NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Isnin, Disember 31, 2012

2013 - by B.Rjuna

 sahabat saya nih memang pandai berpuisi...dengan izin sy pastekan puisi tahun barunya di sini....ntahlah...rasanya tahun baru kali ni sy tak nak wish pada sesiapa..kecvuali jika sy menerima wish dr mereka..saya akan balas...bukan apa cuma nak tgk adakah kwn2 mengingati sy..itu jer..
Hari ini..
hari di mana aku berdiri di tubir
di hujung 1 perjalanan yang bakal ternoktah nanti.

Di belakang ku..
tertidur 364 hari yang pernah bersama
dalam menangis dalam ketawa
dan masih panas dalam rekahan waktu.

Di depan ku..
dengan jarak cuma sejengkal
hari baru berdiri di pintu
mengalukan aku masuk sebagai tetamu

Entah apa yang menunggu
entah apa teka teki atau silangkata baru
yang di bancuh oleh tahun baru...

Tetapi aku tidak ada pilihan
aku perlu berjalan atas arahan
kerana hidup tidak pernah berjalan mengundur....

Terima kasih 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]