NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Isnin, Disember 26, 2011

samsung galaxy y

akhirnya dpt juga aku milik hp ni
ni je yg aku mampu n aku puas hati sgt dowh

Khamis, Disember 22, 2011

Pendam

tadi dengar lagu shahir af8..pendam..tetiber je..ter emo pulekk..
tertiber rasa pedih dalam hati..

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya


memang aku pendam..aku tak tahu lah macam mana..aku selalu think positif..aku taknak ikut perasaan aku sgt sebab aku bukan budak2 lagi nak layan perasaan tapi hatiu gusar nak melangkah pergi..pernah kawan aku tanya..siapa dia pada aku..dalam hidup aku..
aku tak dapat bagi jawapan..nak kata takda apa2..tifu lah aku kan..nak kata takda rasa lagik la tifu..
selama ni pun aku cuba berlagak biasa..mcm takda apa2..namun jauh disudut hati..
aku harap aku tidak terus dibuai perasaan..biarlah aku berfikiran matang..dan aku akan melangkah pergi..kerana lambat laun..berpisah jua..

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


setakat ni aku masih mampu...

Akhirnya..


hurm..akhirnya dari perkhabaran yang aku terima...kawan ku sedang mengusahakan untuk menghantar anak angkatnya ke rumah pemulihan. Walaupun tega tapi dia terpaksa untuk kebaikan anaknya itu. Tak larat nak melayan karenah..asik lari dan ikut lelaki..jalan terbaik walaupun berat hati seorang ibu tapi itu keputusan terbaik... dia berdoa agar ada perubahan nanti..mudah2an..aku pun turut berdoa juga.. biar dicalitkan sedikit keinsafan pada anak remaja tu.. ada ibubapa yang baik,, yang sayang sepenuh hati tapi nak susah2 diri kat luar.. ingat seronok berpoya2 dengan kawan2..sanggup bertandang ke rumah2 orang ..tak ada sekelumit rasa bersalah atau kesian pada mak ayah..yang dia tau bangga dan seronok buat macam tu.. ntah la..nasib kawan aku..nak buat macam mana..terima je katanya sebab kita tak tahu untung nasib kita nanti.. Ya Allah..kau senangkanlah hati dia,,,,

KISAH HIDUP 2011



Bila tengok gambar di atas, rasa macam mendamaikan..tapi bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tioada buaya..hmm buaya ek..tapi pada aku..air yang tenang tu mungkin kita nampat dipermukaan ..di dasarnya siapa yang tahu, tul tak..ntahkan gelora dan arus begitu membadai...
begitu juga dengan manusia..macam aku..napak ok..hepi tapi sebenarnya macam2 cerita suka, duka yang berlakud alam hidupku sepanjang 2011. Walaupun bukan masalah aku sebenarnya tapi kena juga tempiasnya pada aku..
nanti aku akan berkongsi jika masa mengizinkan aku mecoret di blog nih...

Khamis, Disember 15, 2011

Di Persimpanagn Dilema

hmmm dah alama tak menulis di sini. Rumput pun dah makin panjang. Sibuk dengan hidup yang tak habis2 urusan dan sibuk dengan assgmen. Alhamdulillah semua dah submit n tunggu nak exam ajer.Di penghujung 2011 nih, macam2 hal yang terjadi, banyak masalah yang menimpa walaupun hanya sikit yang berkaitan dgn diri sendiri...
sekarang, aku dalam dilema untuk memilih dan membuat keputusan..yg mana satu untuk dipilih. bab kerja tu aku tak kisah sgt tapi susah nak gambarkan..ragu2 dan tak yakin..mampu ke nak menempuh jem tetiap hari dan masa dgn keluarga nanti akan berkurangan..nak stadi lagi..tapi kalao dah 2 3 kali aku dihubungi..mungkin itu dah rezeki aku dan memang tempat tu memang utk aku..
cuma aku gusar...mungkin sayang nak tinggalkan tempat sekarang tapi dulu aku jugak yang nak kua dari situ kan..
tuhan tu maha mengetahuikan..dia dah atur elok-elok..dan jalan yg ditunjukkan pada aku ni mungkin ada hikmah yang tersembunyi, saiapa tahukan tapi aku masih gusar mengikut kata hati..aku memikirkan yg negatif kot..
ntah la..penin..apapun aku nak kua jalan bandar Taiping dulu..nak g maxwell Hill pun tak jadi sebab terlambat bangun..

Sabtu, November 19, 2011

Cerita tentang hidup...



hurm..sejak kebelakangan ni macam2 masalah yang ak dengar..walaupun bukan masalah ak tapi berkait juga dgn hidup ak..tak nak amik tahu pun tak boleh..kalau ambik tahu pun..ak juga yg sakit kepala..tapi nak buat mcm mana..nak tak nak i have too..
kadang2 ak terfikir..hidup tanpa cabaran menjadikan hidup kita seakan tak bermakna..macam mendatar je..lurus....tapi hidup yang penuh dengan likulikunya menjadikan kita sabar..menguji kita..menduga keimanan.. cumaa..
ya cuma ketabahn kita menghadapinya..kalau kita kuat,,kira ok kan
tapi kalau sebaliknya..adakah kita akan hilang pertimbangan...hanya diri kita yang akan memilihnya..tapi bagaiman kita nak bantu jika seseorg yg ada kaitan dgn kita tersalah pilih hanya kerana kegagalan hidup..kita tak boleh membuang dia macam tu aja..tapi kalau dia sendiri tak nak berubah...apakan daya kita..ak akan cuba dan berusaha..walaupun berbagai masalah..ak akan cuba..moga Allah beri kekuatan..walaupun ak tahu ak cuba boleh berusaha..pokok pangkalnya..diri dia sendiri..nak berubah atau tidak..
cerita tentang hidup memang takkan habis..

Selasa, November 08, 2011

Sleep Apnea?

1st time ak dengar istilah tu...bukan dengar tapi baca surat doktor refer seseorg ke klinik ENt. So ak pun tanya lah pakcik google..so ak terjumpa artikel ni..mungkin boleh di kongsi dengan semua apakah itu sleep apnea..sila baca dibawah ini untuk mengetahui apakah sleep apnea itu..

Sleep Apnea: Kelainan Tidur Yang Dapat Berakibat Fatal

Sleep Apnea merupakan gangguan atau kelainan yang ditandai dengan reduksi bahkan penghentian napas selama tidur. Kejadian ini umumnya terjadi pada orang dewasa dan sangat jarang terjadi pada anak-anak. Biasanya kondisi ini berhubungan dengan pengalaman penyakit seseorang. (Gambar 1 Skema Jalan Napas dan Obstruktif Pernapasan Pada Penderita Sleep Apnea)

Periode apnea selama serangan terjadi penurunan atau perhentian pernapasan secara tiba-tiba, selama 10 detik atau lebih. Jika penghentian bernapas sepenuhnya atau waktu kurang dari 25% dari napas normal dalam jangka waktu yang berlangsung selama 10 detik atau lebih. Hal ini meliputi penghentian aliran udara yang berdampak penurunan sekitar 4% oksigen dalam darah, sehingga secara langsung menyebabkan pengurangan transfer oksigen ke dalam darah.

Gangguan ini biasanya terjadi selama tidur. Ketika Sleep apnea ini terjadi, orang tersebut akan mengalami gangguan tidur karena gangguan pernapasan dan berkurangnya kadar oksigen dalam darah.

Dalam ilmu kedokteran, gangguan pernapasan dan keparahan gangguan tidur ini, diukur berdasarkan Apnea-Hypopnea Indeks (AHI) yaitu suatu indeks keparahan yang menggabungkan apneas dan hypopneas. Gambaran tingkat keparahan dari keseluruhan sleep apnea ini, termasuk gangguan tidur dan desaturations (tingkat rendahnya oksigen dalam darah). Indeks lain yang digunakan untuk mengukur sleep apnea adalah gangguan pernapasan indeks (Respiratory Defect Index).

untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini ---> http://www.kabarinews.com/article.cfm?articleID=34320

Sabtu, November 05, 2011

Jari oh jari


emm gambar kat atas tu adalah gambar jari my mum dgn sorang pakcik tu.. 2 2 ada diabetes..pakcik tu kata jari dia tetiber itam jer..dah kena buang tapi tak semua..separuh ajer..hmm..bila tgk.., yang potong kaki..yang takde jari..bimbang jugakkan..tapi alhamdulillah...jari bonda dah makin ok..sebulan lagi baik la..kalo pantang makan suma..bukan pantang jumpa..

Sabtu, Oktober 29, 2011

Lari lagi..

ermm...lari lagi..ntah kali keberapa. naik sakit otak orang yang membelanya. taktau la apa yang anak remaja baru 15 tahun tu fikir. hari tu parent dia g cari..jumpa kat umah kawan yang tinggal dengan ayah dia ajer..umah kayu mcm umah setinggan tapi dia suka duduk situ..senang takda org kontrol..pastu siap kantoi kena tangkap duk melepak dengan tiga org kawan lelaki kat padang mainan dalam gelap..kena hantar ke balai polis, kena warning dan torture.. tapi
ishh lari lagi..tak takut betul nak remaja nih..dah la awak tu perempuan..
parent dia kata biarlah..dah sakit otak nak fikir dan nak cari kat mana..apa2 biar dia tanggung sendiri
sian kan kat parent tu..tak tahu nak kata apa..kita pun ada anak tapi ntah la..mungkin ini dugaan jaga anak angkat..nasib dapat yang bermasalah macam tu..sian parent tu dah panjat merata tempat dan dah pergi ke JKM, nak minta bantuan selesai masalah anak remaja yang suka sangat lari ikut kawan tapi jawapannya..amik masa..kena masuk mahkamah dan bla..bla..bla..JKM cadang pegi ke pejabat agama..pun tak dapat membantu..bertambah penin parent tu..
bukan tak bagi didikan agama, bukan tak ajar tapi anak remaja tu tak boleh di ajar..taknak dengar cakap..tak tau la apa yang difikir..fikir seronok dan tak fikir masalah2 yang akan timbul dan akan dihadapi..nanti yang susah..parent tu juga..
adoii...ak pun no komen..susah nak cakap..ni ke sikap remaja-remaja sekarang..dulu orang duk salahkan parent tak tau jaga dan tak amik kisah tapi dalam kes nih..parent ni buat macam2 dan kontrol, amik tahu kawan dan kat mana anak remaja tu pergi..tapi dalam kawal pergerakan anak remaja tu lari jugak lagi..
Apa korang pikir..
parent tu kata..kenapa la dapat anak angkat yang macam nih..kalo tau nak jadi macam ni..tak amik jaga dari awal2 lagi..tapi tu la..kita tak tau apa yang akan berlaku seminit kedepan nanti kan..
ak pun tak tau nak cakap apa..doakan terbaik untuk parent tu aja..sian kat diaorang tu..tak habis2 sakit kepala nak layan karenah dan perangai anak remaja yang sorang tu...

Jumaat, Oktober 21, 2011

Susah ati...BestFreeDesign.Com border=

hmmm..hari ni dah seminggu bonda kuar hospital dan dah seminggu juga rutin harian pagik2..siapkan bonda dan bawa g dressing..dah jumpa ortho dan lagik 2 minggu kena jumpa lagik. Mudah-mudahan luka bonda cepat baik walaupun dibahagian sendi tu mcm ada nanah sikit. Setakat ni, kua air bisa so asal 2 hari sekali kena lah hari2 g cuci.
Tadi dah beli 'wilcha" kat bonda, harga rm490. berat 6kg jer, ada beg dan senang nak bawa, lepas nih boleh bawa bonda jer tak payah 2 orang kena pegi klinik. Kalo sebelum nih tetiap pagi kena g kaunter sengih2 sambey hulur ic dan amik kunci untuk amik wilcha klinik, so pasni tak payah dah nak amik kunci hari-hari..perghh hari senin nak bawa wilcha baru bonda lalu depan kaunter sambey sengih2..mesti penjaga kaunter tu kata..uiks beli wilcha baru..hehehe bukan niat nak tayang tapi menyenangkan diri sendiri aja.
hurmm post susah hati..susah hati sebab sel mati kat bekas luka macam membesar..tanda yg kurang elok..sepatutnya mengecil..susah hati kedua sebab satu hapa assgmen pun belum siap..aka belum sentuh pun lagik..uwaaa...
memang ngah susah hati..awal 1 Nov dah ada yang kena submit..ho ho hooo...
kena juga buat lepas nih.. BestFreeDesign.Com border=

Ahad, Oktober 09, 2011

Selepas operation






keadaan tangan bonda selepas operation..kena jaga betul2..kena pantang makan suma..tadi ada nanah lagi tapi harap ok la pasni..jangan ada jangkitan lagi..sian kat bonda

Sabtu, Oktober 08, 2011

Jari Bonda

08 Oktober 2011
12.00pm - masuk bilik bedah
01.00pm - selesai

akhirnya jari bonda dipotong juga setelah usaha untuk menyelamatkannya tidak dapat dilakukan. Kami adik beradik terima keputusan doc demi menyelamat jari-jari lain dari dijangkiti kuman..

jari bonda...

Selasa, Oktober 04, 2011

alahai..jari emak

hmmm..elok je sampai KL, dapat kol dari adik..katanya jari bonda yang bengkak dah bertambah teruk..doc suggest masuk hospitall..so aku pun kol adik minta dia relax dan minta surat rujukan ke Selayang Hospita.
3 Oktober 2011 - jam 11.30 pm adik dan bonda tiba di Hospital Kl.
Selesai pendaftaran..check doc..doc kata kena insulin untuk reduce diabetes..then dia nak rujuk ke pakar tulang..so memang kena admit..
jam 12.00 malam masuk dalam wad sementara..pastu g x ray..
di katil 13. bonda merehatkan diri..hampir jam 3 pagi baru datang doc tulang datang n tgk..
so da maklumkan..dia akan buat sedaya upaya untuk bersihkan nanah semua tu..pastu kalo tak effect pada tulang kira oklah..tapi kalau effect terpaksa di potong jari untuk elak lebih teruk
jam 5.45 bonda naik ke wad 9A hospital selayang, alhamdulillah dapat 1st kelas..
sampai jam 11.00 pagi aku tak tido..ni macam mengong jer..
sian bonda menanggung sakit..
doc kata da terlambat..kalau la doc di KK tu awal2 bagitau suh refer pada doc takda kitaorang tunggu lama-lama macam nih..ngatkan ok..dia pun tak cakap apa-apa..
takpelah..nak buat macam mana
harap jari bonda tak ada apa-apa dan aku bercadang nak amik cuti separuh gaji untuk jaga bonda

Ahad, Oktober 02, 2011

mengerikan..semua kerana DIA....

perghhh...memang mengerikan..apasal la aku boleh tertengok..
semuanya bermula bila dapat panggilan telefon dari adik aku..
balik la tangan bonda bengkak..merening2 tapi tak tahu kena apa..
hmm oleh sebab ada appointmen doktor dak dush2 dan bz audit..so aku kata tak janji..
pagi khamis 29 Oktober..adik aku kol lagi..tangan mak dah bernanah, katanya
ok, bawa g kinik tgk doc cakap n buat apa..
so..gedebuk..gedebak..adik aku pun bag tau lagik..doc dah potong and cuci nanah tu..gula bonda pun tinggi samapi 20..
so..pk punya pk..aku jadi tak sedap hati dan kul 6pm apa lagik..weng weng weng la aku start enjin keta dan balik...hari jumaat aku amik cuti..
hari jumaat bawa bonda g dressing...em..masih ada nanah lagik..bonda pun menahan aje kesakitan
Hari Sabtu kena bawak juga g dressing tapi di klinik lain sebab cuti..masa nnak bawa bunda masuk bilik..
MASYALLAH..
TERPANDANG KAKI MAKCIK SORANG TU..
PERGHHH..MENGERIKAN..
semua jari kaki dia tak ada..napak isi jer..merah..
meremang mulu roma aku..macam mana lah boleh terpandang
tadi pagi ahad,, g dressing makcik tu ada lagik tapi dia datang lambat sikit,,masa bunda dah siap..nurse dah panggil dia masuk..seb bek nirse tulak bunda kalo tak terpaksa la tgk lagi kaki dia,,
adehh..semuanya kerana DIABETES..
katanya asalnya jadi ketuat,,dan dalam masa 5 hari dah jadi macam tu..mulanya buan 2 jari,,,dua hari pastu buang lagik 2..pastu buang semua sebab dah mati jari kaki..
adaoii..insaf aku..tapi tak juga sedar2..sebab aku pun ada keturunan macam tu..
kena jaga..mudah2an tak jadi macam tu,,

tangan bonda yang bengkak sebab jari..ni pun dah surut sikit

Isnin, September 26, 2011

masa sibuk datang sudaa

adehh...
bz..bz..bz..nyer sampai nak updated blog pun tak sempat. banyak nak diceritakan kat sini, pasal dak dush-dush masuk ward dan macam-macam lagik tapi disebabkan kelas pun dah bermula, semester 2 yg agak mecabar dengan assgmen yg agak taf, kena buat blog untuk assgmen ada 30% markah tu kat situ, seb bek la mokcik ni kategori buleh la jugak nak memblog nih cuma bila nak masuk animated tak menjadi, keluar kod2nya ajer..grrr...jugak tapi tak pe..kena cuba lagik..
dan dalam minggu nih juga pasukan audit nak turun check kat tempat keje mokcik,,ish2.,nak kata mokcik terlibat tak jugak..tak terlibat pun tak jugak..harap2 suma dokumen yg mokcik tolong check tu dah ok dan dibuat penambahbaikan serta ada tindakan pembetulan..dan harap2 tak banyak le teguran..ada OFI ok lagik jangan sampai dapat NCR udah ler..
mata dah ngantuk tapi ada keje yg malas tol mokcik nak siapkan..dah berminggu2 duk usung p usung mai folder tu tapi tak juga mokcik sentuh dan mula semak..
huhuhu..kena buat jugak sebelum audit..
myspace layout codes

myspace layout

Khamis, September 15, 2011

Sambutan Kemerdekaan ke 54 dan Hari Malaysia

this slide show B4 16 September 2011.. this picture taken before the event. Enjoy it

Ahad, September 11, 2011

Fikir salah tak fikir salah..jadi semua serba salah

hmm..teringat lirik lagu tu..tegur salah tak tegur salah..jadi semua serba salah..
tu la topik sebenarnya..pernah tak kowrang rasa serba salah..rasa 50 - 50 ajer.hati berbolak balik..fikiran bercelaru..
Masuk hari ni dah seminggu saya tak pergi tempat kerja..bukan ponteng tapi terlibat dengan persembahan merdeka ke 54. dan sepanjang minggu ni juga saya ambil masa untuk berfikir..nak pindah atau tidak..
kakak tempat kerja kata..jgn la pindah lagi..
boz 1st kata..walaupun tempat kerja jauh..kira satu penghormatan sebab saya diminta bertugas disitu..
kawan-kawan pula kata..bukan senang tau..satu penghormatan tau ko kena g situ..
tapi...
arghhh...aku semak otak nak pk..bukan ikut hati aku yang dah kosong no..senang cakap memang aku frust dgn sikap sesetengah org kat situ..walaupun aku ada kuasa tapi aku tak boleh buat apa-apa..penat jer aku nak buat yang terbaik. nak naikkan prestasi tapi aku aja bersemangat..
aku cuma harapkan kerjasama..tapi ishh susah aku nak luahkan..
aku ni banyak sangat meminta ke..banyak mengharap ke..atau banyak songeh..
bila pk..aku jadi pening...aku sedar..masalah dimana-mana sama aja..cuma..
apa pun..aku baru je hantar borang pindah..
aku redha ajer la..dapat ke tak nanti..

Khamis, September 08, 2011

Selasa, September 06, 2011

Kening atas sebelah kiri bergerak-gerak..ape tandenye ye

haishh..sejak dari raya ketiga lagi kening atas sebelah kiri ni asik bergerak-gerak samapi la hari nih..apa tandanya ya..kata org nak tangok org jauh..atau nak menangis..bergantung pada seseorang individu tu la..kalau nak tgk org jauh tu..senang la sikit hati..tapi bab nak menangis tu yg cheq tak berapa nak gemar tu..dah lama tak menangis nih dan dah lama jugak la kening atas belah kiri cheq duk bergerak-gerak lagu nih..apa tanda nya ye...ada yang tahu tak..boleh angkat tangan..
cheq cari-cari kat incik gugel..terjumpa la benda nih ---> boleh kot dikungsi bersama tapi tak la sampai percaya kan..apapun semuanya ketentuan tuhan

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

sumber -->http://wanzeedee.wordpress.com/2010/01/13/tanda-kelopak-mata-bergerak-eksklusif/

Indahnya Beraya Didesa

tengoklah gambar budak2 tu..seronoknye duk main pasir..almaklumlah kat rumah sekrang susah nak jumpa pasir macam tu..ni masa raya ketiga..bukan main lagi guruh berdentum dentam..ingatkan hujan tapi tak jadi..so diaorang pun buat la ujan sendiri dengan air paip..siap menari2 lagi pasang lagu trouble is a frenz.. nasib baik tok tak pot pet pot pet bising tengok cucu-cucu duk main pasir macam tu..

Isnin, September 05, 2011

Kisah Mercun Tarik Cartoons Myspace Comments

ha ha haaa..ops..sorry ..tiba-tiba jer tergelak. actually i'm luanghing after read this post about "mercun tarik" at http://kadikluang.blogspot.com.
This story about mercun tarik. it's so funny.
Terus mengimbau kenangan zaman kanak2 dulu..mercun ni memang famous lah..macam ustad tu bagitau..ikat kat pintu pastu bila owg bukak je n meletup mesti orang yg ikat tu gelak terbahak2..seronotnye.. pastu kalau nak shock kan orang kita g dekat2 dan tarik tepi telinga dia..suke suke sukenya. tapi kena tarik kuat2 baru dia meletop..kalau takat pelahan2..tak jadi ape pun..dan mula-mula main memang takot..so ikat kat besi tingkap baru tarik tak pun ikat dengan benang bagi lagi panjang..baru tarik..dalam takut2...lelama makin expert...masa tu tak berani nak kacau orang dengan mercun tarik tu..hahaha dan selain dari ikat kat pintu..macam dalam gambar nih pun ada jugak..ikat kat basikal kawan-kawan..bila dia kayuh jer..pom pom pom...yu huuu huu betapa seronotnyaaaa

Selasa, Ogos 30, 2011

Cartoons Myspace Comments
OMG!!!!!!!!! it happen again - xcident..


omg! omg! its happen again on 1st day of hari raya..oh my car got scrath on the back.
adush apasal la ko g langgar keta aku nih..baru nak lawa keta aku dah bercalar kat belakang. Ianya berlaku ketika aku sedang parking di tepi jalan dekat Guardian Taiping..keta kenari tu nak masuk paking dan salah amik side...bergego-gego keta aku masa bergesel tu..
hmm..aku pun bertindak kejamss la dengan that two chinese lady. Dia minta kurang untuk cat tu..im say. i'm sorry..saya nak kereta saya lawa semula..mcm mana aku kena dengan sorang ahso tu masa aku langgo keta dia..macam tu jugak aku keringkan hati aku.balas rasa sakit ati kat dia 2 org la..dah bioncang2 dia pun setuju bayar untuk cat..siap bagi alamat untuk tengok bil..whatever..i'll send u a bill..

Persiapan sebelum raya

hari ni Isnin 29 Ogos..pagik2 lepas subuh sempat terlelap jap pastu kul 7.30 dah bangun dan mula memproses bahan2 untuk membuat ketupat dan rendang. Adoii mata ngantuks sebab tido lambat pastu bangun saho..tapi aku suka buat kerja cepat2 nanti boleh rileks tambah2 puasa2 nih.
so, kerja dimulakan dengan isi beras dalam daun ketupat pastu rebus..minimanya 3jam..sambil rebus ketupat aku blend bahan2 untuk buat rendang seperti serai, lengkuas, halia, cili dan lain. Oleh kerana dapur tak banyak..aku masak rendang daging dulu..dah siap rebus ketupat nanti aku wat rendang ayam pencen kat dapur besar dan masak kuah kacang di dapur yang masak rendang. Jam 3.30 petang aku dah siap suma juadah untuk raya nant.
Selesai memasak aku pun terkedang keletihan sebab aku la yang berlumus tungkis masak sowang2..nak harap kakak, adik dan aik iparku..hoh takat tolong makan boley la..tapi tak pa la..dah memang jawatan chef cook dalam keluarga aku yang pegang..harap2 bukan secara tetap dan berpencen la..biar lepas nih anak2 buahku yg ramai pompuan pulak boleh amik alih jawatan tu..

Early in the morning, I struggled in the kitchen, put rice in ketupat then wash the chicken and beef. I started boiling ketupat. Ketupat be boiled for three hours. While boiling ketupat, I provide the materials to make shady.
I started to cook rendang meat first, then I cook rendang chicken and peanut sauce.
At 4 pm, I was finished all the work. its so tired because I cooked all myself, sister and brother only can hope to eat the finished but I was glad not to mention the family's best ..I'm anxious to wait for raya (sorry because i'm not good in english)

Ahad, Ogos 28, 2011

Cerpen - "mana mak?" = di emel oleh seorang kawan

Jam 6.30 petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, Along mana?

Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.

Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?

Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.

Ayah tanya Mak, Ateh mana?

Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?

Ayah tanya lagi, Adik dah balik?

Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, Mana Mak?

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu.

Ayah tanya Angah, Mana Mak?

Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu.

Ayah tanya Ateh, Mana Mak?

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, Entah.

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, Mana Mak?

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.

Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.

Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.

Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi.Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.

Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada
kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih.
Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.

Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak
waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.

Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?

Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri,pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Jumaat, Ogos 26, 2011

Titipan rindu buat mu...

Lebaran bakal menjelma tidak berapa lama ajer lagi..dan aku amat merindui dia. Sesungguhnya dan sepenuh hatiku..dalam hatiku sentiasa ada dia..dan sentiasa hidup..walaupun yg tinggal kini hanya pusara dia.
Maaf, bukan aku melupakan mu, maaf juga kerana aku tidak pernah mengunjungi pusara mu bukan aku mahu melupakan dan bukan aku sengaja..cuma sesungguhnya aku tidak mampu mengagahkan kaki kesitu..kali terakhir aku mengunjungi mu 18 tahun dahulu,,aku menangis bagaikan org gila di tepi pusaramu..aku tak mahu dan tak boleh tahan perasaanku..sehingga hari itu..aku tidak pernah lagi menjejakkan kakiku kesitu..dan sehingga aku menitipkan rindu ku padamu di sini..air mataku mengalir..bila terkenangkan dirimu..aku jadi emosi dan kesedihan itu masih ada dalam hatiku..bukan aku tak redha melepaskanmu..lama dulu aku telah belajar menerima kehilanganmu tapi aku masih tak mampu membuang rasa sedih ini jauh-jauh,,aku rindu saat pertama kali menyambut raya bersamamu..dan suasana itu masih segar dalam memori sehingga kini..kau sentiasa hidup dalam hati ini dan tak pernah mati kerana dalam dirimu ada diriku..tenanglah sayangku..syurga itu telah pasti bagimu kerana kau masih putih tanpa dosa sewaktu meninggalkanku..dan lebaran kali ini pun aku masih tidak mampu untuk menjejakkan kaki mengunjungi pusaramu..kerana aku tak mahu peristiwa 18tahun dulu terjadi lagi kali ini..

Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya

Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang maha esa
Di pagi raya

Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu

Ahad, Ogos 21, 2011

tetiber teringin nak buat kue gunting

tetiber teringin nak buat kue gunting..baru teringin tapi tak tau bila nak buat..tunggu pas raya kot sebab boleh rasa..ni resepi yang aq dapat dalam internet
Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)
Cara-cara 1.Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh. 2.Gunting n goreng.

Resepi ke2
1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya
1.Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
2.Tuang bahan kisar kedalam tepung
3.Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
4.Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
5.buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
6.Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
7.Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
8.Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
9.Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
10.Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
11.Siap untuk dimakan

Lebaran Ini

Lebaran Ini

lagu raya yang aq suka..beshhhh

Persiapan Hari Raya

tup tap tup tap dah 21 hari kita berpuasa..kejap aje masa berjalan..tak terasa pun..lagik semilan hari kita dah nak raya..sebenarnya aq duk ingatkan kita raya 1hb semilan tapi rupa2nya 30hb dah raya..adush..nape lah aq leh pk macam tu dan aq rasa macam cuti pun lama jer..pada hal seminggu lebih jer..
Persiapan hari raya? mcm mana persiapan kowrang. Aq setakat biasa2 jer..ala kadar dah alhamdulillah dapat bonus half gaji kira oklah kan dari 5rat jer..boleh tambah2 ape yg patut utk mak ngan abah..
Baju raya budak2 tu dah beli..baju raya aq sepasang je..cukuplah..yg penting budak2 tu..kasut pun dah beli..kat tok pun dah beli jugak cuma kat tokwan budak2 tu ajer yg belum....tgklah nanti nak g cari..
kuih raya pulak aq tak penah buat pun..dulu2 rajin ler tapi 5 6 tawun kebelakangan ni.,,beli jer sebab aq tak tahan bau majerin ke butter ke planta ke ape2 je la..nanti aq penin and terbaring
Tawun ni aq tumpang beli kue raya kat kawan aq..dapat murah so aq beli nam jenis jer...jadilah daripada takde langsungkan tu pun dah tinggal separuh sebab dak dush-dush duk makan..sempat sampai raya ke tak kue tu..ntah ler..harap2 la kan...


Kisah Seram Jalan Gerik Laughing man

AQ COPY DARI BLOG sUMBER iNFORMASI tERKINI

Segmen cerita seram kali ni berkaitan dengan kisah seram jalan Gerik dan merupakan kisah benar yang dilakonkan semula dalam bentuk dialog untuk memudahkan semua pembaca..


Kisahnya bermula begini................




"Mak..Mail balik dulu mak",


"Mail..... Mak kata jangan balik malam ni, pagi esok jela balik dah pukul sebelas ni...".


"Tak boleh mak Mail kena balik malam ni jugak, banyak kerja kat office tu tak sempat siap nanti...".


"Mail balik esok je la, bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni sesorang, bukan dekat Baling ker KL tu......


"Tak apalah mak, Mail balik dulu..Mak jangan risau..Assalammualaikum". Mail mengucup tangan ibunya dan terus memasuki kereta Myvi yang baru seminggu dibelinya..


"Emmmmm.... Boring betullah.." Rungut Mail seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Usop Wilcha berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada dashboard keretanya, detik jam 2 pagi, hampir 3 jam Mail memandu sampai naik kematu punggungnya. Ditolehnya kiri dan kanan, jalan semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yang ditujui setelah seminggu menyambut hari raya dikampung


"Emmmmm...baru sampai Grik ni...Jauh lagi....."

Tiba-tiba Mail terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula terngiang kata-kata temannya " kau kalau balik KL tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area jalan Gerik tu....Kemalangan selalu terjadi sebab ramai orang selalu jumpa makhluk ghaib......"


Namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, dikuatkan jugak semangatnya.

"Aaaarghhhh........Mengarut jer...Mana ada hantu .... Sekarang ni zaman teknologi, internet..Mana ada hantu..." kata Mail sambil mententeramkan hatinya yang memang tidak tenteram....

Mail masih lagi melalui jalan Gerik dan ditekannya pedal minyak seperti biasa dan jauh dihadapan, Mail terpandang kelibat objek putih yang terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali. "Hantu ker?"Soal hatinya......

"Arghhhh..Mana ada hantu" Dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......dan semakin jelas pandangan Mail terhadap objek tu, kelibat seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan.

Kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. Dalam hatinya berkata..."Buat apa mak cik ni sorang-sorang tengah malam kat jalan ni??"

Lalu Mail memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa untuk menumpangkan perempuan tua tersebut.....


"Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... Bahaya sesorang malam-malam ni" segera Mail membuka pintu......Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.

Kemudian perempuan tua tersebut masuk dan terus menutup pintu kereta...."Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Mail sebaliknya memalingkan mukanya ke bahagian luar..

Perasaan takut Mail datang lagi bila mendengar suara perempuan tua tersebut.......Garau dan sungguh menyeramkam........

Dengan beraninya Mail bertanya.."Aa aa apaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu" kata Mail terketar-ketar......

Dengan nada dan suara yang garau perempuan tua tu lalu berkata..."Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Mail


"Apa darahhhhh!!!!!!!!" Jerit Mail dengan terkejut beruk, peluhnya semangkin banyak memercik.....Mengeletar anggota badannya dari atas sampai ke bawah tapi terpaksa Mail melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas ke tepi jalan..

Perempuan tu berkata lagi.."Yaaa....Anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir........"Kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semakin kuat anggota badan Mail mengeletar......Ditolehnya kearah perempuan tua itu........Tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"Burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" Tiba - tiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ Burghhhh......Burghhhh........Burghhhh!!!!!!!!

Melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang belakang kereta.Mail mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut "Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"

Dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Mail.


"Hiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........." Sambil mengilai dengan suara yang kuat perempuan tua itu lantas berkata.....






























" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZEE !" Crying with laughter






Sumber http://www.zuarxpdc.com

Khamis, Ogos 18, 2011

Think..Think..and make a decision

its so hard to make a decision..cewwh ckp omputih lak..tak tau la betol ke tak..i've to think..think and think to make a right thing..huhuhu..
so..kalau ikut kata hatii..hati pun tak tau nak ckp apa sebab hati sedang berbolak balik dgn mcm2 rasa tapi selalu org tua2 kata jgn ikut hati,,,nanti mati..jadi kena la wat timbang tara..byk sgt perkara yg tak pasti..haishh susah betul sedangkan dah terasa tawar nak terus berada di sini..sedang berkira-kira nak buat perubahan..kena berani mencuba..tak cuba tak tahu kan..tapi kena berani la..
percaya pada diri chachachaa..yeahh..Picture Comments Myspace Comments
suzihanis.com

Rabu, Ogos 17, 2011

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri - Awasi Panggilan dari Penipu..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

sengaja ak poskan berita diatas kerana baru-baru ni pada 16hb Ogos 2011 jam 9.48 ak menerima panggilan dari no 20267949 dari seorang lelaki berbangsa cina yang mengakui wakil dari EON Bank. Dia tak kenalkan nama tapi dia bagitau ada permohonan untuk tambah credit limit pada mastergoldcard EON kepunyaan ak.
Ak diberitahu yg penggunaan mastercard tu menjadi sensasi di Pulau Sentosa Singapura kerana perbelanjaan hampir 9520hengget pada 3.7.2011. Wah..terperanjat bewuk gak ak..mana ak penah g Singapura,,pasport luo negara pun ak takder..tambah2 hubungan dgn EON Bank..pun takde langsung. menggeletar satu badan, macam nak nanges.
Pastu dia kata ni nama puan kan..no i/c puan dan bla bla bla..
ak pun kata..ye betul tapi saya takde n tak guna pun mastercard tu.
So, dia bagitau nak tolong ak dan htr repot pada bahagian pemalsuan kad kredit di Bank Negara dan pegawai bank negara akan kol ak untuk dapat maklumat.
Siyes gella..ak tak terfikir langsung tu satu penipuan ke ape..memang tak terlintas dan dia bagi maklumat ini kat ak:
maklumat kad : EON Mastergoldcard
credit limit : 10,000 hengget
Tarikh permohonan ; 6 .6.2011
Tarikh lulus : 30 .6.2011
Tempat memohon : EON cwgan Kota Bahru
Alamat permohonan : 430, Lrg 3, Tmn Cempaka, 15400, Kota Bahru Kelantan
ak pun ngah kompiden menyalin dlm hp..pas je dia letak tipun,,ak dgn masih menggeletar tewus menanges..huhuhu biasa la owg pompuan walopun napak macam kental tapi hati tisu gak beb,,owg yg ngah drive sebelah tanya nape lak a nanges.. ye la..risau tau..takkan bodo je nak bayo sampai 10hibu yg ak tak guna tu
Tak sampai 5 minit, ak dapat panggilan panggilan dari 0326988044 seorg pompuan cina lak yg kol menyatakan beliau wakil dari Bank Negara dan baru dapat faks dari EON yg bgtau ak kena penipuan kad kredit.
Masa tu masih tak leh nak PK jugak lagik..ak pun bagi la maklumat yg lelaki cina tu bagi tadi dan bla bla bla dgn pompuan cina tu..
AK TANYA JUGAK KAT DIA PATUT TAK AK WAT REPOT POLIS pasal kes nih..
dia pun kata EH TAK PAYAH SEBAB BANK NEGARA DAH AMIK KES NIH DAN AKAN BUAT SIASATAN SECARA TERTUTUP. DAN JANGAN BAGI TAU SAPER2 PUN SAL KES NIH.
eh ak ckp, ak kena bagitau dgn boz ak sebab hari2 yg dia bagitau tu ak bekerja..nanti ak kena minta pengesahan dari boz ak..
DIA KATA TAK PAYAH.
Pastu dia kata UNTUK MELINDUNGI SEMUA DUIT AK YG ADA DALAM AKAUN, BANK NEGARA AKAN MENWUJUDKAN SATU SISTEM KESELAMATAN..
wah bila dia ckp macam tu, tetiber ak teringat sorang kawan ak terkena dann habes duit dia dekat 5ribu kena tifu dan transfer..
jadi ak pun cut dia cakap..
AK TYA DIA ,,I KENA BAGI KAT U NO AKAUN I LA YER..
DIA KATA YA..
apa lagi ak pun kata la..I RASA I LEBIH SELESA KALO DPT JUMPA U DARI BERBUAL DLM HP MCM NIH..SO DIMANA I BOLEH JUMPA U, SEKARANG JUGA I G KE BANK NEGARA TU SEBAB I DAH TAK JAUH PUN.
DIA PUN BAGI TAU NAMA DIA MS LIM, DIA KAT TGKT 3 BLOK D BANK NEGARA
dan terus panggilan diputuskan
tetiber ak dapaat semangat dan terasa mcm ini satu penipuan,,ak pun pegi cari jiran yg kebetulan anaknya keje di BNM, dia bagitau Blok D tu memang ada tapi setakat tgkt 1 ajer..tgkt 3 takde..so atas nasihat dia dan untuk keselamatan..ak pun buat ripot polis tentang kejadian tu dan dgn ripot tu ak g semua bank yg ak ada ( 2 jer pun hahahaha ) untuk cek duit yg 2 3 hengget jer tu..alhamdulillah..ak bersyukur sebab tuhan masih lindungi ak dari di tifu..tu la kita jgn cepat panik dan melatah mcm ak memula tu..
Pastu bila ak g ofis ada sorang kawan ak tu dia n asben dia pun dapat panggilan mcm tu dah siap bg no akaun. Ak minta anak buah ak tolong check kan dan alhamdulillah sebab baki dia pun tak banyak..so duit dia tak dikeluarkan..mungkin dia amik duit yg banyak ribu2 je kot..
so (ala-ala Pak Jabit dlm antu kaklimah) harus lah kita beringat dan berhati-hati bila terima panggilan-panggilan yg macam nih tak kira la yg nak suh masuk insuran ke ape..terus jer kata tak berminat dan jgn layan..sama-sama lah kita ingat mengingati..
dan bila tingat balik yg ak beria-ia nanges bagai tu HA HA HA HA..mcm bodo jer..tapi apa pun sebbek ak tak kena tifu..adooiiai
Animated Pictures Myspace Comments
suzihaniz.com

Ahad, Ogos 14, 2011

OWH PUDING KARAMELKU.....TIDAKKKKKKKKKKKK

hari ni masuk hari ke 14 kita berpuasa..so cuti hari minggu ni ak melepa kat umah ajer..layan astro..tetiber ajer teringin nak makan mi kari dan puding karamel, tapi bahan2 nye takde la pullok..em na beli macam tak best jer so memang nak kena masak jugak ni..tepat jam 4.30 lepas layan citer deru ombak, gedebush gedebash..ak pun berlari ke tesco atau steco (kata izkandar)mencari bahan2..makk aii ramainya org dan amik masa hampir setengah jam gak la ak beratur nak membayar barang2 tu.. ak baca juga ada tertulis JIKA ANDA MELEPASI GARISAN HIJAU, KAMI AKAN MEMBUKA KAUNTER LAIN UNTUK ANDA..ak pun jeling kiri kanan tgk kaunter lain suma berderet2 tapi takde pun kaunter baru dibuka..
ok berbalik pada mi kari..sampai ajer umah jam nam petang, ak pun mula operasi memasak mi kari..tang tung tang jam nam setengah siap la ak memasak kuahnya dan merebus sayur serta mi untuk berbuka puasa..

Sekarang, time untuk membuat puding karamel..berbekal resepi yg ak dapat dalam internet, ak pun mula membuat karamelnya..gula hangus..mula2 ak masak gula bila dah cair ak masukkan air..omak aii tergezut bila tetibe jer gula jadi keras..ak berlari tgk resepi lam laptop kat bilik..owh rupanya kena masak sampai la gula tu cair semula..sambil2 tu ak pukul telur dan gula..bila siap semua..ak pun sedia lah untuk mengukus
alamak!!!!
loyang tu beso dan muat2 jer dalam periuk kukus ak..nak tak nak sebab dah takde loyang lain ak guna jugak la..
tepat 45 menet..ak tutup api..ahhh sudah, mcam mana ak nak terbalikkan masukkan lam pinggan ni..loyang tu melekat kat periuk kukus..payah sungguh..
bersungguh2 ak meminta bantuan kakak ak untuk tolong terbalikkan..tapi tak boleh jugak..last3..ha ha dapat juga dialihkan kedalam pinggan tapi..
OWHHHHHH TIDAKKKKKKK..PUDING KARAMEL KU HANCUR DAN TAK BERUPA..adoii
jadik memang jadik tapi tu la hancor..ish tak leh jadik..nanti nak kena buat lagik dan kena p beli loyang yg kecik sikit..
hanya bahagian ni yg agak elok yang dapat ak amik gambo puding karamel

Memori Tercipta - Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Love Myspace Comments
SuZiHaNis

Jumaat, Ogos 12, 2011

Making of Merdeka 54th 2011

Merdeka 2011 bermula dengan perjumpaan serta mesyuarat penyelarasan sejak 2 minggu lepas. Kemudian, sedang berlangsung ialah T.O.T dari jurulatih utama atau dikenali sebagai JU kepada tenaga pengajar yang akan melatih peserta seramai 2000 org yang terdiri dari yang memakai topi, membawa bendera dan payung. Muzik oleh Pak Ngah dan formasi berdasarkan Lima Prinsip Rukun Negara yang telah di reka oleh Tn Hj Azmi, En Abdul Rahman Marhaban dan En. Zamri.latihan akan berlangsung sehinggalah hari jadinya nanti..break cuma pada cuti hari raya..eii walaupun agak penat tapi saya memang suka terlibat dengan perkara-perkara yang macam nih..terasa sangat patriotik..owh teringat saya belum memasang bendera pada kenderaan saya lagi..so nampaknya kena pegi beli bendera lah lepas nih..




Khamis, Ogos 11, 2011

Phone Call

Ada satu phone call dari mat tapi tak sempat angkat sebab ngah drive masa tu.. sejak akhir2 ni sengaja nak menjauhkan diri..dah lama tak sms dengan dia..biarlah..
pastu dapat kol dari maksedara..sembang lama jugak..sal hal keluarga..elok letak phone adik di kampung pulak call..pun bagitau berita yg tak best nak dengar.. ntah lah
sudahnya mood ak hari ni mcm tak best ajer..dan ak pun tak tau kenapa setiap kali ak memijak kaki dan berada di tempat ni..hati ak jadi tak tenang..ak rasa tak best jer..tak seronok..adakah kerana pengaruh2 phone call yg ak terima hari ni..
Wallahualam

Rabu, Ogos 10, 2011

Jalan-jalan sambil bekerja @Sabak Bernam

baru-baru ni, ak ke Sabak Bernam, Selangor untuk bekerja di sana selama dua hari. So, sempena bulan Ramadhan, ak pun ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke Pasar Ramadhan di Sg Besar. Wah memang mengujakan sebab paramnya besar dari tempat ak di KL, yg best banyak gerai jual nasi ambeng. Nasi ambeng tu ialah nasi putih, ada suun goreng, ada sayur, serunding, mi goreng dan ayam goreng. Yg bestnya harga dia murah sangat, sebungkus 5 hengget jer dan banyakkkk..kalo di KL ciput jer pun 8hengget 5posen. Ak juga dapat makan pecal yg dibungkus dalam daun pisang, memang terbaikk la pecal di Sabak Bernam nih.
Ak bermalam di Rest House Sabak Bernam, harga semalam weekday cuma 50hengget. Tempatnya selesa, aircondnya sejuk sampai ada yg terkucil atas tilam ler.
Hari kedua masa break utk lunch (ak posa yer) ak bawa budak2 tu melawat ke Muzium dan sekitar Sabak Bernam. oh ya, waktu ak sampai, Sultan Selangor telah mencemar duli ke Masjid Sabak Bernam untuk menyampai sumbangan zakat. Masjid penuh sgt, ak tak dapat nak menyelit so solat kat bilik jer..
budak yg terkucil atas tilam ha ha haaa..
di Muzium Sabak Bernam
di Pasar Ramadhan Sg. Besar
Nasi Ambeng

Isnin, Ogos 08, 2011

BFF - Part 2 - Mat

nama tu cukup rapat dengan ak, kalo bagitau ada dalam hati nanti ada org pk lain tapi cikit2 tu memang ada..bila sebut nama tu hati mcm bunge2 jer..mesti senyum sorang2 tapi kena kaber coz org pk ape lak nanti minah ni duk senyum sorang2kan.
macam mana boley kenal dengan Mat ek? kowrang nak tau tak..citenya tak de la tragik sangat, biasa2 tapi penuh tersirat dgn moral..moralnye ape..he he kowrang akan tahu bila diending cerita ni nanti (ceh kunun2 drama saspen la kan kan kan)..
sebenarnya mat ni kwn dan rakan err mungkin boZ adik ak. ak dapat nombor hp dia pun dr handset adik ak..mueheheh jaat kan ak..tapi ape nak buatkan..mungkin jodoh kot ( cewwah ) perasaan jap..ntah naoer kebuhsanan raya kedua tu buat tangan ak gatai jer nak tgk handset adik ak yg ngah dicas..tak baik tau tgk handset owaang so jgn tiruuu aksi nih...

Ahad, Ogos 07, 2011

BFF - part one

Pagi Ogos 2007, ketika ak sedang bersarapan tetiber jer hp ak berbunyi,,ada meseg la.
Gambar sampul surat pun ak buka..dan tertera --> bz napak. No sms takada dlm simpanan tapi ak dengan konfiden mcm kenal terus je balas sms..hahaha tu la..ngah sarapan dgn anak-anak nih. mati2 ak ingatkan kawan2 ak yg menyakat atau tengah skodeng ak bersarapan kat taman melawati pagi tu, memang keadaan ak teramat kelam kabut sebab ada kembara merdeka masa tu, dgn kwn2.,.so ak pula bawa ramai budak2 berumuh 5, 6 dan 10 tahun..nak melayan budak2 tu sarapan sebelum mula kembara, kalo tak sempat sarapan, mau lapar nanti..bila dapat sms tu..tertibe ak jadi malu sendirik,terasa macam ada org skodeng ak dekat2 situ, sambil tercangak2 tengok kiri kanan ak mencari sape la yg duk tengok gelagat ak yg memang tak ley blah tu melayan budak2 tu makan.
bila suasana dah ok, ak pun balas sms tadi --> ni saper?
kemudian sms ak di balas ---> Amir
ak balas lagik --> Amir? Amir mana? Amir HSelangor ke?
Dia pun jawab ---> berapa ramai Amir yang awak ada?
Ak pun balas lagik ---> ada la 2 3 org, tak ingat..so ni Amir mana?
Dia balas ---> amir N9
Ish ish ish --> ak takde kwn nama amir kat N9. Silap meset kot. K la, im bz sebab ada kembara merdeka nih. By.
Dia balas lagi ---> ok.
haish dia ni kat N9 rupanya, ingatkan kwn2 yg duk skud tgk gelagat ak tadi.
Itulah mcm mana ak kenal BFF bernama amir ni. Mula-mula takut gak nak layan org tak kenal tapi bila dia kata dapat no hp dari kwn ak..hurmm..nak ckp ape ye..pandai jer bg no hp ak kat org yg ak tak kenalkan.
Tapi..Amir ni ok lah..sama bidang kerjaya, so boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea serta pengetahuan yang ada. Sekarang dah tak berapa rapat, mula awal tahun 2011..berapa kali jer ye yg ak msg dgn dia..ada la sebabnya salah satunya mungkin ak bz bila tukar tempat keje baru..tapi sebenarnya ak nak kurang2 sikit dlam berkawan ni..susah nak bagitau kat sini kenapa ek ak dah kurang dgn semua BFF..

Sabtu, Ogos 06, 2011