NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Rabu, Julai 30, 2014

Raya 2014

Pengumuman dah pun dibuat oleh penyimpan mohor besar raja2..kita akan raya 28hb bersamaan hari isnin..dulu,,masa kecik2 dulu..lepas jer berbuka...semua akan duduk rapat2 dan dekat2 dengan tv nak tgk pengumuman raya..pastu kami adik beradik akan teka..cer tgk muka pakcik tu....kalo senyum esok misti raya..kalo tak..tak jadi raya la jawabnya...
tapi tu semua kenangan dulu-dulu...
semalam..semuanya dah tersedia...rendang..kuah kacang dan ketupat nasi..menu wajib..aku suka menganyam ketupat...walaupun sambut raya di kl tapi terasa juga suasananya...

Ahad, Julai 27, 2014

Akan Ku Jumpa

Ramadhan semakin tiba kepenghujungnya...
memang hatiku sedih kerana Ramadhan akan berlalu pergi...terasa kurangnya amalanku kali ini..
Ya Allah...betapa kerilnya aku....aku takut aku tidak ikhlas padaMU...terlalu banyak yang aku mahu..jadi aku bimbang ibadahku kerana mahukan keinginanku di penuhi oleh MU Ya Allah..
Ampunkan aku...jika aku terlalu mengharap dan rasa kecewa ada..aku jadi lemah...
Ya Allah..

Sabtu, Julai 19, 2014

KISAH SEBIJI KURMA

Baru-baru ni..aku berpeluang berbuka dengan kawan-kawan. Aku pun tak sangka akan berbuka dengan dia.. ..tapi bila dapat jemputan..aku pun ok jer..seronok jugakkan berbuka dgn kawan2..bukan selalu pun..itulah pertama kali aku berbuka dgn dia..
Atas meja kami ada sepeket kurma yang distapler..dah letak nasi dan lauk semua..aku pun tengokla..dia amik bungkusan kurma tu...dan buka stapler..pastu dia letak atas meja semula..tengah2..antara aku dan dia..aku tengok jer..
lagi 5 minit..sambil bersembang dengan dia..aku pun amik kurma tadi dan letak sebijik dalam pinggan nasiku..hurmmm..takde la aku nak letak dlm pinggan nasi dia..nak nti pandai la dia maik sendiri...
pastu azan pun berkumandang...tetiber..dia dgn selamber je berkata
"eh..mana kurma dalam pinggan ni tadi?"
"mana ada letak" jawab aku..termanggu2..
"ada la tadi kat nasi" kata dia tadi...
"oit..takkan la aku nak amik kurma dalam pinggan tu..huhuhu.."
"nah la amik kurma ni" jawabku sambey amek kurma yg dlm pingganku dan bagi pada dia. Hoh..dengan selamber dia makan kurma tu tadi...org sebelah meja kami pun tengok jer dia..terasa jugak kot....
aku nak tergelak jugak..takkan la aku nak amik kurma dalam pinggan dia..lagipun memang di buka bungkusan kurma tu..tapi dia tak amik n letak dlm pinggan..
takpe la..aku pun tak kisah..aku amik jer kurma lain and terus makan...
aku tau dia lapar..sebab dia ada miting then buka posa kat hotel..paham2 jer la..malam takda makan sebab hotel tu jauh dari kedai makan dah tu..dia pulak tak saho sbb tak sedar jam berbunyi..
apa pun aku enjoy berbuka dengan dia..aku suka sangat..thanks sayang..

Terima Kasih...Cinta

Akhrnya Allah mendengar juga permintaanku..Syukur padaMU..kerana memberi peluang yang indah itu padaku..walaupun sekejap tapi aku bersyukur...dan kesakitan aku pun beransur pulih...terima kasih cintaku kerana memberi bahagia walaupun seketika...aku tak mahu fkr sama ada cinta itu ikhlas atau berpura-pura atau sekadar untuk menjaga hati juga untuk mengambil kesempatan..semua tu dh tak penting,..yang pentng aku ingin selalu ada bersama cintaku..aku ingin dia sentiasa ada disisi aku walaupun jarak dan waktu menjauhkan diriku dan cintaku...apa pun tanggapan dia padaku aku tak kisah..yg penting aku mahu dia jadi milikku....aku mahu aku ada dalam hati cintaku...
dan aku takkan pernah jemu untuk menyetuhi cintaku dengan doaku ..setiap hari...dan Syukur Ya Allah..KAU maha mengetahui dan mendengar...

Jumaat, Julai 18, 2014

Hanya Kerana Cintaku P2


Hanya Kerana Cintaku

Aku terdiam...termenung..
Patutkah aku mengalah...kadang2 aku rasa..mengapa aku perlu mengalah sekarang selepas banyak perkara yang menyedihkan berlaku padaku. Dua tahun aku menangis hanya kerana cintaku...jadi perlukah aku tinggalkan semuanya...
Sebenarnya..aku hanya mampu berdoa hanya untuk cintaku meskipun aku takut terkadang niatku jauh terpesong bukan keranaNYA tetapi kerana cintaku..namun aku tekad...
Aku hanya boleh bergantung pada doaku..walaupun kadang-kala aku macam berputus asa..aku tahu Allah mendengar cuma aku belum cukup kuat untuk menyakinkan yang doaku diterima..
Aku hanya ingin bersama dia..cintaku.....aku hanya mahu dia sentiasa ada disisiku..menyayangi dan merinduiku..walaupun aku kurang mendapat perhatiannya tapi cukup sekadar aku nak dia tahu aku sayang pada cintaku itu...

Khamis, Julai 17, 2014

RAWATAN CHIROPRACTIC

ini adalah gambar bagaiman chiropractic dijalankan


PROLAPSEP DISC P6

Semalam... appoint kali kedua dengan pakar Ortho..awal2 pagi dah pegi almaklumlah hospital gomenkan...ramai.
Masuk jumpa dokto...kali ni dokto yg lain pula..so kena soal semula..then dia tanya macam mana dengan sakit..aku pun cakaplah sakit dimana...dia tetap kata muscle...ye la kot... kemudian diam inta aku tolak tangan dia..dan macam2 lagi..sama macam kali pertama dulu..tapi kali ni dia cucuk2 tangan n jari n minta aku rasa antara kanak dan kiri. Bila aku kata rasa disebelah kiri kurang sikit..dia suh aku cakap betul2..betul la takkan aku nak tifu lak kan..soo..dia tanya takda kurang ke sakit..aku pun tak reti nak jawab sebab aku dah terima kesakitan itu..so dah rasa macam biasa dah pada aku..memang la sakit.

Dia pun kata tunggu lagi 3 bulan..buat x-ray..huhuhu..MRI tu lambat lagi..dia suruh buat fisio lagi..
aku pun terima lah seadanya.....3 bulan pun 3 bulan lah...sebab aku buat kiropraktik tu dah ok sangat...cuma masalah pada c6 aku tu susah sikit nak dibetulkan semula dan bahagian situ bengkak..tu pasal aku masih rasa sakit...



Isnin, Julai 14, 2014

Menjelang Hari Raya

sehari dua ni aku berjalan-jalan membeli pakaian untuk budak2 tu. Budak-budak memang xcited nak beraya. Pusat membeli belah pun dah berkumandang lagu raya. Syahdunya. tapi aku....?
ntahlah...nbertanya pada hati sendiri..aku rasa kosong..tak tahu apakah perasaanku...nak ku kata tak bermakna..hambar seolah2 macam aku tidak beriman..takut jadi kufur..

CHIROPRACTIC P4

Lagi info berkaitan rawatan kiropraktik
sila tekan disini LAGI BERKENAAN DENGAN RAWATAN KIROPRAKTIK

Rabu, Julai 02, 2014

PROLAPSEP - KEDUDUKAN TULANG C6

C6
• otot bagian leher
• pundak
• tonsil
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• leher kaku
• sakit pada lengan atas
• tonsillitis
• whooping cough/ pertusis / Batuk_kokol
• asthma

Itu kesan dari kesakitan pada tulang C6. Hmmm..menurut dokto yg merawat aku, masaah ketara dan serius aku pada tulang C6. Aku boleh merasai kesakitan dan denyutan di situ dan sarafnya hingga ke atas lengan dan jari telunjuk juga jari tengah aku. Tapi alhamdulillah, hampir 60% aku dah ok. walaupun sakit itu masih ada cuma tahap 3 4 sahaja dan aku dah boleh tidur.