NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Ahad, Ogos 21, 2011

tetiber teringin nak buat kue gunting

tetiber teringin nak buat kue gunting..baru teringin tapi tak tau bila nak buat..tunggu pas raya kot sebab boleh rasa..ni resepi yang aq dapat dalam internet
Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)
Cara-cara 1.Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh. 2.Gunting n goreng.

Resepi ke2
1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya
1.Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
2.Tuang bahan kisar kedalam tepung
3.Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
4.Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
5.buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
6.Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
7.Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
8.Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
9.Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
10.Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
11.Siap untuk dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[url=http://www.mnpls.com/hello-16778.html][img]http://i.mnpls.com/167/16778.gif[/img][/url]