NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Jumaat, November 20, 2015

Di Sudut Kamar Hatiku

erm...
rindu itu ada disini
disudut kamar hatiku
sukar untuk aku usirnya pergi

Khamis, November 12, 2015

SETELAH SEKIAN LAMA..

last post dalam blog ni ialah pada Julai 2015. Hurmm..lame ke ek...hampir empat bulan jugak la..lalang pun tak tinggi mana lagi. Empat bulan..macam2 cerita..macam perkara dan peristiwa yang terjadi.. mungkin sebab kesihatan...aku dah semakin kuran menaip..nasihat doktor juga supaya aku kurang2kan menaip..pegang telefon dan mcm2 lagi lah. yup..memang macam malas sikit..
mungkin juga aku sedang beri ruang dan masa untuk aku terima sakit aku ini...
nantilah..bila aku dah bertambah rajin..aku akan menaip semula..dan berkongsi bermacam2 cerita....
see ya
:)

Jumaat, Julai 10, 2015

LANGIT TETAP BIRU

Awan putih Awan gelap
Langit biru Tetap biru
Orang baru Orang lama
Dunia tetap Tetap sama
Sentiasa Kita kan berubah
Tetap kita ada 
Kewujudan membawa Perpisahan
Terus berkekalan
Kekal dihatiku Kekal dihatiku
Langit tetap biru
Dan hanya Tinggallah segala
Cerita Tentang hibanya
Tentang jiwanya Tentang hikmahnya

Orang baru Orang lama
Dunia tetap Tetap sama
Sentiasa Kita kan berubah
Tetap kita ada Kewujudan membawa
Perpisahan
Terus berkekalan Kekal dihatiku

Jumaat, Jun 19, 2015

NERVE CONDUCTION STUDY PART 2

25.5.2015

sekali lagi aku membuat nerve conduction study tapi kali ni di HKL. sebenarnya aku dah tek [erlu buat tapi oleh kerana appointment tu dah 6 bulan dibuat, aku pergi juga.
Berdasarkan pengalaman kali pertama, aku lebih bersedia..aku ajak peneman aku masuk sekali tengok macam mana ujian tu dijalankan. Kali ni doktor yg buat dengan seorang pembantu. aku tengok berpeluh-peluh doktor tu..byk kali dia ulang buat pada tempat tertentu di tangan aku..mayb dia tak puas hati kot dengan dapatan ujian tersebut. Then, macam biasa oleh kerana dapatan tersebut, dia juga buat elektromiografi. wah..kali ni ujian tu menyakitkan aku. berkerut2 muka aku menahan sakit. Bukan kerana jarumnya tapi kerana nak cari saraf yg berkaitan. Kemudian datang seorang doktor pakar, doktor india perempuan. So dia berbincang dengan doktor yang membuat ujian pada aku dan dengan aku. Kemudian dia ulang buat elektromigrafi tu..adoii...naik lebam2 tangan aku..nak menangis pun ada. Dia pun bagitahu
1- Memang dua-dua tangan aku carpal tunnel tapi kanan lebih teruk dari kiri. Dia kata ikut keadaan mayb tak perlu di bedah tapi terpulang pada doktor nanti. Aku juga boleh pakai wrist guard cuma kena tggu next appoint apa yang doktor tu cakap
2- C5 aku kurang bermasalah tapi C6 dan C7 memang problem dan ianya bukan tahap mild seperti laporan. Dia suggest agar aku buat semula MRI kerana laporan yang 1st tu kurang tepat. Berdasar ujian saraf, nampak mcm tak ok jer saraf kat situ
3- dia kata byk improve sbb aku buat kiropratik tu. so aku kena buat selalu walaupun agak mahal rm100 satu sesi.

 bekas jarum yang dicucuk utk tengok graf saraf di C5, C6 dan C7
 tanda yang dibuat untuk mengukur kedudukan dan jarak

Sabtu, Mei 09, 2015

SINDROM CARPAL TUNNEL

Balik dari hospital..aku mula surf perkara-perkara yang berkaitan dgn apa yang dokto ckp kat aku..bila aku baca..aku mcm kena sindrom di atas tu...sbab dokto kata nak operate di tapak tangan dulu..
bahan ni boleh membantu tentang apakah sindrom di atas tu...
sindrom-carpal-tunnel-di- pergelangan tangan

ini pula tentang stenosis
spinal-stenosis

OPERATION

7 Mei 2015
Hari yang penuh debaran...dua hari selepas birthday aku yang je dot dot dot..
pagi2 aku ke HSB..buat fisio dulu...arh kena buat elektrik tu lagi...lain mcm jer ..rasa lepas tu..
well....yg nak aku kongsikan disini bukan pasal fisio tu tapi...hari ni aku berjumpa dokto pakar..
kali ni cepat pulak nak tunggu...dalam kul 11 dah jumpa dokto..
macam biasa la..sepulu kali jumpa dokto..sepuluh kalilah dapat soalan yang sama..
maam mana rasa...ada kurang?
aku pun tak tau nak jawab apa..sebab bagi aku sama ja sakitnya ...tak berubah pun..
kebetulan komputer pun lembab...so dia tya dah buat MRI semua tu..
aku jawab sudah...NCS pun dah buat..dia mta result aku kata dkto tu tak bagi pun...
so...dia keluar then masuk semula dengan result di tangan...dgn ayat yg mudah...dokto tu cakap...
OK...KITA OPERATION YER..

Selasa, April 28, 2015

Nerve Conduction Studies NCS dan Elektromiografi


semalam..aku buat ujian nerve Conduction Study (NCS) dan Elektromiografi (EMG) di HSB. Sepatutnya aku buat di HKL tapi sebab lambat lagi tarikh appointment tu maka doc di HSB kata mereka pun ada kepakaran utk jalankan ujian tu.
Sebelum buat ujian tu..aku ada juga tanya2 pada pakcik google tapi info yang aku dapat macam tak memuaskan hati. Takde penerangan macam amana ujian tu dijalankan. sakit ke tidak.
Hurm..lepas register di klinik pakar dalam jam 8.30 pagi aku terus ke bahagian nuerologi. Oleh kerana aku orang pertama maka aku dipanggil dulu. Ok jugakkan dari kena tunggu lama. oh ye..sebenarnya tarikh apoint aku juga diubah sebab doc pakar ada miting pada tarikh tersebut.
Aku dibawa kedalam bilik. aku disuruh duduk di atas katil. Sempat juga aku tanya pada doc --> lama ke ujian tu..sakit tak.
Doc tu jawab --> ikut keadaan dan pakar akan tengok dulu kalau ada ujian lain yang dia nak buat pulak.
Kau cuma memerhati jer, dia letak macam dalam gambar di atas. Dia bagi renjatan macam aku buat fisio tu. aku tgk saja skrin..nampak la graf2 yang dihasilkan..ntah aku tak paham langsung.
Doc kata nak buat pada tangan kanan dan kiri aku..utk perbandingan. lama juga prosedur tu. Dia letak benda tu. dia tanda di bahagian2 yang ditest tu dan siap ukur dengan tape. Bila dia nak guna renjatan yang kuat dia kan beritahu. Takdela sakit sangat. 
Selesai sahaja ujian tu. Masuk seorang dokto cina perempuan. doc pakar. Dia tgk result aku..wahhh...mengejutkan..dia tanya kenapa dengan aku CTS ke pada doc tadi. Tapi dia kata, saraf tangan kanan aku tak teruk, masih ok tapi yang teruknya saraf ditangan kanan.
hah! bio betik.
aku kata dekat doc ..tapi tangan kiri aku yang sakit, dah setahun lebih. sekarang pun masih sakit. Doc kata buat EMG yer tapi yang ni sakit sebab kita akan cucuk and tgk C5 dan C6. Aku ingatkan dia nak cucuk jarum kat leher tapi rupanya dia cucuk ditangan. memang menyakitkan sebab jarum dia agak besar tak macam jarum akupuntur tu. Dia cucuk dekat cari, lengan, siku. Mengaduh juga la aku bila jarum tercacak then dia suruh aku melawan atau tolak jari dia. Dia kata normal pada C5 dan C6. Alhamdulillah tapi memang bahagian lengan dan tangan aku tak ok, dia kata doc nak buat pembedahan ke. aku kata, tak tau lagi..tengok result semua. tapi tu la dia kata tangan kanan aku memang bad sebab tu aku tak rasa sakit sebab saraf kat situ rosak teruk. tetiba aku rasa sedih sangat. tak sangka, yg sakit sangat bahagian kiri tapi aku memang ada rasa juga sengal dan sakit dibahagian kanan, jari pun terasa menyucuk tapi sikit la. Dia kata sebab teruk tu yang aku tak rasa.
Masyaallah..terkedu aku. Aku diam..menahan sebak. Doc bagi aku MC. lega juga. 
so,,tunggu jumpa doc ortho semula. Tapi sebelum aku keluar doc tu bagi tau aku lagi sekali ..dua2 tangan aku saraf memang tersepit tapi dibahagian bawah bukan dileher. Lega jugak sedikit. Tapi sakit aku masih sama denyutan di leher tu....
aku termenung panjang....klo doc cdgkan operation...macam mana yer...aku perlu isthikarah..

Rabu, April 22, 2015

KISAH JAMBU BATU

Aku tak pasti adakah kisah ku ini memang berkait rapat dengan jambu batu. Kesian pulak aku pada jambu batu tu...tapi bila mengenangkan aku yang demam panaz sampai ke hari ini..aku macam fobia sikit padahal..memeng peberet aku jambu batu..
dulu....dulu la sebelum aku dapat stenosis ..tiap2 hari memang aku akan beli sebiji jambu batu dari pasaraya dekat rumahku...lepas tu..lama aku tak beli dah..lama jugak la...aku sakit pun dah lebih setahun..
ntah kenapa..balik dari Kuching, Serawak..hari jumaat 8 April tu aku buat fisio di HSB. Ermm oleh kerana aku sakit bila buat yg tarik leher tu...maka pakar tu buat semula treatment yang elektrik. Aku dah bagitahu..aku sakit bila buat elektrik tu tapi dia kata takapa...cuba dulu...
wow..sakitnya lain mcm sikit mcm kena karen..tapi aku tahan jer la..
9hb tu..aku dah rasa lain macam..sakitnya berdenyut2...then ada pulak ornag tu bawak bali jambu batu lima biji..serius aku memang melantak sakan sampai 3 biji..sedap beb menciciah dgn cili kicap yg aku buat sendiri. Sebiji lagi aku buat jus..wahh sakan betul aku makan.
10hb aku ke kuala selangir...diajamu oleh seorg chef bergelar datuk..memang sedap masakan dia...tapi aku macam nak muntah...sakit kepala berdenyut2...disebabkan ada miting terpaksa aku ke opis semula,
sepanjang jalan takde pulak RnR...aku tahan je isi perut yang nak terkeluar..
sampai je di opis...uuuuwekk...apa lagi..segala bihun..kerabu bali msk lemak udang dan macam2 yang ku makan tadi keluar habis.
Arghh lega...tapi seram sejuk dah terasa...ada kawan tego..kenapa muka ko mcm org nak g mekah
hah? g mekah? mcm mana..bersih je ke atau baik jer..
hahahahaaa...aku ketawa,,,habis miting,...aku bergegas balik...
sampai je rumah..wahh mengigil2 aku dibuatnya...demam aku mencecah 40 darjah...
Ya Allah teruknya demam aku...darah aku ok...urine pun ok...sebelum fly ke Sabah...aku memang telan ubat 4 jam sekali..panadol tak jalan dah...ubat tahan saki 250g makan 2 biji 3 kali..bayangkan..baru aku berpeluh...nasib baik masa touch down aku tak demam..klo tak mau sangkut aku kat airport tu..
so perjalana ke sabah tak bermakna sangat sebab aku demam..aku banyak tidoo jer..lagi pun aku baru jugak balik sebulan dulu tapi kesiannyala budak kecik tu tak berjalan sangat...
makan sifud pun tak rasa sgt...mcm tak sedap jer...
nak balik pun kena telan ubat jgn bagi demam tapi dalam flight memang rasa lain macam...
sampai rumah..malam tu tak boleh tahan...terus ke emergency...
dah...tarraaaa padan muka aku dapat RED ZONE.. mujo jugak darah dan urine ok...so...tiga hari aku kena datang semula...tapi malas aku nak p..penat g spital nih..aku rasa dah ok sikit kot...dah tak bergantung sangat pada ubat..
so aku tak tahu la...memang sebab aku nak demam ke..sebab fifio tu ke...sebab jamuan datuk tu ke atau sebab JAMBU BATU yang org kata sejuk...tak elok utk saraf mcm aku...
wallahualam...yang pasti Allah sayangkan aku..tu yg aku demam...


Khamis, Mac 19, 2015

CERVICAL STENOSIS P2



Kelmarin...aku mula rawatan di HSB. Dekat situ saja yang ada pakar spinal. So, selepas sebulan dapat appoint aku pun mula pemeriksaan susulan disana. Pagi2 dah kena ada disana sebab parking disitu memang susahnya..crowded sgt..kena pergi dua orang.
Seawal 8am, daftar dikaunter kemudian masuk keklinik pakar orthopdeik dan traumatik. Kemudian seorg doktor datang dan minta aku  buat xray dan htr salinan softcopy MRI disc yang aku bawa dari HS.
1st time kat sini buat aku mcm tercangak-cangak..nak cari jabatan X-Ray pun kena bertanya. Rupanya taklah jauh sgt dari klinik aku. Selepas daftar dan beri cd MRI kepada petugas di kaunter, aku pun menunggu giliran untuk x-ray. Alamak..kena buka rantai pulak lah...baru jer aku pakai semua barang kemas yang sebesar janggut udang jer..selepas setahun aku simpan. Nampak gayanya kenalah simpan semula semuanya.

Selasa, Mac 17, 2015

CERVICAL STENOSIS

Dulu Prolapsep..kemudian jadi spyndolisis..sekarang selepas MRI..resultnya adalah Cervical Stenosis..
hurm..aku pun tak faham apa bezanya ketiga2 tu...yg aku tahu 2 tu macam tergelincir tetapi stenosis ialah penyempitan. Boleh klik di bawah ini jika nak tahu lebih lanjut
CERVICAL STENOSIS

spinal-stenosis


Isnin, Februari 23, 2015

Banding Lakeside Inn, Grik

huhuhu..sebenarnya aku nak bercuti ke hanoi tapi disebabkan kesibukan aku membeli tiket ke kota kinabalu dan kuching atas urusan kerja..aku terlambat nak membooking tiket ke hanoi..dah mahal harganya sekali ganda...so..buat masa sekarang, aku kena lupakan hasrat tu..lagipun aku bimbang jika tarikh yang aku pilih itu nanti akan bertindan dengan tarikh2 penting aku. rugilah kan dah la mahal..aku bukan kategori yang mampu sangat kalau nak burnkan tiket itu. Kebetulan, aku baca status seorang kawan yang sedang bercuti di Banding Lakeside In, Grik. Macam menarik. So aku pun google2 la..cuma aku sedang mencari tarikh sebelum Mei. hai..Cuti pun satu hal juga..dengan kesihatan aku ni..aku tak boleh selalu sangat amik cuti..nanti sakit aku teruk semula..jenuh aku nak kena cari mc..
so...set target..nak ke Banding Lakeside Inn

Kerana Kasih

Akak: Assalam, Su
Su : Wassalam, eh akak..lama tak dengar suarakan...
Akak : Biasala su..bzkan byk keje..ko kat mana nih?
Su :Hahahah..akak kena nyanyi..awak kat mana..awak..awak kat mana..(sambil ketawa)
      so..apa citer kak..
Akak: Saja nak tanya ko sikit...boleh bercakap ke..
Su : Boleh aje..tengah free jugak ni tapi eh tadi baru jumpa Pengerusi Dot Dot
Akak: ko jumpa Azri?
Su : Ishh..akak ni...mana da apa2 dah dgn dia..dah empat tahun dah kami bercerai opis..
Akak: mana tahu...korang kan suwit kapel gitu
Su : ala..akak ni..org dah dapat pakwe baru dah lagi handsome dari azri tu..lagi pun kami kan dah talak          tiga..akak jangan sebut2..nanti kena cari cine buta pulak.. (ketawa lagi)
Akak:  aku tau ko tu macam mana la su...
 Kami pun meneruskan perbualan...tentang kerja...
Selepas panggilan ditamatkan..Su melihat ada wassup..huhuhu..tiba2 ada satu wassap dari azri..
"hi..apa kabar"..
Su membiarkan saja wasap itu..dia ternampak azri masih online. Hati su berbelah bahagi..nak jawab atau tak wassap tu...Su dah bertekad..selepas keputusan yang azri minta supaya su dan azri tiada apa2 hubungan lagi..azri tak mahu jumpa su lagi..Su harus nekad..
Tapi hati su lembut..setiap kali dia nekad..tapi akhirnya dia mengalah jika menerima wasap dari azri..ah..kadang2 su terfikir bukan apa pun..sekadar tanya khabar...bila dah balas nanti..azri akan biarkan wassap tu macam tu sahaja..tanpa berbalas..
Tak apalah..su akan cuba..setakat ini su masih boleh menahan diri...

Jumaat, Februari 06, 2015

PRIMALAND RESORT PORT DICKSON

Hmm...Primaland dulu dikenali dengan Tiara Beach resort. Dah lama aku tak kesana...baru2 ni aku booking melalui airasiago kebetulan masih ada lagi bilik kosong.
Ingatkan ada perubahan bila bertukar pengurusan..huhuhu...da la kelam kabut jer staff dekat reception.. kena tunggu...yang paling tak best bila aku dapat blok ntah ape2.. dia bagi aku Blok D..dibahagian belakang. masabooking tu tak tgk la pulak include theme parak atau tau..sebab duk ingat mcm dulu2..bila amik bili boleh terus mandi kolam yang ada theme park tu. Rupanya tidak... kena bayar kalo tak silap rm20 dewasa kanak2 berapa ntah. Adoii...nasib budak tu demam..aku pun pujuk la nanti dah ok kita mandi. Bukan tak nak byr..dah la keliling tu di pagar..kena masuk kat pintu utama..malas aku nak basah2 da la bilik jauh. Dalam hati menyumpah2 jugak la klo aku tahu mcm ni baik la aku amik bilik di bayu beach. Konon nak merasa tempat lain tapi mcm haprak...len kali mmg tak la aku nak ke primaland tu..

Khamis, Februari 05, 2015

HARI KHAMIS

apa istimewanya hari khamis..khamis malam jumaat...biasa orang baca yassin...
tapi pada aku...apa istimewanya hari khamis ni...ntahlah...
hari khamis 13 .2 . 2014 - pertama kali aku jumpa dan keluar makan dengan dia..
hari khamis 22.1.2015 - aku ke cameron dgn dia atas urusan kerja...dan lebih kepada farewell dan ucapan selamat tinggal pada dia..
sedih? memang! teramat sangat..tapi aku kena kuat
hari khamis 28.1.2015 - dia text aku tanya khabar dan aku jawab..
then aku nekad tak nak balas text dia lagi...
hari ni khamis 5.1.2015 - dia text aku lagi...tanya khabar
Ya Allah...aku jadi keliru..nak balas atau tak...tapi..biasalah aku....lastnya aku jawab juga...
so itulah hari khamis dalam hidup aku...
Ya Allah..aku sayang dia...aku memang nak dia sentiasa ada dengan aku tapi aku pasrah
sebab ...dia pernah minta untuk rehatkan perhubungan kami walaupun tak tahu hubungan apa sebenarnya
dan last dia kata ini yang last kita akan jumpa macam nih..
so...apa yg perlu aku buat..memang aku cuba..tapi bila dia text...aku pun mula lah...
cairr....

Ahad, Januari 25, 2015

Bila hati berbicara

Suasana sekeliling membeku...hanya sepi yang menguasai keadaan..diam lebih baik dri berkata-kata...dalam hati galau...,lantas hati mula bebicara pada diri sendiri..
Hidup ini..alangkah indahnya jika seperti cerita novel..ianya tersusun mengkut kehendak penulis..tapi kita manusia...mampu menrencana..menulis dan menyusun semuanya mengikut kejendak kita..happy ending atau sebaliknya..kadang2 kita lupa..rencana Allah membatasi segala-galanya..
Kadang-kadang kita sebagai manusia teralpa dengan apa yang sebenarnya telah ditetapkan pada kita..
usaha..tawakal dan doa adalah segala-galanya...
serahkan diri dan cinta kepada Allah..kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hati kita....sentiasa mendengar apabila hati berbicara..,,rindu kepada Allah lebih manisnya..serahlah hati pada Allah bukan kepada manusia..kerana kita akan merasa kecewa...
Dosa kepada Allah boleh diampun tetapi dosa kepada manusia ...akan mengikat kaki kita sewaktu hendaklah melangkah titian siratul mustaqqim nanti...

Ahad, Januari 18, 2015

Chalet Terapung Teluk Bayu Sg Petani

Usai sahaja peperiksaan sem 8 sem yang terakhirku..terus bergegas ke sg petani. Tempahan pada tarikh 29hb dikira rezeki bila ada yg membatalkan tempahan mereka. Kalau tidak memang tak dapatlah aku merasa bercuti disini. Perjalanan diiringi hujan sepanjamg perjalanan. Sampai di bagan Serai, aku singgah ziarah abah sekejap. Adik bongsu turut sama dlm percutian ini. Kami singgah beli makanan untuk berBBQ di Giant Sg petani but sorry to say...sangat mengecewakan..ayam yg dibeli dah rasa lain..sudahnya kami buang jer..dan buat nasi goreng. Chalet ni sesuai utk kaki pancing tapi best juga walaopun aku tak memancing..pemandangan dan ikan yg berenang boleh tahan..meskipun tidak setanding mabul tapi masih ok...so...boleh layan gambar2 sepanjang kami disana. Chalet ini tersedia dapur untuk memasak..so bw bahan mentah..klo taknak boleh makan di restoren terapung dekat2 situ. Oh ye...kami sesat dan tersalah pergi ke chalet terapung Peladang..yg ni dekat sikit... sewa hari tu rm100 utk 7 dewasa dan 4 kanak2..kalo lebih kena byr rm10 sekepala dewasa. ada 179 yg ada karaoke..tapi sebab penuh kami sewa jer yg ada..so layan gambar2 ni ok..

Selasa, Januari 13, 2015

2015



hari ni dah 9 januari 2015. lama juga aku menyepi tanpa sebarang coretan. faktor utama adalah kesihatan, kedua peperiksaan dan ketiga hidup aku. Macam2 asam garam yang berlaku. Past is past.
2015..
aku pun tak tahu bagaiman permulaan hidupku ini...ada suka...duka dan kompius juga..
suka sebab aku dah habis stadi...dah lega..walaupun belum dah exam pe