NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Selasa, Februari 05, 2013

Siapalah Aku Untuk Kau Kasihi

Sudah beberapa malam sejak berminggu-minggu dulu malah berbulan-bulan lalu aku akan terjaga sewaktu tidur. Ada sesuatu yang mengganngu fikiranku kini.
Puas aku mengusir apa yang ada di dalam hati. Aku cuba berlapang dada dan belajar menerima. Sebenarnya, aku bukanlah terlalu mengingatinya cuma aku sendiri tidak pasti mengapa aku tetap terganggu dengan semua ini.
Setiap kali aku terjaga, hanya ada satu nama dan satu wajah yang akan bermain dimata dan dihati. Ya Allah, mengapalah aku diduga dengan semua ini.
Hati jadi sedih. Aku tak mahu ingat atau fikir adakah dia pun sama seperti aku. Merasai apa yg aku rasa dan meallui detik begini seperti aku juga.
Ahh...mengarutlah...aku cuba menafikan. Tapi ianya tetap juga menganggu fikiran.
Aku pun tak pasti, apa sebenarnya yang ada diantara aku dan dia.  kadang-kadang aku mencari jawapan sendiri namun tidak juga ku temui, lalu aku terus meneka dalam kesamaran.
Pertemuan dengan rakan-rakan tempoh hari, kuat memberi aku jawapan dan kepastian.
Walaupun hanya gurauan mungkin lebih kepada provokasi semata, aku akui ada juga kebenarannya yang bagai menyentak naluri.
betullah tu. Mengapa aku mesti marah jika ungkapan itu membuat aku tersedar dari mimpi. Malah, aku amat berterima kasih sekali. Jika tidak lahir kata-kata itu, mungkin sehingga kini aku masih berada diawang-awangan perasaan sendiri.
Hari demi hari, aku semakin mengerti, cuba memujuk hati dan menerima kenyataan,,,,
iyalah...siapalah aku kan...siapalah aku disisinya...siapalah aku utk disayangio dan siapalah aku untuk dikasih..
mungkin keikhlasan aku menerima dirinya
aku tidak mahu terus disalahmengertikan
dan aku tidak mahu mengharapkan dia akan menerima ku seperti mana aku ..
betullah...
ibarat melukut di tepi gantang..
aku benar-benar menginsafi siapa diri ini
dan aku kan menghilang dalam pekat malam...
perlahan-lahan...
sehinggakan kau tidak lagi menyedari kewujudan aku disisimu
aku kan pergi......
selamat tinggal kawan....

(skema giler ayat ak kan hehehehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]