NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Khamis, Mac 19, 2015

CERVICAL STENOSIS P2



Kelmarin...aku mula rawatan di HSB. Dekat situ saja yang ada pakar spinal. So, selepas sebulan dapat appoint aku pun mula pemeriksaan susulan disana. Pagi2 dah kena ada disana sebab parking disitu memang susahnya..crowded sgt..kena pergi dua orang.
Seawal 8am, daftar dikaunter kemudian masuk keklinik pakar orthopdeik dan traumatik. Kemudian seorg doktor datang dan minta aku  buat xray dan htr salinan softcopy MRI disc yang aku bawa dari HS.
1st time kat sini buat aku mcm tercangak-cangak..nak cari jabatan X-Ray pun kena bertanya. Rupanya taklah jauh sgt dari klinik aku. Selepas daftar dan beri cd MRI kepada petugas di kaunter, aku pun menunggu giliran untuk x-ray. Alamak..kena buka rantai pulak lah...baru jer aku pakai semua barang kemas yang sebesar janggut udang jer..selepas setahun aku simpan. Nampak gayanya kenalah simpan semula semuanya.

X-Ray kali ni..mcm biasa ..diambil dalam keadaan berdiri. Tak perlu buka pakaian semua sebab xray dibahagian leher kecuali rantai saja yang perlu ditanggalkan. Selesai semua aku pun ke klinik ortho tunggu giliran untuk jumpa doktor.
Tunggu punya tunggu..mak aii dari jam 10.30 am...hampir kul 12 baru dipanggil..
ada dua dokto..dokto cina perempuan dan dokto india lelaki. Tapi dokto lelaki yg lebih banyak menjalankan pemeriksaan ke atas diri aku ini.
1st dia baca semua report then dia tanya..adakah aku boleh tahan kesakitan?
aku jawab --> ntahlah doc..da setahun dan biasa dgn kesakitan..kdg2 mmg tak boleh tahan sangat.
doc M tya lagi ---> adakah ianya amat menganggu?
jawab aku --> kadang-kadang
Doc m pun terangkan pada aku jika aku tak boleh tahan dan amat menggangu aku terpaksa di bedah. Kalau dibedah pun bukan dibahagian belakang tapi di hadapan leher..
"gulp" tertelan air liur aku dibuatnya...bunyinya macam menakutkan...
Tapi Doc M kata takpe..kita tgk dulu MRI aku..masih belum uplod..kena tggu setengah jam..dia suruh aku pergi makan dulu..elok juga...aku pun kebulur tahap otomen tiga sbb belum mkn apa2 lagi dar pagi..
Setengah jam kemudian..aku pun terpacul semula depan bilik 1..bilik doc M tu.
Dia lalu depan aku//jap yer..nti saya p[anggil sbb dia ada patient lain..
aku sengih jer..sambil kata Ok
Kemudian nama aku dipanggil..dia pun tunjuk gambar MRI aku..dan terangkan keadaan aku..tahap sederhana dan penyempitan tu masih ok lagi so dia kata belum terfikir untuk buat pembedahan lagi pun tempat tu high risk..maklumlah leher..
misi yang teman aku pun senyum bila dgr doc lain tu asik sebut c1 c2.. c3c 4
then dekat c5, c6 dan c7 memang byk kali disebut2...cuba ulang c5 c6 c7 tu byk2 kali ..dgr bunyinya macam mana..
so..dia pun check mcm biasa dekat HS.suruh aku genggam tangan dan jari dan melawan balik pergerakan utk tgk kekuatan tgn..sebab  aku sakit sangat di bahagian tangan kiri..dia cadangkan aku buat NSC/MSg iaitu ujian berkaitan saraf..
dia kata di HSB boleh buat cepat so aku tak perlu ke GH lagi..cepat2 pun bulan 4 bari dpt buat ujian tu then 2 mggu selepas tu kena jumpa dia semula..
Dia kata apa2 pun tggu result nerve..mgkn kalau perlu pembedahan boleh buat dibahagian tangan jika disitu saraf yang tersepit tetapi apa pun dia kata kemungkinan besar sakit aku tu berpunca dari saraf tunjang yang tersepit di c5, c6 dan c7.
adush..letih aku dengar..tapi aku kena optimis..gedebuk gedebak termasuk dgn amik appointmen fisio..kul 3 juga baru selesai semua urusan aku di HSB tu..
fenatt..fenat...balik aku terus tergolek..
sejak sakit aku memang cepat letih..bdan rasa macam nak bentan..
tapi apakan daya..aku kena menerima kesakitan tu dalam diri aku...
doakan aku yer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]