NEW VERSION : ARNAB DAN KURA-KURA

Sabtu, November 22, 2014

MABUL...HERE I CAME..NOVEMBER 2014

1 hingga 5 hari...fuh..lama betul aku berada dibumi Sabah...konon membawa hati..yup aku hepi...tiada apa yang aku kenang dan ingat semasa disana..cuma 4hb aku terima wassup...tya aku kat mana..konon rindu nak jumpa..chitt powdah..bila jauh boleh la ckap ja..ye ye oo...masa dekat mcm ke hapa...amik kisah pun tak..opss...sowi...teremosi..
so kita sambung cerita..seken time i've been here...wow..so amazing dari yg pertama kali..sukar untuk digambarkan alam tuhan tiada sempadan...indah..aku akan ke sini lagi...sumpah...kali ni tempat snorkling dekat kapalai mabeles gila,..,,taapi sebab suma brg tertinggal tak dapat amik gambar dalam air...so..aku share mbr..ada byk yg cantik2 tpi hurmmm sejak sakit nih...aku memang malas banyak..lagi pun nak tumpu last sem..dah habis nati aku akan mula menulis semula...insyaallah...
so..tatap dulu gambar yang sedikit nih ok..



Ahad, September 21, 2014

MI TARIK WARISAN SEKSYEN 16 SHAH ALAM

Ari tu masa lunch waktu jumaat tak dapat makan sebab semua pekerjanya pergi solat jumaat..jadi baru2 ni masa cuti hari Malaysia...aku pun pergi cari kedai ni..sendiri...hahaha dah la sedang kelaparan sebab tak sarapan..berpusing2 sampai ke seksyen 15...3 4 kali tersesat....landmarknya ialah JPJ Padang jawa...huhuhu..last sekali tawakkal jer..klo jumpa..ada rezeki kalo tak...cari makanan lain la nampaknya..huhu rezeki jadi jumpa jugak..sedap jugak..chinnese stail..yg best minya ditarik disitu jadi masa menunggu boleh tahan lambat la jugak..dah lama tengah lapaq..saboo je laa...klo hari biasa..tempat ni ramai..cuti pun boleh tahan ramai jugak...kowrang layan la gambar2 ni yerr....









Sabtu, September 06, 2014

JUSTICE 4 MH 17

Ramai mempersoal kewajaran jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 disambut dengan istiadat sebegitu gah. Persoalan mereka, SIAPA JENAZAH-JENAZAH INI? Apa istimewanya mereka? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan bertafakur..
Jawapannya, MAS adalah Malaysia!
Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador kepada

Rabu, September 03, 2014

DIAM

aku pun tak tahu apa yang nak aku luahkan...tapi aku tak suka ditinggalkan dalam keadaan yang penuh dengan tanda tanya. Ya Allah..kenapa aku harus terasa sangat jika aku tak buat apa2 kesalahan pada dia...kenapa aku harus bersedih lagi macam nih..
aku sedih dibuat begitu...mencari2 apakah kesilapan yang dah aku lakukan...
Ya Allah...aku masih belum kuat....dan airmata aku terlalu murah harganya....

Sabtu, Ogos 23, 2014

HARI BERKABUNG


22 Ogos 2014
Suasana sepi...mendung dan gerimis..hari menyambut kepulangan 20 jenazah yang menjadi mangsa dalam tragedi MH17. Aku terasa amat hiba bila sama-sama bertafakur dan membaca Al-fatiha dengan peserta-peserta kursus ku..kebetulan..sama waktunya iaitu pada jam 10.55 pagi. Sedihnya bila aku lihat kembai siaran di astro awani pada jam 5.00 petang..aku tak berkesempatan melihat pada siaran pagi. Tak dapat ku tahan airmata bila melihat gambar anak2 mangsa..Ya..Allah..menangis aku dibuatnya..tapi aku memang dah menangis dari jam 6,30 pagi..kerana peristiwa yang ku alami seiring dengan kejadian MH17.
16 Julai 2014

Khamis, Ogos 21, 2014

................

aku pun tak tahunak letak tajuk apa...tapi sepanjang minggu ni macam2 perkara yang terjadi. Ntahlah..aku dah tak larat nak menangis lagi tapi ...air mata ni dah tak ada nilainya...
betul ke kata org...jika kita tak rasa apa-apa kalau seseorg itu hilang dari kita pada hal kita rapat sangat dengan dia..bermakna dia taklah penting sangat pada kita sebenarnya...
tapi dalam kes aku nih..ntah kenapa..setiap kali aku cuba untuk menjauhkan diri..aku akan rasa amat sedih sangat..aku akan menangis dgn sungguh2...
aku tak tahu sama ada aku yg salah atau apa..tapi aku benci jika aku dihukum tanpa mengetahui apa yg aku dah buat dan apa kesalahan aku..

Sabtu, Ogos 16, 2014

LELAKI ITU...

Petang itu....seperti biasa ketika aku masuk simpang ke rumah....dalam hujan gerimis yg menipis tetiba aku terpandang sesusuk tubuh sedang berjalan..
berderau darahku...
dan amat meruntun kalbu bila aku lihat lelaki itu memakai baju baru yang ku berikan sempena aidil fitri...
tetiba..air mataku bergenang..sedih...
Ya Allah..ampunkan dosaku..bukan berniat menjadi derhaka..jauh lagi menjadi yg tak mengenang jasa..
adakah aku terlalu ego..buka aku tak cuba..merendahkan keegoan diri..
tapi hati yg terasa....seolah2 menjadi tembok besar antara aku dan lelaki itu..
lagi pun siapalah aku ...memang dari dulu aku kurang dengan lelaki itu...bukan aku tak cuba tapi ..
setiap kali berdepan dengan lelaki itu..aku jadi kaku..beku..lidah ku kelu dan mulutku bagai dikunci...
Ya allah..ampunkan dosaku ...
dan hari tu..aku marah dengan diriku sendiri...kerana masih sukar untuk menerima lelaki itu...
siapalah aku pada dia.....



Ahad, Ogos 03, 2014

Mengapa kening kita bergerak-gerak

dulu ak pernah buat post tentang kening tu...so ini mungkin antara jawapannya----> mengapa
http://pensil-tekan.blogspot.com/2012/09/kenapa-mata-asyik-berkedip.html?m=1

selamat membaca

Rabu, Julai 30, 2014

Raya 2014

Pengumuman dah pun dibuat oleh penyimpan mohor besar raja2..kita akan raya 28hb bersamaan hari isnin..dulu,,masa kecik2 dulu..lepas jer berbuka...semua akan duduk rapat2 dan dekat2 dengan tv nak tgk pengumuman raya..pastu kami adik beradik akan teka..cer tgk muka pakcik tu....kalo senyum esok misti raya..kalo tak..tak jadi raya la jawabnya...
tapi tu semua kenangan dulu-dulu...
semalam..semuanya dah tersedia...rendang..kuah kacang dan ketupat nasi..menu wajib..aku suka menganyam ketupat...walaupun sambut raya di kl tapi terasa juga suasananya...

Ahad, Julai 27, 2014

Akan Ku Jumpa

Ramadhan semakin tiba kepenghujungnya...
memang hatiku sedih kerana Ramadhan akan berlalu pergi...terasa kurangnya amalanku kali ini..
Ya Allah...betapa kerilnya aku....aku takut aku tidak ikhlas padaMU...terlalu banyak yang aku mahu..jadi aku bimbang ibadahku kerana mahukan keinginanku di penuhi oleh MU Ya Allah..
Ampunkan aku...jika aku terlalu mengharap dan rasa kecewa ada..aku jadi lemah...
Ya Allah..

Sabtu, Julai 19, 2014

KISAH SEBIJI KURMA

Baru-baru ni..aku berpeluang berbuka dengan kawan-kawan. Aku pun tak sangka akan berbuka dengan dia.. ..tapi bila dapat jemputan..aku pun ok jer..seronok jugakkan berbuka dgn kawan2..bukan selalu pun..itulah pertama kali aku berbuka dgn dia..
Atas meja kami ada sepeket kurma yang distapler..dah letak nasi dan lauk semua..aku pun tengokla..dia amik bungkusan kurma tu...dan buka stapler..pastu dia letak atas meja semula..tengah2..antara aku dan dia..aku tengok jer..
lagi 5 minit..sambil bersembang dengan dia..aku pun amik kurma tadi dan letak sebijik dalam pinggan nasiku..hurmmm..takde la aku nak letak dlm pinggan nasi dia..nak nti pandai la dia maik sendiri...
pastu azan pun berkumandang...tetiber..dia dgn selamber je berkata
"eh..mana kurma dalam pinggan ni tadi?"
"mana ada letak" jawab aku..termanggu2..
"ada la tadi kat nasi" kata dia tadi...
"oit..takkan la aku nak amik kurma dalam pinggan tu..huhuhu.."
"nah la amik kurma ni" jawabku sambey amek kurma yg dlm pingganku dan bagi pada dia. Hoh..dengan selamber dia makan kurma tu tadi...org sebelah meja kami pun tengok jer dia..terasa jugak kot....
aku nak tergelak jugak..takkan la aku nak amik kurma dalam pinggan dia..lagipun memang di buka bungkusan kurma tu..tapi dia tak amik n letak dlm pinggan..
takpe la..aku pun tak kisah..aku amik jer kurma lain and terus makan...
aku tau dia lapar..sebab dia ada miting then buka posa kat hotel..paham2 jer la..malam takda makan sebab hotel tu jauh dari kedai makan dah tu..dia pulak tak saho sbb tak sedar jam berbunyi..
apa pun aku enjoy berbuka dengan dia..aku suka sangat..thanks sayang..

Terima Kasih...Cinta

Akhrnya Allah mendengar juga permintaanku..Syukur padaMU..kerana memberi peluang yang indah itu padaku..walaupun sekejap tapi aku bersyukur...dan kesakitan aku pun beransur pulih...terima kasih cintaku kerana memberi bahagia walaupun seketika...aku tak mahu fkr sama ada cinta itu ikhlas atau berpura-pura atau sekadar untuk menjaga hati juga untuk mengambil kesempatan..semua tu dh tak penting,..yang pentng aku ingin selalu ada bersama cintaku..aku ingin dia sentiasa ada disisi aku walaupun jarak dan waktu menjauhkan diriku dan cintaku...apa pun tanggapan dia padaku aku tak kisah..yg penting aku mahu dia jadi milikku....aku mahu aku ada dalam hati cintaku...
dan aku takkan pernah jemu untuk menyetuhi cintaku dengan doaku ..setiap hari...dan Syukur Ya Allah..KAU maha mengetahui dan mendengar...

Jumaat, Julai 18, 2014

Hanya Kerana Cintaku P2


Hanya Kerana Cintaku

Aku terdiam...termenung..
Patutkah aku mengalah...kadang2 aku rasa..mengapa aku perlu mengalah sekarang selepas banyak perkara yang menyedihkan berlaku padaku. Dua tahun aku menangis hanya kerana cintaku...jadi perlukah aku tinggalkan semuanya...
Sebenarnya..aku hanya mampu berdoa hanya untuk cintaku meskipun aku takut terkadang niatku jauh terpesong bukan keranaNYA tetapi kerana cintaku..namun aku tekad...
Aku hanya boleh bergantung pada doaku..walaupun kadang-kala aku macam berputus asa..aku tahu Allah mendengar cuma aku belum cukup kuat untuk menyakinkan yang doaku diterima..
Aku hanya ingin bersama dia..cintaku.....aku hanya mahu dia sentiasa ada disisiku..menyayangi dan merinduiku..walaupun aku kurang mendapat perhatiannya tapi cukup sekadar aku nak dia tahu aku sayang pada cintaku itu...

Khamis, Julai 17, 2014

RAWATAN CHIROPRACTIC

ini adalah gambar bagaiman chiropractic dijalankan


PROLAPSEP DISC P6

Semalam... appoint kali kedua dengan pakar Ortho..awal2 pagi dah pegi almaklumlah hospital gomenkan...ramai.
Masuk jumpa dokto...kali ni dokto yg lain pula..so kena soal semula..then dia tanya macam mana dengan sakit..aku pun cakaplah sakit dimana...dia tetap kata muscle...ye la kot... kemudian diam inta aku tolak tangan dia..dan macam2 lagi..sama macam kali pertama dulu..tapi kali ni dia cucuk2 tangan n jari n minta aku rasa antara kanak dan kiri. Bila aku kata rasa disebelah kiri kurang sikit..dia suh aku cakap betul2..betul la takkan aku nak tifu lak kan..soo..dia tanya takda kurang ke sakit..aku pun tak reti nak jawab sebab aku dah terima kesakitan itu..so dah rasa macam biasa dah pada aku..memang la sakit.

Dia pun kata tunggu lagi 3 bulan..buat x-ray..huhuhu..MRI tu lambat lagi..dia suruh buat fisio lagi..
aku pun terima lah seadanya.....3 bulan pun 3 bulan lah...sebab aku buat kiropraktik tu dah ok sangat...cuma masalah pada c6 aku tu susah sikit nak dibetulkan semula dan bahagian situ bengkak..tu pasal aku masih rasa sakit...



Isnin, Julai 14, 2014

Menjelang Hari Raya

sehari dua ni aku berjalan-jalan membeli pakaian untuk budak2 tu. Budak-budak memang xcited nak beraya. Pusat membeli belah pun dah berkumandang lagu raya. Syahdunya. tapi aku....?
ntahlah...nbertanya pada hati sendiri..aku rasa kosong..tak tahu apakah perasaanku...nak ku kata tak bermakna..hambar seolah2 macam aku tidak beriman..takut jadi kufur..

CHIROPRACTIC P4

Lagi info berkaitan rawatan kiropraktik
sila tekan disini LAGI BERKENAAN DENGAN RAWATAN KIROPRAKTIK

Rabu, Julai 02, 2014

PROLAPSEP - KEDUDUKAN TULANG C6

C6
• otot bagian leher
• pundak
• tonsil
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• leher kaku
• sakit pada lengan atas
• tonsillitis
• whooping cough/ pertusis / Batuk_kokol
• asthma

Itu kesan dari kesakitan pada tulang C6. Hmmm..menurut dokto yg merawat aku, masaah ketara dan serius aku pada tulang C6. Aku boleh merasai kesakitan dan denyutan di situ dan sarafnya hingga ke atas lengan dan jari telunjuk juga jari tengah aku. Tapi alhamdulillah, hampir 60% aku dah ok. walaupun sakit itu masih ada cuma tahap 3 4 sahaja dan aku dah boleh tidur.

Rabu, Jun 25, 2014

KEIKHLASAN

satu hari tu..aku lihat nama ku di tag dalam satu sattus di FB...tiba2 aku mengalir airmata..
Ya Allah..aku begitu tersentuh..bila ayat tu menyatakan dia doakan aku di Raudah. Ntah kenapa..aku cukup tersentuh..aku tersentuh kerana aku tak minta dia doakan untuk aku. memang aku nak beritahu tap aku tak terluahkan..kerana aku malu..aku tak rapat sangat dengan dia..jadi aku segan bila aku fikir bila nak sesuatu baru nak minta. Tapi Allah maha kaya..dia ingat dan dia tahu apa yang terbuku dalam hatiku..
Aku menangis sepuas hati...betapa aku telah mengirimkan doaku pada seseorg yg agak rapat,,,,tang kononnya syg pada aku tapi...aku tak ahu adakah dia ingat pesananku itu tapi,,,..betapa kuasa Allah kan..allah maha mengetahui...
yang pasti sepanjang dua hari aku menangis lagi....

Sabtu, Jun 14, 2014

Back Pain....

sebulan sudah kesakitan ini...Ya Allah..aku makin tabah...seolah2 dah imun...dan Alhamdulillah juga...selepas 4 sesi kiropraktik ..dah hampir 60% rasa sakit berkurangan...cuma aku tak boleh angkat barang yang berat2 melebihi sekilo...
Rabu lepas, buat pertama kalinya aku berjumpa dengan dokto pakar....
dia minta aku genggam tangan dan jari dia dan melawan bila dia menolak...katanya tangan aku mash kuat cuma lemah sebab aku masih sakit...

Khamis, Jun 05, 2014

CHIROPRACTIC TREATMENT

Kesakitan yang aku alami ni membuatkan aku sanggup makan dan buat apa saja yang dicadangkan oleh orang termasuklah mencuba perubatan Islam. macam yang aku katakan sebelum ni.. dokto mencadangkan aku pergi ke Chiropracric. Apa itu Chiropractic tu so boleh surf disini.
Chiropractic Back In Motion The Curve
Untuk mengetahui apa itu chiropractic dan manafaatnya boleh baca disini --> Apa itu CHIROPRACTIC

Aku ingin berkongsi dengan rawatan yang aku terima... dokto tu akan mengira tulang belakang aku dengan mengukur kedudukan dan menanda L berapa. Then dia akan menekan dan bertanya dimana aku rasa sakit. Dia akan meminta aku meniarap kemudian dia akan mengurut dan membetulkan. Kedengaran bunyi "Krup" bila dia menekan dibahagian tertentu. Aku akan rasa lega.

Sabtu, Mei 24, 2014

PROLAPSEP DISC PART 2

kemudian aku balik kampung..mengurut..mokcik tu kata kakitgn aku sejuk..urat bersimpol2..hehehe mestilah sebab aku menahan sakit macam ke hapa..tapi tetap tak ok..
3 hari dikampung aku balik semula ke KL..dah terus ke klinik yang selalu aku p tu..sakit gilla beb..tak tahan..aku nak minta injeksen ubat tahan sakit lagi daaaaann..M.C..
Aku pun cerita masalah aku..dokto tu kata "saya tak boleh ubat" saya tak rasa bahu awak yang sakit" tapi leher awak sebenarnya..

PROLAPSEP DISC

Di sini aku ingin berkongsi tentang apa itu Prolasep Disc? utk membaca lebih lanjut, sila klik disini..
PROLAPSEP DISC

Mengapa aku memilih tajuk ini? opkos la kerana ada kena mengena dengan diriku. Rasa sakit di bahagian tengkuk yang selalu ku alami itu rupanya bukan satu sakit yang biasa. Biasalah kita ni kalau tak sakit betul2 masih rasa alah..ta apa lah..sakit sikit jer..sakit belikat la dan macam2..
Selepas selesai semua assgment di hantar...tetiber aku merasa sakit yang teramat dibahagian bahu hingga ke bahagian tendon..sakitnya Masyaallah..tidak dapat ku gambarkan...sampai menangis2..tak malu dahh

Ahad, Mei 04, 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME?

tomorrow its myy birthday...so happy birthday to me...wish myself...
semak samun blog ni pun tak tertebas...bz...kerja...studi...final year...dan keluarga
cadangnya nak cuti but...cancelled...ada tugas..so kerja semula...
emm...
dah 4siries...

Jumaat, April 11, 2014

APA GUNA BERJANJI....

wah..terngiang2 lagu saloma tu..sambey bertwist,,,
hahahaaa...mcm lawak jer kot (gelak sendiri)
hurrmmm...ak tak pernah mintak apa2...tapi dia yg beria-ia berjanji...
ntah..menghitung hari tapi ak pasti....memang ak r kann...
soo...jgn la suka sgt amik ciri-ciri org munafik tu ..kan..
ak tak menaruh harap pun...tak ingat ape2 punn...
lagi satu....jangan la suka sgt bermohong..ckp tu suka sgt duk nak mohong
dpat ape ek..why not u told the truth..tak salahkan..
apa pun reason tu...tipu tetap tipu...tak payah la nak bagi evidens bagai...
sikap dan cara yg buat ak salah sangka..then y u nak pertahankan diri..
tak suka..cakap jer...ak bukan budak2...
sooo...ntah la...
ak tak pernah pun harap apa2 dan nak apa2..
ak pun paham kalo org suka atau tak..so..wat pe nak tggu lagi..
angkat kaki dan pergi dari situ...senang jer..
klo byk alasan.....kita pun boleh paham..tapi tak payah la nak bg mcm2 alasan
sampai nak kena berbohong..
hidup ini mudah..jgn susah2kan...
wallahualam...
apa yg berlaku....aku hanya dapat lucky draw...walopun ekali tapi itu jer tuah yang aku dapat...
dah tak ada kali kedua...so ..aku kena akhiri juga..walopun hidup aku sentasa ditemani airmata...
tapi nekad dan istiqamah..

Ahad, Mac 23, 2014

PENGUBAT RINDU

Ya Allah...memang sakit jka merindui seseorang.....dan aku nak share dengan kowrang semua POST DI BLOG NIH... sungguh menyentuh hati...moga ianya menjadi manafaat kepada kita...semoga rindu kita bukan sia-sia.....insyaallah
 SOLAT SUNAT RINDU

Sabtu, Mac 15, 2014

KEEP PRAYING...DONT GIVE UP

Tetiber rasa rindu kepada arwah bonda tidak dapat ditahan...Ya Allah..tempatkanlah bonda dikalangan orang2 yang kau kasihi...
MH370 masih belum ditemui..aku amat memahami hati keluarga penumpang pesawat tersebut.. setiap hari tidak putus2 berdoa...mengharap dan terus berharap...semoga akan ada jawapan pada penantian..
Siapa yang tak sedih jika hilang orang yang amat dikasihi...lebih2 lagi jika tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir..
ya Allah..sesungguh hati aku amat bersedih...sedih setiap kali aku ingin melupakan seseorang itu..aku dah penat merindu...aku cuma berharap agar aku dapat melupakan semua ini...
ya Allah..aku mengharap kasih MU.. aku tahu ENGKAU maha mengatahui...engkau yang menemukan aku dengannya...semasa kami bersama-sama mengapa kau tidak anugerahkan perasaan ini...dan dengan kuasaMU Ya Allah..kau juga yang menjarakkan kami...tetapi mengapa setelah berjauhan..kau beri perasaan yang ndah ini kepadaku..sehingga aku rasa amat sakit sekali dengan rasa yang indah itu..
Aku mohon padaMU ya Allah..hilangkan perasaan itu..aku tak mampu untuk menghadapinya..aku tahu KAU tidak akan menguji jika umatMu tidak mampu menghadapinya..
EMAK!!!

Rabu, Mac 12, 2014

#PRAY4MH370#

12 Mac 2014
hari ini genap lima hari MH370 hilang..usaha mencari masih diteruskan. Pelbagai spekulasi yang timbul...aku taknak koMEn ape2...
aku percaya ...semua sedang menanti2 kemunculan MH370..dalam keadaan begini..semua pasrah dan redha..walau apa juga situasi dan keadaan ianya ditemui..cuma adakah harapan masih menggunung tinggi atau tinggal harapan..
aku pernah melalui kehilangan..so..mungkin situasinya tidak sama tetapi adakalanya kita pasrah dan redha dengan ketentuan yang ESA. Pernah juga aku berputus harap tetapi dengan kekuatan dan sisa yang ada,..aku masih juga menaruh harapan walau sedikit saja harapan yang sekadar untuk menyedapkan hati sendiri...dalam saat-saat macam ni..kadang kala kita mengharapkan keajaiban akan berlaku...walaupun...sukar nak nyatakan disini...
moga kita akan temui jawapan kepada semua persoalan...
 PRAY4MH370


Isnin, Mac 03, 2014

EGONSENTRIK P2

egosentrik...hurmmm.....
tak tahu la kalo post aku ni bertepatan dengan apa yang bakal aku tulis... aku sekadar berkongsi denga u ols..tak pasti u ols pernah jumpa atau sedang dalam dilema atau sedang menghadapi seorg manusia yang mempunyai sifat dan ciri-ciri egosentrik....
Fikiran egosentrik bermaksud  berfikir berdasarkan pandangan dirinya dan tidak berupaya melihat pandangan orang lain. Pandangan terhadap dunia persekitarannya adalah satu-satunya pandangan yang diterima dan hanya pandanganya itu sahaja yang diambil perhatian. Tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami apa yang orang lain lihat daripada perspektif lain selain pandangan dirinya.

Aku tak tahu kenapa Allah temukan dengan seorang manusia yang mempunyai sifat egosntrik yg tinggi...kadang2 aku rasa letih..rasa ingin mengalah saja..ye la..untuk apa aku bersusah payah kerana seseorg yg bukan menjadi hak mutlak aku..aku cuma takut..ye..aku tak berani nak meninggalkan dan takut ditinggalkan..kenapa...puas aku berfikir...jawapannya..sebab aku sayang..
tapi larat ke aku untuk selalu mengalah....selalu memulakan..diantara aku dan dia..aku yg perlu mulakan dulu..kalo tidak..jgn haraplah....tak la jawabnya...
aku penat r.. tapi sampai bila aku perlu berani...tu lah aku kerana berani meninggalkan..
kadang2 bila aku rasa dia tak ok tapi dia ok...bila aku rasa dia ok ...dia tak ok pulak..
Ya Allah...kenapa sekarang...dulu aku tak kisah pun..lantak dia la..tapi sekarang..
huhuhuuu...
kadang2 aku tgk dia macam takde perasaan..dia tak peduli perasaan org pada dia..lantaklah..bukan hal dia..so apa kesah..huhuhuu...
tak rasa ke dia apa yg org rasa...sungguh sukar untuk memahami org yg egosentrik nih.....memang kena byk bersabar...kena pujuk diri sendiri..dan jangan ambil hati la sangat..dah dia memang macam tuu...
huhuhuuu...aku meangis lagi...sabar je la sbb ditemukan dengan org mcm tu...

Ahad, Mac 02, 2014

EGO ATAU EGOSENTRIK

kadang2 aku tak faham..ramai yg kata orang lelaki i ego....ego yang macam mana..aku cari dan aku jumpa apa yang dimaksudkan dengan EGO..EGOIS...EGOSENTRIK..kowrang boleh klik kat sini utk baca dengan lebih lanjut EGO DAN EGOSENTIRK
 Aku akan pastekan juga maksudnya disini
1.Ego
Yaitu,persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya
2.Egois
Yaitu,orang yang suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah
3.Egoisme
Yaitu,sikap (kelakuan) yang mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting daripada orang lain.
3.Egoistik
Yaitu, berkenaan (dengan) orang yang mementingkan diri sendiri.
4.Egosentrik
Yaitu,bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengindahkan keperluan orang lain).

Sabtu, Februari 22, 2014

MUHASABAH DIRI....

Terbaca kata-kata ni pada wall kawan ..dan aku tertarik lalu aku postkan dalam wassup grup aku untuk menegur sikap seorang kawan..
BERWASPADALAH KETIKA MENEGUR KESILAPAN KERANA IA BOLEH MENJURUS KEPADA KESILAPAN YANG LEBIH BESAR

yeah..aku terfikir..kalau dia tak selesa dgn aku..why didn't he/she juz remove me from frenlist...no need to told me to remove all tag or post... senang kan..dia tidak akan melakukan kesilapan yang lebih besar jika dia bijak berfikir,..
ntah lah..itulah kehidupan

Rabu, Februari 19, 2014

KERANA SEMANGKUK MAGGI....

Semalam aku tak kemana-mana..tak makan ape2...tgh hari ada 2 3 org kawan makan maggi je di opis..baunyer memang mengancam...aromanya menusuk kalbu..
so aku pun carik2 dalam locker..terjumpa sebungkus maggi kari...amik bowl n rendah n minum dgn susu...
so aku pun updated status di FB....lunch --> makan maggi...
kebetulan ada kwn opis tego...makan maggi pun nak bagitahu...huhuhu aku punya suka lah..
but that not my point...kisahnya ialah...
aku pun uplod gambar semangkuk maggi tu dalam fb dan tag nama kawan aku tu...dia pun tak cakap apa2..so pada aku ..ok lah...gambar maggi...
lepas maghrib..aku sibuk mengedit paperwork...then tiba2 aku terima massage...tlg jgn tag gambar nama saya ..eh kenapa pula..aku bingung..bkn stkat msg..tapi wassup bagai...sampai minta jaga hati isteri dia pulak..
apa aku buat..salah ke gambar maggi tu..aku pun tak pernah la nak tag gambar kat dia...
huhuhuuu...aku m,asih tertanya2..tapi takpe la ...bukan setakat remove tapi aku dah unfren..tak nak lah aku terlibat dgn masalah...aku pun bukan pernah kisah pun dgn dia...
cuma profesional la sikitkan....kalo bermasalah pun jangan la babitkan aku...itu jer..
so lepas nih aku pun taknak terlibat apa2 dgn dia termasuk urusan kerja..malas aku..tak pasal2 kena lagi...baik aku jauhkan diri..betul tak..
peace..no war!!!

Sabtu, Februari 15, 2014

13 FEBRUARI @JALAN KLANG LAMA

apa istimewanya jalan klang lama tu...selain berhampiran dgn Mid Valley..ada jugak hotel berhampiran situ. Suatu masa dulu ak selalu ke situ untuk bekerja..namun sejak akhir2 nih dah kurang..setahun sekali pun susah...tpi itu bukan fokus utamanya,,..
yg ak ingat tahun 2012 ak ke situ...tugasan luar...ak berkampung d hotel dekat2 situ..ak dlm kesedihan sangat2..ak ingat kul 2am ak menagis bersungguh2..sambey menelefon kawan ak..sungguh ak sedih tak boleh nak cakap..
tapi...13 februari...sehari sebelum valentine's day..wlopun haram tapi ak tak sambut..sekadar mengingati tarikh...huhuhuuu...di tempat yg sama....yg ak menangis mcm org gella tu..berlaku stau peristiwa yg paling indah dalam hidup ak..paling bahagia...tak mungkin ak akan lupa untuk selama-lamanya..
hal2 lain ak tolak tepi..yg pasti ak dpt merasai sesuatu yg paling indah paling bahagia..ak dah lega kerana ak dapat juga kenangan tu...lepas nih ak redha jika apa2 berlaku....ak boleh lepaskan dgn hati yg lapang...
terima kasih...sayang...atas saat indah itu...saya sayang awak2..ketat2...

Selasa, Februari 11, 2014

KASIH SEKETIKA P2

KEMANA HARUS KU MENCARI CINTA
KINI DI TELAN BAYANG2 SALAH SANGKA BIARPUN BERULANG KALI
KU CUBA MENYAKINI TULUSNYA CINTAKU INI HANYA PADAMU KASIH SELAMANYA

KU BAWA
SEGUNUNG IMPIAN JIWA
MENJEJAK KEPASTIAN CINTA YANG TERINDAH
MAHLIGAI SERIBU JANJI IMPIANKU KASIH
MENJADI IGAUAN NGERI TIDAK TERDUGA DIJIWAKU
AKHIRNYA

KASIH SEKETIKA


ni lagu evergreen....aku suka sangat dengan suara Roy..seingat aku lagu ni masa aku tingkatan dua...1st love cinta monyet dgn seorang abang tu..memang taste aku ...wajah dia macam syed sobrie penyanyi tu cuma dia berkulit sawo matang...tapi aku break dengan dia sebab aku ni suka mengalah..mengkin sifat rendah diri aku terlalu menebal..takde siapa tahu aku dan abang tu mempunyai rasa yang sama..aku pun bukan reti sangat cinta2 masa tu kan..ye la....monyet lagi waktu tu...tapi kami memang curi2..htr surat bagai..masa tu mana ada henpon bagai tu...aku ingat lagi 1st time dia tego aku..kat kedai masa beli barang...dia kata kuwat2 dekat aku..adik ni kiut la..hehehe..memang aku kiut sangat waktu tu...aku buat bodoh...then aku dapat surat..yg kelakarnya kwn2 bdk sekolah ntah sapa2 la yg jadi posmen aku

PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR


Seminggu ini jiwa ku benar-benar kacau. Aku asyik menangis..menangis dan menangis. Ntah la apa yg aku pk kan..benarlah kata-kata arwah mak, jika kita banyak berfikir setan akan mengganggu fikiran kita..akan berbisik-bisik dalam hati dan diri kita..
Alhamdulillah..bila kita balik semula kepada Allah..kita akan redha..pasrah dan mulai rasa ketenangan.
Aku akan berbaik sangka saja lepas ni..aku percaya pada Qada dan Qadar Allah. Sebenarnya itu takdir yang tertulis. Jika itulah kehendak Allah..aku kena terima..akur pada ketentuanNYA..aku tidak akan meragui..mempersoalkannya lagi. Lagi pun aku yang memilih untuk bermain dengan permainan ini. Sepatutnya aku dah bersedia dari segi mental untuk terima apa juga pengakhirannya. Alhamdulillah..perlahan-lahan....aku rehda terima apa terjadi walaupun didalam hati..aku benar2 mahu dia sentiasa ada disisi....Ya Allah..aku hanya merancang tetapi aku terlupa bahawa perancangan MU lebih sempurna..
aku berharap satu hari nanti dia akan tahu dan sedar kewujudan aku.... sebagaimana manusia aku memang sedih...tapi aku kena redha sebab aku percaya kepada qada' dan qadar...


Khamis, Februari 06, 2014

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini akan ku kenang sampai bila2...ada banyak perkara yang menggembirakan aku..dalam kesedihan..aku gembira..Sujud Syukur pada Allah..

1. Aku dapat surat kenaikan pangkat aku...
2. Aku gembiran 2nd boz tanya aku --> ismasofi..awak dah makan ke? euw..lembut sangat aku rasa suaranya masa anya aku..giler betul dah la masa dia bagi speech..dia asik pandang dan senyum kat aku..sampai aku gabra dibuatnya..tak tentu arah nak tgk mana..huhuhu...honestly..bekaas boz aku yg dulu pun tak pernah tanya aku mcm nih...aku tak tifu..hati aku berbunga-bunga...
3 Aku dapat menten result dan masih dapat dekan...

Ya Allah...Alhamdulillah

BALISTIK CINTA

Mana hilangnya
Rasa yang terpaut dalam jiwa

Sepi terasa melukis resah di dalam hati
Dan tak mampu ku ungkapkan gagah
Yang kita takkan bersama
Biar terhapus janji-janji yang pernah terucap
Biarkan waktu lenyapkan semua rasa cintamu
Yang pernah kau enap dalam hatiku
Meski ku menginginkanmu

Mungkin kau dan aku tak bisa bersatu
Kerna cinta yang kau beri
Berbalistik cinta
Cepat datang dan pergi
Melayang jauh dari hidupku oh kasih
Biarkan cintamu abadi dalam hati
Dan biar cintanya merasuk dalam diri
Satukan semua kisah kita
Terpatri dalam hati

Relakanlah cinta yang untukmu
Lepaskan ragumu pada cinta ku

Ya Allah..hanya engkau yang mengetahui segala-galanya....
aku berserah padaMU..andai ditakdirkan begini..aku redha..aku tidak mahu cuba mengubah takdirMu lagi.. sedihnya hati ku ini hanya ENGKAU yang mengetahuinya....



Sabtu, Januari 25, 2014

untuk seseorang....

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu


Isnin, Januari 13, 2014

BENGKAK GUSI


Ak bukan sakit gigi tapi gusi..adoii macam nak demam..dah g dokto sebab ni yang kali kedua gusi ak bengkak.kata dokto sebab infeksion..huhuhu puasa jaga tapi jai jugak..huhuhuu..
sakitnyee... biasanya owang bengkak gusi di bahagian geraham tapi ak sakit di gigi hadapan...bengkak dibahagian belakag gg..sakit sampai ke lelangit..huhuhuuu...sakit beb..
ubatnya...tahan sakit n antibiotik,,then  kena berkumur..kena rajin jaga kebersihan gusi dan gigi..tapi ak dah buat suma tu macam mana boleh bengkak,...
apa pun...tahan dan sabar je la..permulaan 2014 yang tak ok.. sobsss sobsss....

Jumaat, Januari 10, 2014

SINGAPURA 2013

Disember 2013 aku berkesempatan ke Singapura. Ini kali kedua tapi kali ini sekejap sahaja aku ke sana. kebetulan ada kerja di JB, so kawan2 ajak masuk dan singgah sekejap di USSA dalam 2 jam sahaj kemudian kami lepak dan makan di Arab Street. Makan Murtabak Singapura, agak berbeza dengan di Malaysia. Apa pun enjoy menikmati gambar-gambar di sini...tak byk yg nak di kongsikan.









dp bbm animasi kangen


Rabu, Januari 01, 2014

2014

welkam my dear 2014...
1st...kul 4.40 dah terjaga.....
pagi...sibuk tagging nama dan ikat tali kasut budak dush-dush...dah nak sekolah dah..terasa pantasnya masa berlalu...
hurmm....hari pertama di tahun baru,,,,rasa apa yer..aku pun tak tahu...
yang pasti aku rindukan mak...dan aku juga bertekad tentang satu perkara...berkaitan dia..
yup..aku takkan menoleh lagi...cukuplah semuanya ternoktah disini...terlambat sudh untuk baiki segalanya,....mengapa dikejar dan diingat benda yg dah pasti bukan milik kita..so let it go..
2013...
rasanya pengakhiran yg tak begitu baik...dengan demam..exam..bz budak2 nak sekolah..arghhh..tak la tension tapi masa begtu berharga...tak cukup kaki tangan nak buat semua...
apa pn... 2013 dah berlalu..byk suka duka terutamanya pemergian ibu tercinta..
2014
aku harap aku akan laluinya dengan tabah..dan aku mahu yg terbaik..insyaallah..
aku dah taknak berduka dan bersedih..