NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Isnin, Februari 23, 2015

Banding Lakeside Inn, Grik

huhuhu..sebenarnya aku nak bercuti ke hanoi tapi disebabkan kesibukan aku membeli tiket ke kota kinabalu dan kuching atas urusan kerja..aku terlambat nak membooking tiket ke hanoi..dah mahal harganya sekali ganda...so..buat masa sekarang, aku kena lupakan hasrat tu..lagipun aku bimbang jika tarikh yang aku pilih itu nanti akan bertindan dengan tarikh2 penting aku. rugilah kan dah la mahal..aku bukan kategori yang mampu sangat kalau nak burnkan tiket itu. Kebetulan, aku baca status seorang kawan yang sedang bercuti di Banding Lakeside In, Grik. Macam menarik. So aku pun google2 la..cuma aku sedang mencari tarikh sebelum Mei. hai..Cuti pun satu hal juga..dengan kesihatan aku ni..aku tak boleh selalu sangat amik cuti..nanti sakit aku teruk semula..jenuh aku nak kena cari mc..
so...set target..nak ke Banding Lakeside Inn

Kerana Kasih

Akak: Assalam, Su
Su : Wassalam, eh akak..lama tak dengar suarakan...
Akak : Biasala su..bzkan byk keje..ko kat mana nih?
Su :Hahahah..akak kena nyanyi..awak kat mana..awak..awak kat mana..(sambil ketawa)
      so..apa citer kak..
Akak: Saja nak tanya ko sikit...boleh bercakap ke..
Su : Boleh aje..tengah free jugak ni tapi eh tadi baru jumpa Pengerusi Dot Dot
Akak: ko jumpa Azri?
Su : Ishh..akak ni...mana da apa2 dah dgn dia..dah empat tahun dah kami bercerai opis..
Akak: mana tahu...korang kan suwit kapel gitu
Su : ala..akak ni..org dah dapat pakwe baru dah lagi handsome dari azri tu..lagi pun kami kan dah talak          tiga..akak jangan sebut2..nanti kena cari cine buta pulak.. (ketawa lagi)
Akak:  aku tau ko tu macam mana la su...
 Kami pun meneruskan perbualan...tentang kerja...
Selepas panggilan ditamatkan..Su melihat ada wassup..huhuhu..tiba2 ada satu wassap dari azri..
"hi..apa kabar"..
Su membiarkan saja wasap itu..dia ternampak azri masih online. Hati su berbelah bahagi..nak jawab atau tak wassap tu...Su dah bertekad..selepas keputusan yang azri minta supaya su dan azri tiada apa2 hubungan lagi..azri tak mahu jumpa su lagi..Su harus nekad..
Tapi hati su lembut..setiap kali dia nekad..tapi akhirnya dia mengalah jika menerima wasap dari azri..ah..kadang2 su terfikir bukan apa pun..sekadar tanya khabar...bila dah balas nanti..azri akan biarkan wassap tu macam tu sahaja..tanpa berbalas..
Tak apalah..su akan cuba..setakat ini su masih boleh menahan diri...

Jumaat, Februari 06, 2015

PRIMALAND RESORT PORT DICKSON

Hmm...Primaland dulu dikenali dengan Tiara Beach resort. Dah lama aku tak kesana...baru2 ni aku booking melalui airasiago kebetulan masih ada lagi bilik kosong.
Ingatkan ada perubahan bila bertukar pengurusan..huhuhu...da la kelam kabut jer staff dekat reception.. kena tunggu...yang paling tak best bila aku dapat blok ntah ape2.. dia bagi aku Blok D..dibahagian belakang. masabooking tu tak tgk la pulak include theme parak atau tau..sebab duk ingat mcm dulu2..bila amik bili boleh terus mandi kolam yang ada theme park tu. Rupanya tidak... kena bayar kalo tak silap rm20 dewasa kanak2 berapa ntah. Adoii...nasib budak tu demam..aku pun pujuk la nanti dah ok kita mandi. Bukan tak nak byr..dah la keliling tu di pagar..kena masuk kat pintu utama..malas aku nak basah2 da la bilik jauh. Dalam hati menyumpah2 jugak la klo aku tahu mcm ni baik la aku amik bilik di bayu beach. Konon nak merasa tempat lain tapi mcm haprak...len kali mmg tak la aku nak ke primaland tu..

Khamis, Februari 05, 2015

HARI KHAMIS

apa istimewanya hari khamis..khamis malam jumaat...biasa orang baca yassin...
tapi pada aku...apa istimewanya hari khamis ni...ntahlah...
hari khamis 13 .2 . 2014 - pertama kali aku jumpa dan keluar makan dengan dia..
hari khamis 22.1.2015 - aku ke cameron dgn dia atas urusan kerja...dan lebih kepada farewell dan ucapan selamat tinggal pada dia..
sedih? memang! teramat sangat..tapi aku kena kuat
hari khamis 28.1.2015 - dia text aku tanya khabar dan aku jawab..
then aku nekad tak nak balas text dia lagi...
hari ni khamis 5.1.2015 - dia text aku lagi...tanya khabar
Ya Allah...aku jadi keliru..nak balas atau tak...tapi..biasalah aku....lastnya aku jawab juga...
so itulah hari khamis dalam hidup aku...
Ya Allah..aku sayang dia...aku memang nak dia sentiasa ada dengan aku tapi aku pasrah
sebab ...dia pernah minta untuk rehatkan perhubungan kami walaupun tak tahu hubungan apa sebenarnya
dan last dia kata ini yang last kita akan jumpa macam nih..
so...apa yg perlu aku buat..memang aku cuba..tapi bila dia text...aku pun mula lah...
cairr....