aku kata dekat doc ..tapi tangan kiri aku yang sakit, dah setahun lebih. sekarang pun masih sakit. Doc kata buat EMG yer tapi yang ni sakit sebab kita akan cucuk and tgk C5 dan C6. Aku ingatkan dia nak cucuk jarum kat leher tapi rupanya dia cucuk ditangan. memang menyakitkan sebab jarum dia agak besar tak macam jarum akupuntur tu. Dia cucuk dekat cari, lengan, siku. Mengaduh juga la aku bila jarum tercacak then dia suruh aku melawan atau tolak jari dia. Dia kata normal pada C5 dan C6. Alhamdulillah tapi memang bahagian lengan dan tangan aku tak ok, dia kata doc nak buat pembedahan ke. aku kata, tak tau lagi..tengok result semua. tapi tu la dia kata tangan kanan aku memang bad sebab tu aku tak rasa sakit sebab saraf kat situ rosak teruk. tetiba aku rasa sedih sangat. tak sangka, yg sakit sangat bahagian kiri tapi aku memang ada rasa juga sengal dan sakit dibahagian kanan, jari pun terasa menyucuk tapi sikit la. Dia kata sebab teruk tu yang aku tak rasa.
Masyaallah..terkedu aku. Aku diam..menahan sebak. Doc bagi aku MC. lega juga.
so,,tunggu jumpa doc ortho semula. Tapi sebelum aku keluar doc tu bagi tau aku lagi sekali ..dua2 tangan aku saraf memang tersepit tapi dibahagian bawah bukan dileher. Lega jugak sedikit. Tapi sakit aku masih sama denyutan di leher tu....
aku termenung panjang....klo doc cdgkan operation...macam mana yer...aku perlu isthikarah..